Trick aku berjaya.
Sepanjang perjalanan aku tak boleh berhenti tersenyum. Memori indah tu berputar macam filem dalam kepala aku, tanpa henti berlayar di mata. Kelembutan bibirnya masih berbekas di bibir aku.
Ah indahnya hidup sudah beristeri.
Paling aku suka bila lihat wajah Akira berubah merah. Walau dalam gelap dan hanya disinari cahaya lampu jalan yang malap, aku masih boleh nampak dengan jelas betapa merahnya wajah dia. Macam kena simbah sos cili.
"Weh long, tak kebas ke pipi kau dari tadi senyum macam orang gila? Tahulah baru kahwin. Tapi agak-agaklah long. Take it easy."
Hamzah, adik bongsu aku bertanya hairan. Aku dan dia berada di belakang kereta, mengeluarkan segala macam khazanah pusaka negara yang dibawa mama dari tanah besar England.
Akira, mama, Hidayah dan suami dia, Tom bersama anak kembar mereka, Henry dan Harriet sudah berada di dalam, berpelukan dan beramah-mesra dengan umi.
Nasib baik Akira tanya muat ke tak keluarga aku naik kereta aku. Terus aku lepas tu aku minta izin awal-awal nak pinjam kereta Estima ayah mentua aku untuk jemput ahli keluarga aku di lapangan terbang.
Kalau bawa kereta cabuk aku tu, mahu umi dengan Hamzah je muat masuk. Yang lain silap-silap kena naik Grab. Sudah.
"Aik, senyum pun salah?" Balas aku sambil mengangkat sebuah kotak sebesar naga.
"God, what's in this thing? A troll?" Wajah Hamzah aku pandang bersama kerutan di dahi.
"Tanyalah mak kau." Balas dia selamba sambil menjuih bibir ke dalam rumah.
"Mak kau oh mak kau. Apa ada dalam kotak ni ha?" Jerit aku ke dalam rumah. Hamzah ketawa besar sambil menepuk belikat aku.
"Kalau mama sepak kau, aku lari dulu long." Dua saat kemudian, wajah kerut mama terpacul di pintu. Kedua tangannya mencekak pinggang, sepasang mata biru langitnya merenung aku bagai nak terkam.
"What is it? Apa jerit-jerit tu long?" Soal mama dengan nada tinggi.
"Nate apa ada dalam ni ma? Polar bear ke?" Tanya aku ikhlas. Kotak seberat alam tu aku bubuh atas lantai. Boleh retak pinggang aku angkat lama-lama.
Mama melibas tangan kanannya sambil kata, "They're your wedding gifts from my dear friends. Angkat elok-elok. They're fragile." Pesan mama sebelum kembali masuk ke dalam.
Aku menjungkit sebelah kening. Fragile? Lain macam bunyinya.
Hamzah di sebelah sekadar ketawa meleret. "What's up with all these stuff anyway? Is she staying here forever?" Bebel aku tak puas hati sambil tunduk dan angkat kotak tu sebelum bawa masuk ke dalam rumah.
"Kau tahu la mak kau tu macam mana long. Kalau boleh dengan rumah dia sekali dia nak bawak sini." Hamzah menjungkit bahu dan mengikut aku masuk.
"Mak kau mak kau." Aku geleng kepala.
~*~
Usai makan malam bersama, semua beristirehat di gazebo di luar rumah, berbual-bual mesra sambil minum teh-o panas berserta biskut kering Hapseng buat cicah. Fyn dan Erika dah lama minta izin balik. Lewat sangat dah kata mereka.
Aku menyandar pada dinding kayu gazebo. Mata aku leka memerhatikan Henry dan Harriet berlari-lari di sekitar laman rumput dikejar Akira, Naufal dan Hamzah. Gelak tawa mereka mewarnai malam yang dibanjiri bintang di dada langit.
Hati aku terusik bila aku lihat Akira berjaya menangkap Harriet dan diangkat tinggi anak buah aku tu rapat ke mulutnya sebelum dia melepaskan puluhan angin raspberry ke perut buncit budak itu.
YOU ARE READING
KITA
RomanceTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...