AKIRA 34

182 2 2
                                    

Setiap malam Hadi akan bercakap dengan perut aku. Ya, dengan perut aku. Mungkin dia cakap dengan baby dalam perut aku tapi secara lahiriahnya, dia bercakap dengan perut aku. Semua benda dia cerita.

Pasal kerja, pasal pelajar dia yang degil kepala batu tak reti bahasa (sambil kerling aku dengan ekor mata. Kurang asam betul), pasal adik-adik kembar dia, pasal teori relatif masa, pasal sejarah pembukaan kota Mekah, pasal langit tujuh lapis, pasal kajian agas aku, macam-macam la. Kadang-kala tu sampai aku tersengguk dengar.

Cerita kegemaran aku?

Bila dia cerita perasaan dia masa kali pertama jumpa aku di kafe The Mad's Lab. Tak sangka dia perhatikan aku sebegitu lama. Menurut dia, dia jatuh cinta pandang pertama dengan aku. Tambah Hadi lagi, sebelum jumpa aku, dia dah ada odd instinct tentang aku. A good kind of instinct.

Aku senyum saja dengar. Sebab masa kali pertama dia bubuh kaki dia dalam kolam, masa tu sebenarnya, aku pun dah terpaut. Cuma aku tak sedar yang hati aku dah pun dipegang dia.

"You're like a little bunny in there, aren't you little pea? Hopping around, kicking ibu's bladder, making her pee all the time. Ibu gives you the best crib ever, doesn't she?" Hadi melekapkan telinga dia di lekuk perut aku yang bulat sambil mengubah suara dia menjadi keanakan. Masuk 20 minggu. Aku terasa macam emak naga yang mengandungkan anak ikan paus.

Ternganga mulut Hadi bila pipi dia tiba-tiba ditolak baby dalam perut. Aku ketawa mengekeh tengok wajah tercengang dia. "Did she just kick me?" Soal dia tak percaya sambil menjarakkan sedikit wajah. Mata dia bulat memandang aku dengan rahang terjatuh.

Siapa suruh awak kutuk dia? Padan muka kena sepak dengan anak sendiri." Balas aku masih berbaki tawa. "Good job boy. Next time sepak hidung mancung daddy pula okay? Biar kemek macam hidung ibu." Bisik aku sambil mengusap perut aku dengan penuh kasih.

Hadi berdesis geram. Tangan aku ditepisnya. "Dia girl la. Mana boleh sepak-sepak. Tak sopan kan Ahlam Nadyne?" Kata dia pada perut aku. Aku menjulingkan mata. Suka sangat dengan nama 'Ahlam Nadyne'—Ahlam maknanya impian, Nadyne maknanya bunga.

Gara-gara jadi sukarelawan bantu Program Penempatan Sementara Migran Syria (PPSMS) bersama Malaysian Lifeline for Syria dua tahun dahulu, Hadi bertemu dengan seorang budak perempuan Syria bernama Ahlam Nadyne di sana dan dia terus jatuh cinta dengan budak tu.

Ikutkan hati dia mahu ambil budak tu jadi anak angkat tapi memandangkan ibu dan ayah Nadyne masih hidup (alhamdulillah), cuma mereka kehilangan tanah air, dan sekarang mereka hidup bermustautin di Malaysia. Jadi Hadi hanya mampu pinjam nama budak Syria tu dan sematkan pada anak kami. Kalau perempuan la.

"Kalau dia lelaki macam mana?" Aku menduga. "Ahlan wa sahlan." Jawab Hadi spontan. Terus pipi dia aku cubit. Aku serius dia main-main pula. Tawa Hadi meledak kuat. "Kesian awak, Wildan, dapat daddy sengal." Aku mengusap kembali perut aku yang memboyot sambil mengerling dia tajam.

Hadi mencium tangan aku yang melekat pada perut. "Wildan? Budak lelaki dalam jannah. Allah describes them like little pearls. Hm, not bad. Sedap sedap." Dia terangguk-angguk dengar nama pilihan aku sekiranya baby ni lelaki.

"Saya jumpa nama ni dalam surah Al-Waqiah. Terus jatuh cinta." Aku memutarkan memori ketika aku membaca surah ke 56 itu, ayat ke 17 dan jumpa nama ni. Masa tu terus terdetik dalam hati aku untuk menamakan anak aku Wildan. Moga jadi anak syurga bak permata juga.

"Saya tak kisah, baby ni boy ke girl ke, janji dia sihat, sempurna sifat, cukup dah. Alhamdulillahi 'ala kulli hal." Hadi menghadiahkan satu lagi kucupan ke perut aku. Aku merenung dia lama. Aku dapat bayangkan dia macam mana nanti sebagai seorang ayah. Hadi seorang yang sangat affectionate, kaya dengan kasih dan sayang.

Anak-anak kami mesti akan sayang dia, manja dengan dia sangat-sangat. Aku tak ragu-ragu dia akan jadi ayah yang terbaik untuk anak-anak kami nanti. Sedangkan sekarang ni pun, sebagai suami, dia cukup sempurna. Apatah lagi sebagai ayah.

"What? Kenapa awak pandang saya dengan penuh kasih sayang ni?" Suara dalam dia menghalau lamunan aku. "Because I love you." Balas aku bersahaja sambil menjungkit kedua bahu. Hadi menjungkit kening.

"Okay, I'm officially worried. Saya ada buat salah apa-apa ke? Baju dah ampai, kasut saya susun elok. Apa lagi he?" Dia mengecilkan mata, cuba mengingat kemungkinan benda salah yang dia dah terbuat. Aku menepuk lengan dia sambil berdengus, "Bencilah awak ni." Terus Hadi mengeluh lega. 

"Haa ni baru awak. Ingatkan jin mana rasuk isteri saya tadi." Hadi cepat-cepat mengelak bila aku mencubit bahu dia.

"Hey I do love you okay!" Bentak aku geram. Hadi terus ketawa meleret. "I know you do. I love you too. Now, can I have 'I-love-Sir-McGrumpy' kiss?" Pinta dia sambil memuncungkan mulut. Aku menjeling sebelum akhirnya terlepas juga tawa dari bibir aku.

"Awak ni senget tau." Rambut dia yang kemas tersikat ke belakang aku serabutkan. "But I'm your senget." Balas dia selamba, membiarkan jari aku merosakkan rambut dia. Aku tersenyum lebar.

"Yes you are."

A/U notes:

Boleh diabetik kan baca sweet moments Hadi & Akira ni? 

That's my intention. LOL

Enjoy, shut up, smile like a fool, vote and komen.

KITAWhere stories live. Discover now