"Kau tak nak balik ke?" Soal Sarah pelik tengok aku masih menulis sesuatu pada kertas kajang.
"Kejap lagi. Kau baliklah dulu." Aku mencuri pandang ke arah Hadi yang sedang menekan-nekan mouse sambil matanya mencerun pada skrin komputer.
"Aki, aku nak join calon-calon kau tu. Pleaseeee. Bolehlah he? He?" Bisik Ben dekat di telinga aku. Masih tak nak back off mamat ni. Ada makan pelangkung aku nanti kang.
"Jangan mengadalah Ben!" Aku menolak dia jauh. Ben sekadar ketawa meleret.
"Berlagak. Okay Aki, esok aku pujuk kau lagi ya. Jom Sarah, melantak McD." Ben memaut bahu Sarah.
"Kau nak mati he?" Herdik Sarah sambil menepis tangan lelaki itu dari bahunya. Ben ketawa lagi.
"Thank you Sir." Tegur Sarah dan Ben serentak sebelum keluar dari kelas. Hadi aku tengok sekadar mengangguk.
Setelah mereka keluar, aku segera bangun, kemas barang-barang aku dan berjalan ke meja pensyarah. Lama aku berdiri tegak, merenung Hadi tajam dan bengis. Ya, muka aku bengis. Dada aku meluap-luap dengan rasa marah.
"Awak nak tercongok sampai bila? Saya nak balik dah ni." Hadi bangun dari kerusi dan menyimpan thumbdrive ke dalam poket seluarnya.
"Oh now we're back to 'saya-awak' Sir?" Aku biarkan sindiran paling pedas menyaluti suara aku.
"What do you mean?" Tanya Hadi pura-pura bingung.
"You lied to me!" Tengking aku sambil menghentak meja. Hadi menjungkit kedua keningnya sambil memandang aku penuh takjub.
"I never lied to you. And never will." Jawabnya lembut.
"Awak cakap awak busker!" Aku menyeringai.
"I never said I was a busker. You assumed I was and well, sometimes I am." Balasnya masih lagi mengekalkan kelembutan pada suaranya.
"Ha? Habis awak mengajar ni apa? Part time? Ke awak ni mutant, boleh ubah jadi busker dua saat lepas tu jadi lecturer?" Tengking aku lagi.
Hadi mengusap rahangnya yang ditumbuhi jambang nipis. "Busking tu hobi. Mengajar tu minat. So awak boleh kata saya ni pengajar yang hobinya busking." Balasnya bersahaja. Aku mengerutkan dahi, cuba menghadam penjelasannya.
"Kenapa awak tak cakap awal-awal yang awak pensyarah sini?" Nada suara aku masih meninggi.
"Awak marah sebab saya tak beritahu awak kerja saya apa atau awak marah sebab awak tak dapat jawab soalan saya tadi?" Soal Hadi selamba.
Aku berjalan rapat ke arah dia sebelum menggenggam kedua tangan aku perlahan-lahan seperti sedang memerah buah tembikai sampai pecah betul di hadapan mukanya.
Hadi memandang aku penuh takjub sambil mengetap rapat bibirnya. Aku mengerutkan dahi.
"Awak ketawa?" Aku bertanya keras. Aku tengah berapi dia boleh rasa situasi ni kelakar? Akhirnya tawa kecil terlepas juga dari bibir dia.
"Sorry Akira, ahem, sorry. Saya tak patut gelakkan awak. It's just... Pfft.." Dia ketawa lagi. Rahang aku jatuh. Sepatutnya aku maki dia. Sepatutnya aku layang penumbuk ke rahang tajam dia tu.
Tapi entah kenapa suara dia ketawa kedengaran seperti muzik di telinga aku. Entah kenapa, dada aku yang berapi terus terpadam bara, seperti dijirus air dingin.
Dan paling menakutkan aku bila jantung aku menari mengikut rentak tawanya. Saat itu, saat bila mata aku tertancap pada parentesis di kedua pipinya, saat itu, aku tahu aku ada masalah besar.
Oh tidak.
A/U notes:
I tak berani cakap kat lecturers I macam mana Akira cakap kat Hadi. She's fearless and a tad rude I tell ya.
Sila VOTE & KOMEN. You don't know how much your comments mean to me.

ANDA SEDANG MEMBACA
KITA
RomanceTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...