AKIRA 36

199 2 0
                                    

Aku duduk atas kaunter dapur menggoyang kaki sambil memerhatikan Hadi yang sedang menghiris dadu bawang. Di atas dapur gas, makaroni sedang direbusnya. Selepas bawang, dihiris dadu pula lobak merah. 

"Awak nak kacang pis tak?" Tanya Hadi sambil memandang aku sekilas. Aku geleng kepala. 

"Tak nak sayur." Dia mengangguk sebelum mencapai kuali dan panaskan minyak dalam kuali.

"Hulurkan minced meat tu sayang." Pinta dia sambil menjuihkan bibir ke arah mangkuk kaca berisi daging cincang yang dah digaul sebati dengan lada hitam, lada sulah, serbuk jintan yang dah disangai dan herba-herba lain. Aku hulurkan pada dia sebelum turun dari kaunter.

"Nak pergi mana?" Soal dia, memusingkan tubuh tengok aku yang dah berjalan ke dapur gas. "Nak tengok makaroni dah masak ke belum." Balas aku sambil membelek makaroni yang sedang direbus. Hm dah kenyal.

Terjerit kecil aku bila pinggang aku dipaut sebelum dia mengangkat aku dan meletakkan aku semula ke atas kaunter. 

"Tak payah sibuk-sibuk. Awak duduk diam-diam tengok suami awak yang handsome ni masak." Dia cubit hidung aku sebelum mencapai draining spoon dan menuang makaroni yang dah masak melalui sudu tu di sinki sambil dilalui air paip. Makaroni yang dah ditos dituang ke dalam bekas kaca.

Aku menyumpah perlahan. Semua benda dia tak bagi aku buat. Mengada betul. Aku capai telefon dan mula merakam aksi dia bertukang di dapur. "Sayang, awak masak apa tu?" Tanya aku sambil mendekatkan senduk ke arahnya, memimik gaya wartawan TV3. Sebelah lagi tangan aku setia merakamnya.

"Your favourite food." Jawab dia sambil menuang hirisan bawang ke dalam minyak yang dah panas. "Apa favourite food saya?" Tanya aku lagi. 

"Makaroni goreng daging." Hadi menumis bawang sebelum masukkan beberapa sudu cili boh. Setelah pecah minyak, dia masukkan daging cincang bergaul herba ke dalam cili yang dah ditumis.

"Pandai awak masak. Boleh cerita sikit mana belajar?" Sekali lagi aku rapatkan senduk ke arahnya. "Isteri saya penakut kat dapur. Sikit-sikit menjerit bila kena minyak panas. Terpaksalah saya belajar masak." Balas dia dengan muka tak bersalah. 

"Awak ni mengada je tau. Mana ada saya penakut!" Aku memukul lengannya dengan senduk mikrofon tu. Dia ketawa sambil menuang makaroni ke dalam rencah daging cincang yang dah masak.

"Yummm." Aku dah terliur tengok perubahan warna makaroni dari kekuningan ke kemerahan. Lagi terliur aku bila melihat daging cincang yang sarat menyaluti makaroni. Untung suami aku tak kedekut protein. Selepas ditabur garam, Hadi menghulurkan sesudu makaroni untuk aku menyampel.

"How is it?" Dia menunggu reaksi aku. Terasa bunga api meletup di serata permukaan lidah aku. Sedapnya ya Allah. 

"So good!" Aku memejamkan mata menikmati kelazatan makaroni goreng Hadi. Suami aku tergelak kecil sambil mencubit pipi aku. 

"Suka exaggerate." Dia menuang makaroni goreng yang dah siap masak ke dalam bekas kaca sebelum hidangnya di atas meja.

"Come." Dia peluk pinggang aku dan tarik aku ke bawah. Sempat dia lekatkan satu kucupan halus di pipi aku sebelum pinggang aku dilepaskannya. "Bon appétit." Dia menghulurkan pinggan sarat dengan makaroni goreng kepada aku. 

"Merci." Aku dah pegang sudu dan garfu, tak sabar nak menelan air tangan suami aku.

Sedang kami menjamu makaroni, telefon aku berbunyi. Aku belek telefon aku. Whatsapp daripada Ben. Berkerut dahi aku baca mesej dia. 

"Kenapa muka macam tu?" Tanya Hadi dari sebelah. Dia memandang telefon aku dengan ekor mata dia. Aku menggigit bibir sambil curi pandang air muka suami aku. Tenang tapi jangan disangka air yang tenang tiada buaya.

KITAWhere stories live. Discover now