Aku membelek perbualan aku dan Hadi di Whatsapp. Sesekali bibir aku menggulum senyum membaca ayat-ayat jiwang karat dihantar dia. Pickup line dia hambur selayaknya menang anugerah 'Pickup Line Paling Muntah Hijau'. Antara pick up line yang meremangkan dan meloyakan anak tekak dia bagi?
'Mylove, did the sun come out or did you just smile at me?'
'If a star fell for every time I thought of you, the sky would be empty.'
Kegemaran aku?
'If you were boogers, I'd pick you first.'
Ah boleh potong kaki baca lama-lama. Meloyakan tapi manisnya masha Allah. Geli tapi dalam masa yang sama sweet walaupun agak sengal. Hadi juga suka mesej aku benda-benda random. Pernah satu masa ni, dia mesej tanya apa beza aku dengan cicak. Berapi juga aku bila fikir laki aku menyamakan aku dengan reptilia.
Tapi bila dia balas, cicak melekat kat dinding dan aku pula melekat di hati dia, terus tak jadi nak marah. Cair meleleh lagi ada. Bibir aku mengoyak senyum lagi. Bertuah aku dapat suami romantis tapi mental macam Hadi ni.
"Hi beautiful."
Satu suara garau berbisik betul di telinga kanan aku. Terus terlepas telefon dari tangan. Aku menoleh dan mata aku disajikan dengan wajah nakal suami aku. "Nama awak kan tu? Ms. Beautiful." Dia menarik kerusi di sebelah dan duduk menghadap aku sambil tersengih-sengih. Datang dah sewel dia.
"Awak buat apa kat sini?" Aku memandang dia atas bawah. Selalunya dia la makhluk paling sibuk di alam semesta. Ni berlenggang bukan main. "Kan saya dah cakap, saya rindu." Balas dia sambil menjengah skrin telefon aku.
"Reminiscing?" Usik dia sejurus menangkap apa yang terpapar pada skrin telefon aku.
"Kan saya dah cakap, saya pun rindu awak." Aku memantul jawapan dia sambil menjungkit bahu, cuba berlagak selamba. Telefon cepat-cepat aku padam. Hadi tergelak kecil tengok aku yang dah kalut. "Apa yang kelakar sangat?" Marah aku sambil menjeling dia.
"Ingatkan awak busy buat assignment, rupanya busy berangan. Nasib baik angankan saya. Kalau angankan lelaki lain, siap he." Dia mengecilkan mata dia, memberi amaran. Aku menjulingkan mata. Faham dah dengan sifat posesif suami aku ni.
"Sayang, jom teman saya pergi bookstore kejap." Pinta dia sambil menepuk peha aku.
Aku menaikkan sebelah kening bila tangan dia semakin tinggi merayap di peha aku. Nasib baik tak ada orang di tingkat atas perpustakaan ni, kalau tak, mahu cetus scandal satu universiti.
"We're both fasting, we're sitting in a public library and you, sir, are my lecturer." Suara aku keraskan sedikit. Hadi merapatkan wajahnya beberapa inci.
"But I'm also your husband." Bisik dia menggoda. Dada dia terus aku tolak, kembali memberi jarak antara kami.
"What's gotten into you?" Aku bertanya hairan. Ya, Hadi memang seorang yang affectionate dan dia tak lokek nak tunjuk kat aku cinta dia pada aku tapi jarang dia tunjuk perangai sappy macam ni di tempat awam, apatah lagi di universiti. Dia serius nak jaga maruah dia sebagai firaun universiti.
"Few days ni kita jarang spend time sama-sama." Keluh dia kecewa. Dia melepaskan peha aku sebelum menggosok lehernya beberapa kali. Aku memandangnya untuk beberapa saat sebelum mengeluh berat.
"Kita dua-dua busy. Nak buat macam mana?" Memang beberapa hari ini kami jarang luangkan masa bersama.
"Hence, me asking you to go on a date." Dia bangun dan menarik tangan aku untuk berdiri sama.
"Kejap, saya kemas ni dulu." Aku meleraikan sulaman tangan kami sebelum mengemas kertas-kertas tugasan dan simpan ke dalam bag. Hadi pula tolong padamkan laptop aku sebelum hulurkannya pada aku untuk disimpan.
"Slides untuk presentation dah siap?" Dia bertanya sambil memeluk tubuh, menyandar pada meja. Aku menjulingkan mata.
"Awak tahu kan saya prioritise subjek awak?"
Hadi menjungkit bahu. "Mana la tau terlupa ke apa. Awak tu selalu terlupa. By the way, presentation hari ni ada award best presenter. Present elok-elok." Nasihat dia perlahan. Terus terbuntang mata aku tengok dia.
"Wah, julung-julung kali Sir McGrumpy baik hati macam ni. Dapat petunjuk dari langit ke bang?" Sakat aku sambil mencucuk pinggangnya. Pinggir bibirnya aku lihat terjungkit sedikit tapi dia sedaya upaya cuba berlagak dinign. Terus aku menarik sengih kemenangan.
"Wipe the smirk off your pretty little face. This is the one and only tips I bagi." Ujarnya serius.
"Eleh. Kedekut tahi hidung masin." Jeling aku.
"Hurry up babe. Time waits for no body."
~*~
Hidung aku tertanam dalam helaian muka surat buku fantasi bersiri tulisan Sarah J. Maas, penulis kegemaran aku. Sejurus aku dan Hadi masuk ke dalam kedai Book Express, aku ambil laluan ke kanan, ke rak buku-buku fantasi manakala Hadi jalan terus ke hadapan, ke sudut akademik, falsafah dan sewaktu dengannya. Argh.
Berpinar mata tengok buku yang dibanjiri tulisan tanpa plot cerita yang mendebarkan. Memang sampai bila-bila aku takkan jejak kaki ke bahagian kegemaran Hadi tu.
Aku meneliti setiap rak-rak yang mempamer buku-buku fiksyen dengan penuh sabar. Sebaik saja mata aku tertancap pada buku Sarah J. Maas, bibir aku terus membuah segaris senyuman tak sabar. Aku tarik buku tu dari celahan buku-buku lain, keluar dari rak.
Aku jalan jauh ke dalam kedai buku, mencari satu sudut yang sunyi. Aku menarik senyum lebar saat terlihat rak ensiklopedia. Tiada siapa ada di situ. Aku terus melangkah ke situ dan duduk bersila sambil menyandar pada rak kayu setinggi dua meter.
Buku fantasi tu aku buka dan bermulalah saat aku terserap masuk ke dalam dunia fantasi rekaan Sarah J. Maas.
A/U notes:
Have you tried reading Sarah J. Maas' books? I'm a huge fan of fantasy books and hers are too die for! Tolonglah baca!
Dan tolonglah vote and komen my story. Thanks lovelies!
YOU ARE READING
KITA
RomanceTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...