"Akira.."
Aku memegang rahang yang terasa lenguh, lenguh kerana tak berhenti sengih sejak tadi. Macam budak sekolah baru akhir baligh, aku tak boleh berhenti senyum. Siapa aku nak bohong?
I like her. A lot. Pagi tadi aku terus buka page Facebook dan baca post terkini pada dinding group cari jodoh yang ditubuhkan mak gadis itu.
'Pukul 7.30 pagi di The Mad's Lab Kafe: Pertemuan dengan 30 orang calon terpilih'.
Siapa gadis itu, wajah dia, biodata dia, aku tak mahu baca. Aku tak mahu spoiler. Entah kenapa, aku ada odd instinct tentang gadis ni. A good kind of odd instinct. Aku dapat rasakan aku boleh ngam dengan dia.
Perkara pertama yang menarik perhatian aku ialah mak dia buat group untuk carikan dia jodoh. Itu dah wow-factor bagi aku. Kedua, macam mana gadis itu boleh setuju dengan modus operandi gila mak dia ni?
Oh I gotta meet this girl.
Pukul 7 aku tiba. Hana, pemilik kafe The Mad's Lab menegur aku ramah. Di sebelahnya, Daim—seorang lelaki tinggi lampai memandang aku tanpa berkelip sebelum mengangguk sekali. Aku kira itu caranya menegur aku cara baik sambil menyelitkan amaran, 'Jangan kacau isteri aku.' Warning's taken mate.
Aku sekadar tersenyum kekok. Tak sampai lima minit kemudian, Hana menghampiri aku sambil bawa secawan koko panas.
"Thanks Hana." Ucap aku terharu. Hana, satu-satunya owner kedai yang bagi aku peluang busking di kedainya tanpa banyak songeh, tanpa minta dibayar, tanpa kerenah. Very simple lady dan so not available. Aku teringat pandangan membunuh lelaki tinggi lampai tadi. Meremang bulu tengkuk.
"Anything for my favorite busker." Angguknya sambil tersenyum nipis sebelum kembali ke dapur kafe. Pukul 7.20 tepat, seorang gadis berjalan ke arah kafe.
Sebaik saja dia tiba di depan pintu kafe, gadis itu membelek wajahnya di dinding kafe yang diperbuat daripada one-way mirror – cermin yang membenarkan orang dalam boleh nampak orang di luar, tapi orang di luar clueless tentang kondisi di dalam kedai.
Aku memerhatikan gadis itu merapikan rambut kerinting-ikalnya yang diikat lose ponytail, mengemaskan skirt kelabu gelap labuh dan meratakan blaus putih yang tersarung di tubuhnya.
Setelah berpuas hati, gadis itu masuk ke dalam kedai dan duduk di bahagian tepi dinding kaca. Aku tengok dia lama-lama.
Aku tahu dia gemuruh. Sangat gemuruh. Kakinya tak boleh berhenti bergoyang, tumit flip flop dipakainya menghentak lantai kayu kafe, menghasilkan bunyi halus. Jarinya mengutil kulit mati di sekeliling jari-jarinya yang lain.
Setiap sepuluh saat, dia akan mengetap bibir, mengigit bibir bawahnya sampai berubah warna ke warna merah. Dan setiap lima belas saat dia akan mengesat manik-manik peluh di pelipis dan philtrum bibirnya dengan tisu walaupun dalam kafe ni boleh sejuk beku dihembus angin hawa dingin.
Lima minit kemudian, masuk seorang perempuan tinggi lampai dan sejurus gadis itu nampak dia, serta-merta riak cemas yang sejak tadinya mewarnai wajahnya berganti dengan riak lega. Sangat lega. Gadis itu bangun dan menarik perempuan tinggi lampai itu duduk di sebelah kanannya.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki masuk dan berjalan ke arah mereka. Seorang demi seorang ditemuramah mereka penuh sabar. Masuk calon ke-12, aku bangun dan keluar dari kafe. Dari jauh aku bermain gitar, busking sambil mata aku tertancap pada satu gadis yang sedang menemu ramah lelaki di sebalik dinding kaca.
A/U notes:
Anyone ada impulse gila macam Hadi?
By the way, I nak bagi an Easter egg (hidden clues) kat korang. The Mad Lab kafe is actually a singlet from Aku Bukan Hana Tajima (ABHT is another karya of mine. Go check it out. My friends yang dah baca enjoyed the book immensely).
I'll update ABHT insha Allah. I will. Korang vote & komen, I'll update.
YOU ARE READING
KITA
RomanceTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...