HADI 19

258 2 0
                                    

Aku meraup wajah beberapa kali. Baru nak bermanja sikit dia dah mencicit lari pergi dapur. Menyesal aku sebut kopi. Aku lepaskan satu keluhan sebelum paksa kaki langkah ke dalam tandas selepas mencapai tuala yang terampai. Usai mandi, aku menyarung baju dan seluar. Baru saja aku nak menggosok rambut aku dengan tuala, suara mama nyaring menyahut nama aku kedengaran.

"Along! Get down here!"

Geleng kepala aku dengar mama. "Coming." Aku campak tuala basah ke atas katil dan atur langkah malas ke dapur. Melebar senyuman aku bila tengok dua anak beruang sedang seronok menjamu selera dengan rakusnya. "Oi budak kecil, makan apa tu? Suap pak yong sikit boleh?" Aku mencangkung di sebelah Harriet dan buka mulut, minta disuapkan roti bakar sapu kaya.

"Shedap?" Harriet dengan senang hati menyuap aku. Siap dengan background muzik kapal terbang lagi. Aku angguk sekali. "Siapa buat?" Tanya aku. "Me!" Balas Harriet dengan semangat melimpah-ruah. Aku mencerunkan mata. "Boleh percaya ke ni?" Aku ketawa bila Hidayah menjulingkan mata dengar jawapan terlebih yakin Harriet.

"Dia tolong hulurkan roti je pun." Adik kembar aku geleng kepala tengok anak perempuannya. Mama menghampiri aku nak mengucup pipi aku, tapi belum pun bibir dia mendarat di pipi aku, mama dah tarik muka dia jauh-jauh. "You stink. All three of you." Cela mama tanpa ihsan sambil menala jari telunjuk dia ke arah aku, Hamzah dan Tom. Kami tiga orang menarik sengih. Mana tak busuk? Satu jam berlari bagai nak rak sekeliling taman reakrasi.

Henry dan Harriet ketawa mengekeh dengar celaan mama. "Daddy shtinky." Alun Henry ceria, mengutuk ayahnya. "Pak yong shtinky too." Sambung Harriet, membabitkan aku sekali. Boleh budak duaorang ni berduet kutuk aku dengan ayah dia. 

"Pak cik shtinky too." Henry tolong habis komposisi lagu mereka. Aku, Tom dan Hamzah saling bertukar pandangan sebelum ketawa besar. Ada bakat jadi komposer anak-anak beruang ni.

"Panggil pak yong stinky lagi sekali, nanti pak yong takmo belikan korang ais krim!" Aku membesarkan mata, mengugut garang. "Pak yong wangi!" Jerit mereka serentak. Terus barai lagi tawa aku. Bertuah punya anak-anak buah.

"Daddy's wangi too, right sweetie?" Tom pun tak nak kalah. "Uh hm." Harriet mengangguk tanpa pandang ayah dia. "Just 'uh hm'? You're not really listening to me, aren't you Harry?" Tom memeluk tubuh, merenung anak dara dia dalam-dalam.

"Na uh." Harriet menggeleng selamba.

"God I swear she's becoming like you every single day. She's even more you than you." Tom tunding jari menuduh ke arah Hidayah yang sedang pakai riak bangga. "You're doing a brilliant job, darling. Mummy's very proud of you." Puji Hidayah sambil mengusap rambut kerinting Harriet.

Aku geleng kepala tengok keletah adik aku dengan suami dia sebelum jalan mendekati isteri aku yang sedang memasak di dapur gas. Beriya dia bertukang dengan kuali dan senduk. "Sedapnya bau." Aku rehatkan dagu aku atas kepala dia. Bahu dia terhenjut sedikit, terkejut, sebelum menjarakkan kepalanya, memandang aku.

"See the hand la bro." Balas dia sambil melayangkan senyuman megah ke arah aku. Eleh poyo. Kali pertama nak masak berjam-jam Google resipi bagai. Sekarang nak berlagak pulak, ceh. Aku menjulingkan mata.

"Tolong ambilkan bekas kaca tu Hadi." Akira menepuk lengan aku sebelum menjuihkan bibir ke arah bekas kaca yang tertenggek dalam bekas pengering. "Yang ni?" Aku melepaskan dia sebelum ambil bekas kaca tu dan goyang-goyangkan. Akira ternganga bila bekas kaca tu terlepas dari tangan aku sebelum aku pantas menangkapnya.

"Power kan reflex saya?" Aku memakai senyuman penuh bangga. "Tak kelakarlah Hadi!" Aku ketawa bila dia dah menyumpah aku perlahan. "Ma tengok menantu mama ni carutkan anak mama." Aku mengadu kat mama sambil menghulurkan bekas kaca tu kepada Akira.

KITAWhere stories live. Discover now