AKIRA 17

245 5 0
                                    

Aku melontar pandangan ke jalan raya. Lampu-lampu kuning jalan aku tengok satu-satu. Suara bingit DJ memekak di radio tak aku endah. Kepala aku sarat dengan lelaki di sebelah aku yang sedang memandu sambil bernyanyi kecil lagu zaman tok kadok.

Sesekali bibir dia mengukir sengih meleret. Dari tadi tak hilang sengih tu. Dahlah tengok orang macam nak buat spesimen, lepas tu tersengih-sengih macam kerang busuk pula. Entah apa-apa.

"Cakaplah. Tak payah serabutkan kepala tu." Teguran Hadi betul hampir buat aku putus nafas.

"Cakap apa?" Gumam aku, cuba mengawal ekspresi muka aku supaya tak kelihatan sangat malu.

"Cakap apa? Akira, I can literally hear the wheels in your brain turning, forming words directed at me. Am I right? You were cursing me right?" Dia menoleh, melempar pandangan 'Kan? Kan?' ke arah aku. Senyuman sinis mewarnai wajah dia. Aku menarik riak kelat.

"Awaklah. Tersengih-sengih dari kat rumah tadi. Nasib baik tak sumbing mulut tu." Aku tak mahu berselindung lagi. Hadi ketawa besar.

"Akira, I just got married this morning. I'm allowed to sengih sampai sumbing, don't you think?" Balas dia sambil mengenyit sebelah mata.

Aku menjulingkan mata ke langit. Kahwin dengan aku je pun. Bukan dengan Fazura ke Maya Karin ke.

"Awak patut senyum lebih sikit Akira. Baru nampak macam awak ikhlas kahwin dengan saya." Hadi mengerling aku dengan ekor mata dia.

Aku memeluk tubuh. Sampai hati cakap aku tak ikhlas kahwin dengan dia tau.

"Saya ikhlas la kahwin dengan awak." Akui aku perlahan. Pipi aku terasa panas menggelegak.

"Kalau ikhlas kenapa asyik nak rolling eyes je? Tak baik tau." Dia memandang aku sepenuhnya kali ni. Aku menggigit bibir bawah. Aku tahu aku selalu julingkan mata bila dengan dia. Dah tu, siapa suruh semedang buat lawak sarkas? Memanglah aku malas nak layan.

"Sorry la Hadi. Dah terbiasa." Balas aku lambat-lambat. Hadi aku lihat mengoyak senyum simpul. Senyum lagi. Apa la yang buat dia bahagia sangat tu pun aku tak tahu.

"It's okay." Balas dia lembut.

Aku baru nak tersenyum lega bila dia tambah, "Sayang." Terus senget senyuman aku. Aku berdehem sekali, pura-pura tak dengar panggilan manja dia.

"Nanti kita macam mana Hadi?" Aku bertanya, tukar topik. Tak nak sentuh bab romantis slot chamsarang.

"Macam mana apa?" Dia bertanya pelik.

"Life kita la. Awak tu lecturer saya." Balas aku sambil menala pandangan ke wajah dia.

"Eh bukan saya suami awak ke?" Kedua keningnya terjungkit tinggi, mengejek aku. Tengok tu. Macam mana aku tak julingkan mata? Aku serius, dia nak bergurau pula. Sekeh kang.

"Hadi. Betul-betul la." Aku mencubit lengannya.

Hadi sekadar ketawa kecil. Matanya mencuri pandang aku. "Saya nak hebahkan kat universiti awak tak bagi. Kan senang kalau semua orang tahu kita dah kahwin. Nak dating depan orang pun tak ada hal. Nak pegang ke nak peluk ke nak kis—" Belum pun habis ayat dia tangan aku dah memintal isi lengan dia. Miang keladi lagi.

Hadi meraung sakit sambil menggosok lengannya yang pijar dicubit aku. "Ganasnya awak ni." Desis dia sambil berkerut-kerut. Padan muka.

Aku mengerling lengannya yang semakin merah. Alamak. Kang berbekas kulit anak orang, niaya je. Aku mula rasa bersalah. Lambat-lambat aku tepis tangan dia yang menggosok bahagian merah tu sebelum tangan aku pula ambil alih, mengusap lembut.

"Sakit lagi?" Aku tanya.

Hadi mengoyak senyuman nipis sebelum angguk manja. Bibirnya dicebikkan persis budak kecil. Aku menahan loya. Buruk benar dah tua bangka berjambang buat muka bajet comel macam tu.

"Tu laa. Siapa suruh perangai macam orang tua gatal? Kan dah kena setepek." Bebel aku sambil terus mengusap lengan dia.

"Kenapa sejuk sangat tangan tu?" Soal Hadi tiba-tiba. Aku memandang dia sekilas. Muka dia menahan senyuman dan mata perangnya bersinar dengan ejekan nakal.

"Air cond." Balas aku pendek. "Air cond ke.... Nervous?" Duga dia sambil mengenyitkan mata. Aku menjulingkan mata sebelum menolak jauh lengan dia.

"Perasanlah awak sorang-sorang."

Tawa kecil lahir dari bibir dia. Aku memegang dada yang berombak kencang. Memang aku nervous pun sebenarnya. Berdua-duaan dalam kereta dengan dia. Malam pula tu. Terasa canggung betul.

Hai... Kenapa aku berdebar teruk sangat ni? Berdebar nak jumpa keluarga dia kot? Maybe. Tapi debaran ni sejak pagi tadi tak hilang, sejak dia ajak aku solat berjemaah, sejak dia usap tangan aku, sejak dia pandang aku macam aku ni intan permata yang belum penah dijumpai manusia.

"Jangan risau. Mama saya sempoi. You're gonna love her." Hadi cuba menenangkan gemuruh jiwa aku. Aku terangguk-angguk. Bukan sebab risau pasal mama dia. Tapi sebab—

"And she's so gonna love you too." Bisik dia rapat di sisi aku.

Terasa hangat badan dia memancar dari sebelah. Aku menarik nafas dalam-dalam. Main rapat-rapatkan saf pulak dah. Tak berani aku nak toleh ke tepi, pandang dia.

"Akira." Suara dalam ala Richard Marx dia guna pulak dah.

Amma...

Dah makin mencair tulang belulang aku. "Hm." Balas aku masih berdegil hadap jalan. Dia yang memandu, aku pula yang perhati jalan dan kereta. Eloklah tu.

"Zip seluar awak terbuka." Ha? Zip terbuka? Serta-merta kepala aku tunduk, baju aku selak nak tengok zip seluar. Okay je. Tutup elok.

Ishh dia ni..

Gurau kasar pula malam buta ni. Terus aku toleh nak palu dia dengan bebelan berdas-das.

"Awak ni kan Had—"

Bibir dia melekat ke bibir aku.

A/U notes:

You're most welcome. :P 

I warned you this would happen.  A lot. I make no apology. They're in fact legally married.

Show your love by voting, commenting and sharing. 

KITAWhere stories live. Discover now