Tangan aku mengusap perut isteri aku yang bulat dengan zuriat aku. Bibir aku menarik sengih meleret bila terasa kaki anak aku menendang tangan aku, seolah dia marah aku kacau ibu dia tidur.
Aku curi pandang wajah Akira. Nyenyaknya tidur. Andai gunung berapi meletup kat sebelah dia pun belum tentu dia akan bangun. Aku tergelak kecil bila dia menggumam bahasa alien sambil berkerut-kerut. Entah apa la yang dia mimpikan tu?
Aku alihkan mata aku dari wajah polosnya ke lehernya—antara bahagian sensitif Akira dan juga bahagian tubuh dia yang sering buat aku hilang daya untuk berfikir.
Perlahan-lahan aku rapatkan hidung aku ke lehernya sambil pejam mata, menikmati haruman isteri aku. Bau losyen kegemaran dia bercampur dengan bau semulajadi dia semerbak ke dalam rongga hidung aku, bikin aku lalai dan hanyut dalam nikmat dan mahu.
Aku kembali memberi jarak. Mata aku meleret ke dadanya pula. Aku menelan air liur sambil menarik nafas dalam-dalam. Sungguh aku terpaksa guna segala kekuatan yang aku miliki untuk halang diri dari turuti nafsu dan hati saat mata aku menjamah bahagian tubuh dia kegemaran aku tu.
Aku gagahkan mata aku turun ke perutnya sebelum mata aku menjalar ke seluruh tubuhnya. Aku tak faham kenapa isteri aku rasa begitu rendah diri dengan bentuk tubuh dia sampai nak pakai baju pun lari masuk tandas. Berbulu je aku tengok.
Acapkali bila dia perasan mata aku meratah tubuh dia, kelam-kabut dia jauhkan diri atau cari sesuatu untuk sembunyikan badan dia dari mata liar aku. Dah banyak kali aku tegaskan pandangan aku tentang badan dia, betapa gilanya aku dengan diri dia, fizikal dia, personaliti dia tapi Akira masih lagi rasa insecure.
Aku mengusap lembut perut dia, membentuk putaran halus. Sejujurnya, isteri aku luar dalam cantik. Sepasang mata hitam galaknya sering buat aku rasa seolah aku sedang terawang di semesta. Hidung butangnya terlalu comel sampai selalu jadi mangsa gigitan aku.
Bibir merahnya, ya Allah, bibir Akira. Bibir bawahnya lebih tebal dari bibir atasnya. Munggil dan merah semulajadi. Kalau mampu, aku sanggup korbankan sisa hidup aku memuja bibirnya. Setiap kali dia gigit bibir bawah dia, dada aku hampir meletup dengan gelora perasaan.
Ya isteri aku cantik dan adorable tapi bukan fizikal dia yang buat aku jatuh cinta kali pertama. Personaliti dia, kebaikan dia, hati dia, kelancangan dia, fikiran dia, gurauan dia, senyuman dia, jelingan dia, suara dia, tawa dia, semua tu magnet untuk aku. Aku lemah dengan dia.
Dan sekarang bila dia kandung anak aku, tubuh dia berubah fizik, dia semakin bertambah berat, dadanya semakin berisi, pinggulnya makin melebar dan pehanya juga semakin menebal.
Perubahan tubuh dia sungguh buat aku hampir hilang kawalan setiap kali aku melihat dia. Aku tak mampu dan tak boleh tak pegang dia walau sesaat. Aku perlu sentuh dia, aku perlu rasa hangat kulit isteri aku setiap masa.
Dengan ketinggian hanya 5'1 kaki, dan perut memboyot, wallahi, tak ada yang lagi comel dari Akira yang sarat mengandung sampai aku akan tergelak kecil setiap kali aku tengok dia berjalan. Dia tahu aku gelakkan dia dan dia dah tak kuasa nak jeling aku.
Dia siap ketawa sekali tapi dia masih tak percaya bila aku puji fizikal dia.
Aku sanggup habiskan seharian suntuk puji dia, tulis berkajang sonnet untuk dia, tinggalkan lembaran puisi atas bantal, nukilkan melodi lagu memuja setiap lurah dan lekuk tubuh dia, bisikkan manis pujangga di telinga dia tapi dia masih juga akan peluk badan dia dengan rasa rendah diri.
Satu hari, aku dah tak tahan dengan insecurities dia sampai aku jerit kat muka dia. "Akira, I see what a baby is doing to you and it makes me want to fill you with more of them. So stop freaking hide from me and let me love you! Let me show you how gorgeous and beautiful you are!"
YOU ARE READING
KITA
RomanceTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...