HADI 52

127 1 0
                                    

Bahu dia terhenjut-henjut aku pandang lama tapi hati aku tak gusar seperti malam-malam sebelum ni. Sebab sekarang, dia merintih pada Sumber segala kebahagian dan aku percaya Tuhan akan kesat air mata duka dia dan gantikan dengan ketenangan.

Aku tunggu hingga dia selesai bermunajat pada Dia, pemilik jiwa dia dan aku. Selepas berdoa, dia kembali berdiri dan mengangkat takbir. 

Aku menunggu lagi. Selesai dua rakaat, dia berdoa dan esakan dia bergema di segenap ruang bilik sehingga menjentik lembut hati aku.

Ikutkan hati, mahu saja aku meluru dan peluk dia ke dada dia tapi aku tahu dia tak perlukan aku sekarang. Dia perlukan Rabb dia. 

Jadi aku pejamkan mata dan biarkan bibir aku mengukir senyuman nipis.

~*~

Pukul 4.45 pagi, Akira bangkitkan aku untuk sahur bersama. Sebelum bersahur, aku tunaikan solat sunat tahajjud dua rakaat terlebih dahulu. 

Selesai bermunajat, aku menuju ke dapur. Bila aku lihat lauk-pauk dah terhidang atas meja, aku tahu isteri kesayangan aku ni tak tidur sejak dia bangun awal pagi tadi. Jiwa kental suri hati aku ni.

Akira terjerit kecil bila tangan aku melingkari pinggangnya. "Buat apa?" Aku berkerut tengok dia tuang cecair keruh dari blender ke dalam segelas cawan kaca. 

"Sayang, cuba try ni." Dia memusingkan tubuhnya dan menghulurkan gelas tu kepada aku.

"Apa ni?" Aku membelek isi gelas tu dengan riak curiga.

"Oat campur susu, campur kurma campur banana. Very nutritive." Jelas dia seperti pakar nutrisi yang sedang mempromosi produknya. 

"Awak sure ni edible?" Kritik aku jujur tanpa berlapik. Terus Akira menampar lembut lengan aku.

"Adoi, sakit tau tak?" Saja aku mengerang lebih-lebih sambil menayang lengan aku kepadanya, menyuruh dia usap. 

Akira tarik muka jengkel. Bibir aku membuah segaris senyuman bila jari halusnya mula mengusap lengan aku yang ditamparnya tadi.

"Rasa dulu baru komen boleh tak? Don't judge a book by its cover. Saya janji, awak mesti suka punya." Janji dia sambil menggesa (atau lebih tepat lagi, memaksa) aku untuk minum minuman bernutrisi tinggi yang dibuatnya.

Muncung gelas dah dilekatkan ke bibir aku. Terus aku jeling dia sebelum perlahan-lahan aku meneguk sedikit. 

"Bismillah." Saja aku ucap basmallah kuat-kuat, mengusik lagi. Sebaik saja minuman oat tu teresap ke dalam tunas rasa aku, serta-merta terbuntang luas anak mata aku. 

Rongkong aku menghasilkan bunyi, 'hmm..', tanpa aku sedar.

Senyuman megah yang tergantung di bibir Akira berakar dari telinga kanan ke telinga kirinya. Lebar bukan main. 

"See, I told ya. Sedapkan?" Dia menyandar pada kaunter sambil melirik ke arah aku dengan wajah riyak, takabur, sombong, semualah.

"It's good." Aku teguk lagi. Betul sedap air oat ni. 

"Buat lagi sayang. Tiap-tiap hari pun tak apa." Pinta aku sambil menjilat bibir. Sekali lagi aku meneguk gelas berisi campuran oat yang dibuatnya tu.

"Untuk awak suami saya yang tercinta ni, sampai bila-bila pun saya sanggup buat." Dia mengusap jambang yang tumbuh di serata rahang aku sambil menghadiahkan aku segaris senyuman pencair hati. 

Dada aku bergetar hebat sejurus jarinya menyentuh kulit aku, terus aku tarik dia rapat ke dada aku sebelum bibirnya aku lahap penuh nikmat. Selang beberapa saat berlalu, Akira menolak muka aku jauh-jauh.

KITAWhere stories live. Discover now