HADI 49

148 3 1
                                    

Aku perhatikan Akira yang sedang bergelak-tawa bervideo call dengan kembar dua orang kesayangan kami berdua—Harriet dan Henry, sambil duduk bersila di atas barcalounger. Telefon dari jauh dan benda pertama diaorang minta?

"Mak yong! I want mak yong!"

Tak boleh aku lupa jeritan Harriet sebaik saja aku jawab telefon. Mak yong juga diaorang nak. Kecil hati aku. Aku tahan sebal. Walhal selama ni pak yong yang selalu belikan permainan dan aiskrim untuk budak dua orang ni tapi mak yong juga yang diaorang minta. Sampai hati betul.

Bila aku cuba nak bercakap dengan diaorang, tak sampai beberapa saat kemudian, dua-dua anak beruang tu merengek nak bercakap dengan mak yong semula. Nak tak nak, aku terpaksa bagi telefon kepada Akira dengan hati yang berkecai.

"Mak yong, mak yong, did you know? At shcool today my fwen Johnny took my cawwot. I told him ish not good to eat people food without telling them." Suara comel Harriet nyaring kedengaran dari telefon Akira.

"You're right, darling. We can't eat someone's food without their permission, don't we?" Akira mengubah suara dia jadi manja dan keanakan. Sempat dia lontar jelingan maut ke arah aku. Terus pecah tawa aku.

Akira suka simpan stok coklat dalam almari. Coklat-coklat tu disimpan untuk bekalan semasa 'bendera Jepun' atau uzur. Jadi bila datang saja masa kibarkan 'bendera Jepun' dia tu, dia akan melantak coklat dalam peti besi dia puas-puas. 

Sejak aku dapat tahu dia ada khazanah dalam almari, aku selalu curi-curi makan coklat dia. Tak banyak mana pun aku ambil tapi isteri aku ni semedang tahu coklat dia berkurangan. Kagum aku bagaimana dia boleh tahu. Aku syak dia pasang CCTV senyap-senyap.

"Ish that pak yong laughing? Pak yong! What sho funny?" Harriet bertanya kuat. Aku terus melompat turun dari barcalounger aku dan duduk di lengan barcalounger Akira sambil memaut bahu dia. Wajah montel Harriet aku tatap penuh rindu. "Hare-bear, look at you! You've grown up!" Puji aku dramatik sambil membesarkan mata.

Harriet ketawa mengekeh. "Yesh! I'm three going to four! I'm going to be a big shishta!" Harriet menepuk dada sambil meninggikan dagunya penuh bangga. "And I'm going to be a big bwotha!" Henry menyampuk tiba-tiba. Serentak aku dan Akira berpandangan. Hidayah mengandung ke?

"Is your mummy pregnant?" Aku bertanya dengan mulut ternganga.

"Pwenen? Whash that pak yong?" Henry memandang aku. Wajah polos dia betul menjerut rasa rindu di hati aku. "You said you're going to be a big brother. Does your mummy have a baby in her tummy?" Aku mengubah susunan kata ayat aku sambil tangan kanan aku mengusap perut aku, memimik perut orang mengandung.

"Hm. Wait pak yong. Let me ash mummy. Mummy! Oh mummy!" Henry dan Harriet berlari mencari mummy mereka. Aku dan Akira ketawa kecil tengok skrin telefon bergegar-gegar. Budak dua orang ni kot iya pun nak panggil mummy, letaklah dulu telefon tu. Boleh vertigo dibuatnya.

"Mummy!" Laung mereka serentak buat kali ke tujuh. Akira di sebelah aku masih lagi ketawa tengok gelagat budak dua orang tu. 

"I'm here. What's wrong sweethearts?" Sayup-sayup suara Hidayah kedengaran.

"Pak yong shed mummy got baby in her tummy. Can we shee?" Henry bertanya selamba. Tangan comelnya mengusap perut buncitnya sendiri. Aku menepuk dahi. Bertuah punya budak. Bila pulak aku cakap mummy dia mengandung. Akira di sebelah makin galak ketawa.

"What? Who said that? Pak yong? Is that pak yong on the phone? Can I talk to him for a bit?" Hidayah mencangkung depan anak-anak kembar dia sambil menghulurkan tangan kanan. 

KITAWhere stories live. Discover now