AKIRA 24

183 1 0
                                    

Setelah dua jam lebih perjalanan, akhirnya aku dan research team pulang dari LKM. Naik kematu punggung duduk dalam bas lama-lama. 

Setiba di fakulti, turun saja dari bas aku lihat, beberapa meter di kawasan parkir kereta, Hadi sudah menunggu aku sambil memeluk tubuh, dengan kaki bersilang, menyandar pada kereta.

Aku biarkan mata aku menikmati keelokan suami aku. Kaca mata hitam tersadai di batang hidung dia, baju kemeja putih terbutang setakat paras dada, memberi bayangan sekilas kekuatan otot yang tersembunyi, tucked-in ke dalam seluar jeans gelap yang dipakainya dan kasut sneakers putih. 

Hampir meleleh air liur aku tengok dia. Tak sangka lelaki ni suami aku.

Aku tersedar dari hanyutan lamunan bila suara Dr. Diyana nyaring menegur ceria suami aku. "Hadi!" Dr. Diyana berjalan laju ke arah Hadi. "Hi D." Sapa Hadi sambil mengangkat sebelah tangan, melambai. 

"You buat apa kat sini? Hari Ahad pun kerja ke? Amboi rajinnya. Nak bonus ke?" Dr. Diyana mengusik mesra sambil mengenyitkan mata. Sebelah tangannya menarik beg luggage sementara sebelah tangan lagi memeluk sekampit jurnal yang difotostat dari LKM.

Hadi sekadar ketawa datar dengar usikan rakan sekerja dia tu. Aku baru nak berjalan ke arah suami aku bila suara Kak Lisa membantutkan langkah aku. "Suka Dr. Diyana dapat jumpa boyfriend dia."

Boyfriend? Berlipat leher aku tengok Kak Lisa yang sedang mencekak pinggang. Mata dia berlegar pada Hadi dan Dr. Diyana di kawasan parkir. 

"Boyfriend?" Aku bertanya. Nada suara aku tegang. Malah seluruh badan aku tegang. Aku harap Kak Lisa tak perasan dengan perubahan suara dan badan aku.

"Kau tak tahu ke Aki? Dr. Diyana ada hati dengan Dr. Hadi. Dah lama kot dia suka Dr. Hadi. Tak salah akak sejak Dr. Hadi involved dengan research team jabatan Entomologi. Tengoklah tu. Pernah kau tengok Dr. terlentik sana sini macam tu?" Celoteh Kak Lisa sambil bibirnya dijuih ke arah Dr. Diyana.

Mata aku mengikut arah bibirnya. Berderau darah aku melihat cahaya berkelip-kelip di sepasang mata Dr. Diyana bila dia memandang Hadi. Cara dia tengok Hadi macam Hadi ni malaikat dari langit. Mendidih darah aku bila penyelia projek aku tu tergelak sambil tangannya menepuk-nepuk lengan suami aku.

"Tapi Dr. Hadi tak layan Dr. Diyana. Tengoklah tu macam mana Dr. Hadi mengelak dari kena pegang dengan Dr. Diyana. Strictly business. Sebab tu orang cakap Dr. Hadi ni gay. Tapi akak tahu dia straight, akak yakin dia dah kahwin." Sambung Kak Lisa, memperlahankan oktaf suaranya supaya hanya aku saja yang boleh dengar. Aku tak terkata dengar pendapat senior aku tu.

"Mana akak tahu?" Aku mengawal nada suara aku supaya tak kedengaran gemuruh. Tuhan saja yang tahu betapa bagai nak gugur jantung aku sekarang. Kalau kantoi macam mana ya Allah? 

"Kau tak nampak ke cincin kat jari dia?" Kak Lisa menayang jari manisnya ke wajah aku. Aku menelan air liur. Riak wajah aku cuba atur supaya nampak normal.

"Ala akak ni. Cincin tak bermakna dah kahwin. Tengok saya pun pakai. Tak semestinya dah kahwin." Aku melayang senyuman canggung. Kak Lisa tengok aku lama. 

"Kau tak payahlah nak kelentong akak, Aki. Kau dah kahwin kan? Akak nampak beza badan kau dulu dengan sekarang. Bukan anak dara lagi dah." Bisik Kak Lisa sambil memaut leher aku.

Berasap pipi aku dengar usikan kak Lisa. Terus aku cucuk pinggang dia. "Ish akak ni! Merepek je." Jeling aku sambil memandang Hadi untuk sesaat dua sebelum memusingkan tubuh. Aku tak kuasa nak tengok Dr. Diyana menggedik dengan suami aku. Tengok pun macam lama lagi je diaorang berbual. Baik aku pergi simpan barang-barang dulu.

"Nak ke mana?" Tanya Kak Lisa sambil ikut langkah laju aku. 

"Lab la kak. Barang-barang tu takkan nak bawa balik rumah?" Jari telunjuk aku tala pada barang-barang yang sedang dibawa turun oleh budak-budak lelaki. Noah, salah seorang budak Master yang turut ikut buat sampling di LKM mendekati aku sambil memakai sengihan setan.

KITAWhere stories live. Discover now