AKIRA 31

179 1 1
                                    

Bila suara dia tegang memanggil nama aku, terus aku berhenti makan. Mata aku galak memandang dia, cuba mencari api kemarahan yang membara di sepasang mata perang dia tapi apa yang aku jumpa hanyalah curiosity, ketakutan dan... secebis excitement

Apa yang lagi memeranjatkan aku adalah bila dia tanya, "Bila last awak period?"

Aku mengerutkan dahi. Bila last aku datang bulan?

Aku memandang downlight yang menghiasi siling rumah kami sambil cuba ingat tarikh aku menses. Allah. Aku tak ingat langsung kali terakhir aku uzur. "Kejap saya check." Aku terus buka aplikasi My Calendar. Dalam aplikasi khas untuk kitaran haid tu aku catat tarikh-tarikh aku datang bulan.

Bulan ni belum, bulan lepas tak datang dan bulan sebelumnya pun tak datang. Kali terakhir datang period beberapa bulan selepas aku buat ujian air kencing. Aku menelan air liur. Jarang kitaran haid aku tak teratur macam ni. Terkadang saja.

"Bila last?" Soal Hadi lagi.

Wajahnya mempamer riak cemas. "Dah dua bulan saya tak period. Kalau bulan ni tak datang, masuk tiga la." Jawab aku sedikit gemuruh. Lain macam je. 

Macam mana aku boleh tak perasan dekat tiga bulan haid aku tak datang? Sibuk sangat sampai terlupa. Padanlah dah lama tak beli tuala wanita. Tak guna-guna rupanya.

"Kenapa awak tanya?" Aku memandang Hadi yang terdiam kaku di hadapan aku. "Dua bulan masuk tiga?" Dia mahukan kepastian. Aku angguk. 

"Sure?" Soal dia lagi. Aku angguk lagi. 

"Sure." Jawab aku. Seluruh tubuh dia kejung sejurus dengar pengesahan daripada aku.

"Kenapa sayang?" Aku terasa dada aku bagai nak meletup. Telinga aku seakan dapat dengar hempasan rakus jantung aku ke rusuk, menghempas seperti ombak musim tengkujuh. Kenapa muka dia pucat semacam? Aku ada penyakit terminal ke?

"Sayang." Panggil aku perlahan. Aku boleh dengar getaran yang membalut suara aku. Tangan dia aku capai dan aku sulam jari dia dengan jari aku. Sejuk. Dia pun gemuruh. 

"Sayang, kenapa ni? Kenapa dengan saya?"

"I think...you're pregnant." 

A/U notes:

Omg.

Akira isn't stupid, if it wasn't becos of Hadi's severely astonished expression, she would have figured out about her potential pregnancy

Vote and comment if you're just as excited!

KITAWhere stories live. Discover now