AKIRA 18

318 5 0
                                        

Mula-mula pelipis aku. Kemudian, dahi, sebelum turun ke hidung dan bila sentuhan halus itu mengikut bentuk bibir aku, terus aku celikkan mata. Sepasang mata perang redup milik seseorang sedang merenung wajah aku. Cahaya suram lampu di luar memantul ke dalam, membenarkan aku lihat wajahnya samar-samar.

Kejung seluruh tubuh aku, nyaris kena heart attack bila otak aku tak dapat nak memproses identiti lelaki lelaki berjambang yang sedang berbaring mengereng menghadap aku, jarinya menyentuh halus kulit muka aku, seolah sedang menghafal setiap kontur dan pori.

Aku hela nafas lega bila beberapa saat kemudian neuron otak aku mengalirkan arus elektrik dan aku mula mengenalpasti identiti insan yang sedang leka memerhati dan merenung aku itu sebagai suami aku. Perlahan-lahan badan aku yang kejung kembali mengendur.

"Hi." Sapa Hadi lembut.

Suara dia serak dan dalam, pekat dengan bekas tidur. Jarinya bergerak ke pelipis aku, menolak helaian rambut kerinting aku ke belakang telinga. Aku menarik nafas dalam-dalam. Gemuruh jiwa aku hampir tak terbendung.

"H—Hi." Balas aku lambat-lambat.

Belum pernah aku berada sebegini rapat dengan lelaki. Aku dihambat rasa malu yang teramat. Ya Allah, mana nak sorokkan muka ni? Hadi masih lagi setia memerhatikan setiap tingkah aku. "For a second, I thought you were going to kick my butt off this bed." Dia berseloroh sebelum tawanya berderai bila mata aku terbuntang tengok dia.

Macam mana dia tahu?

"You have the most expressive eyes I've ever seen. In fact, your whole face is very expressive, did you know? I can read you like a book." Dia melekapkan tapak tangannya ke pipi aku, ibu jarinya mengusap rawak kulit pipi aku yang terasa semakin panas.

Fyn dan Erika selalu menganjing aku tentang ni. Kata diaorang, aku memang dilahirkan untuk tak boleh berbohong. Walaupun lidah aku cuba mengarang ayat untuk menipu, wajah aku akan mengkhianat aku dengan mempamer riak serba-salah. Segala emosi aku baik marah, suka, gembira, sedih, kecewa, atau kecil hati, akan terlukis di wajah aku tanpa aku sedar. Ini satu kelemahan dan juga kekuatan aku, tapi aku rasa lebih kepada kelemahan.

"How are you feeling?" Tanya dia lembut, suaranya tersalut kerisauan walaupun matanya masih lagi melahap wajah aku yang terasa makin panas menggelegak. Mesti muka aku dah merah padam macam udang bakar. 

Badan aku terasa lekit dengan peluh walaupun udara sejuk penghawa dingin menghembus kuat. Aku tolak selimut dari membaluti badan aku. Dari kecil, aku memang sejenis kuat berpeluh dan badan aku akan hasilkan berbaldi peluh bila aku cemas seperti sekarang.

"Nervous." Gumam aku di sebalik rasa malu yang menggunung.

Segala kosa kata dalam bahasa Melayu pudar dari fikiran aku. Jantung aku kasar menghempas dan berdegup sampai aku boleh dengar sendiri bunyi debarannya. Aku yakin Hadi pun boleh rasa kereta api dalam dada aku memandangkan hanya beberapa inci saja jarak antara aku dan dia.

"I'm nervous too. Ni first time saya tidur sebilik sekatil dengan perempuan. Cantik pulak tu." Akui dia sambil mengenyitkan sebelah mata. Jantung aku hampir luruh tengok tingkah dia tu. "Awak tak tidur ke?" Aku berkerut dengar suara aku sendiri. Parau dan serak, macam baru lepas menangis. Aku tak suka dengar suara aku baru bangun tidur.

Hadi menggeleng kepala dan menarik tangannya dari pipi aku sebelum berbaring atas belakangnya. Mata dia ditala ke siling, merenung bilah kipas yang berputar perlahan samar-samar dalam bilik yang gelap. Aku tertanya-tanya apa yang bermain di fikiran dia. "Awak tengah fikir apa?" Aku tak dapat tahan rasa nak tahu yang membuak-buak dalam dada.

Dia memandang aku sekilas, bibirnya yang terbingkai dengan misai dan jambang halus mengerekot ke atas, membentuk segaris senyuman nipis. "Awak." Jawab dia pendek. "Saya?" Aku sama sekali tak menjangkakan jawapan dia itu. "Kenapa dengan saya?" Aku merehatkan kepala aku atas lengan, mahu lihat wajah suami aku dengan lebih jelas.

KITATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang