Aku meneliti kalendar di skrin telefon sambil duduk menyilang kaki di barcalounger yang baru aku beli di luar rumah. Gara-gara melayan FRIENDS hampir setiap malam, akhirnya aku dan Akira pergi ke kedai perabot dan beli barcalounger yang mirip barcalounger milik Joey dan Chandler dalam siri TV popular itu.
Hujung minggu ni aku akan hantar mama, anak-anak beruang dan mangkuk tiga orang tu pergi airport. Sekejap dua bulan berlalu. Lepas diaorang balik semula ke UK, entah bila lagi dapat jumpa mereka. Mungkin aku boleh curi masa bawa Akira ke sana, bercuti seminggu dua.
"Nah." Hidayah mencampak sebuah kotak berbalut warna-warni ke atas sila aku. "Apa ni?" Aku dongak, memandang adik kembar aku tu. "Hadiah." Jawabnya datar.
"Dari siapa?" Soal aku lagi.
Budak bertuah ni jarang nak bagi hadiah berbalut. Selalu kalau ada benda dia nak bagi, dia hulur terus. Tak ada nak packaging bagai. Masuk tong sampah juga katanya. Hidayah memandang Hamzah yang baru muncul di sebelahnya, meminta tolong dengan ekor mata.
"Jangan babitkan aku ngah. Dia suruh kau bagi along, bukan aku." Awal-awal Hamzah sudah angkat tangan, mengelak. Lain macam ni.
"Dari siapa ni?" Aku mengulangi soalan yang sama. Hidayah memandang aku sekilas sebelum jawab, "Alicia." Aku tergamam.
Alicia? Alicia Brown?
"Hadiah kahwin kau." Sampuk Hamzah. "Kau beritahu dia?" Aku menoleh memandang adik bongsu aku. Hamzah menggeleng kepala. "Bukan aku long. Ni si kepoh ni." Belikat Hidayah ditepuknya kuat.
Hidayah berdesis sambil memukul lengan Hamzah sebelum dia duduk di lengan barcalounger, memusingkan badannya menghadap aku. Bahu aku dipautnya.
"Aku terpaksa long. Dia corner aku. There was nothing I could do." Hidayah cuba pertahankan diri. Aku menarik muka meluat.
"Kau kena corner? Kau? Kau?" Jari telunjuk aku tunjal ke dahi dia berkali-kali.
Semua orang tahu ketahanan dan kekentalan jiwa Hidayah. Adik aku bukanlah spesies mudah ditipu, dipujuk, goyah macam lalang. Dia kental. Hati kering. Mungkin sebab dia membesar dengan dua adik beradik lelaki, jadi jiwa dia banyak menjurus pada maskuliniti. Jarang-jarang aku lihat dia goyang atau mengalirkan air mata. Apatah lagi cair bila dipaksa Alice.
Hidayah menepis tangan aku sambil menjeling. "Seriously long. Dia tengok mama, aku dengan acik packing macam nak pindah rumah, so she sensed something was up. She made me talk okay." Hidayah cuba menjelaskan keadaan dirinya yang tersepit.
Aku memandang dia dengan ekor mata untuk beberapa saat sebelum menarik dan melepaskan nafas panjang.
"How was she taking it?" Aku bertanya akhirnya.
"Ithought she had a stroke. Tak berkelip dia tengok aku. Then she balled her eyesout." Beritahu adik aku perlahan. Aku memandang Hamzah pula.
"It was horrible."Dia pasang muka serba-salah sambil tergaru-garu kepala sebelum mengangguksekali, membenarkan kata-kata Hidayah.
Aku mengeluh berat, kepala aku sandar kebahu Hidayah sambil menala pandangan ke bintang berkelip di dada langit.
A/U notes:
Jeng jeng jeng. Siapakah gerangannya Alicia Brown?
Nak tahu?
Vote dulu, komen then tekan next please.
YOU ARE READING
KITA
RomanceTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...