AKIRA 16

219 3 0
                                    

Setelah selesai semua urusan di masjid, umi dan ayah ada buat majlis kecil-kecilan di rumah dan menjemput keluarga terdekat, sahabat handai dan tetamu yang hadir untuk meraikan majlis akad nikah aku dan Hadi.

Untuk majlis ni, aku dan Hadi buat keputusan untuk tidak adakan majlis resepsi dan bersanding. Yang penting akad nikah dan sedikit majlis kesyukuran menjamu orang makan. Simple dan tak payah pening kepala. Lagipun Nabi Muhammad saw ada pesan,

'The most blessed nikah is the one with the least expenses.' So, there we go.

Setelah selesai semua, dah kemas dan dah bersih rumah, ahli-ahli keluarga aku majoritinya sudah terbungkang di ruang tamu. Fyn dan Erika di dapur berborak-borak dengan teman-teman dan saudara-mara aku yang lain.

Dan aku?

Aku sedang terpacak di depan komputer, mengimbal balik satu persoalan yang menggigit batin aku—nak Skype kakak ke tak? Aku berteka-teki dengan diri sendiri. Perlu beritahu kakak ke tak tentang status diri aku?

Kalau tak beritahu mesti kakak sentap tak ingat dunia punya. Kalau setakat projek dia, inikan berita gembira, takkan mengganggu kot? Semua orang tahu aku ni kesayangan kakak.

Kakak pernah cakap, antara objektif hidup dia adalah untuk jadi wedding planner aku. Tapi umi pula beriya-iya pesan jangan beritahu kakak dulu. Dia tengah sibuk dengan projek dia. Tak nak bebankan dia dengan rasa bersalah kerana tak dapat balik untuk hadiri majlis pernikahan aku. Jepun-Malaysia bukan sekangkang kera. Ada benar kata umi tu. Tapi.. Aduh rumitnya.

Musnah angan-angan kakak. Sorry sis.

"Dah macam tugu Negara ni kenapa?" Hadi muncul entah dari mana, menegur.

Aku tersentak sampai terjungkit bahu aku. Terus aku menoleh, mata aku menjilat dirinya yang sudah menyalin uniform pengantin kepada baju t-shirt tertulis 'I literally tie a' dan gambar tali bersimpul di bawah tulisan tu, bersama seluar jeans lusuh.

Charming.

Hadi menyedari mata aku di dadanya terus menarik hujung bajunya ke depan, menayang bangga. "Cool kan tee ni?" Tanya dia macam budak kecil.

Aku angguk setuju. "Untuk awak pun ada. Saya letak atas katil. Nanti awak pakai." Beritahu Hadi. Aku menjungkit sebelah kening.

"Sepasang ke?" Tanya aku.

"Yelah. Kitakan sepasang." Jawab dia selamba. Aku menarik muka loya. Mulut manis semedang.

"Suka kan buat muka annoyed macam tu?" Hadi berdiri di sebelah aku, betul-betul di sebelah aku.

Beberapa sentimeter saja memisahkan kami. Rapatnya ya Allah... sampai aku boleh bau manis minyak wangi dia. Aku cuba pasang riak selamba.

"Kenapa tak salin baju lagi? Tak panas ke?" Soal dia hairan sambil memandang aku atas bawah. Baju nikah masih tersarung di badan aku. Cara dia tengok aku macam dia nak tolong salinkan baju untuk aku. Ee gerunnya.

"Panas. Tapi ni tengah fikir nak Skype kakak ke tak." Aku beritahu apa yang menyesakkan benak kepala aku sejak tadi. Mata aku kembali pada skrin komputer.

"Dia nak balik hujung tahun ni kan? Kita surprise kan dia je la." Cadang Hadi, serupa dengan idea umi. Aku menggaru kepala. Lama lagi tu. Mahu kena maki berkajang-kajang dengan kakak.

"Tapi mesti kakak kecil hati saya tak beritahu dia awal-awal. We made a pact you know, to tell each other everything especially about our love life." Cerita aku tanpa berfikir dahulu, dan akibatnya?

Hadi membongkokkan tubuhnya, semakin menghampiri aku sampai aku boleh rasa hembusan deru nafas dia. Sebelah tangannya memaut belakang kerusi aku menyandar dan aku berani sumpah ketika tu aku dengar bunyi mengaum halus tapi pekat macam harimau bergetar dari dada dia, ke biji halkum dia. 

Animagus ke dia ni?

Aku menelan air liur bila dia memusingkan dagu aku, memaksa aku toleh dan lawan renungan orbital perang dia.

"Your love life? Who else, may I know, existed in your love life, wife?" Duga dia sinis. Perkataan 'love' ditekannya keras. Suaranya dalam dan pekat.

Aku menelan air liur lagi sebelum mengumpul cebisan kekuatan yang pecah bila dia panah aku dengan renungan tajam macam tu.

"Do you really want to know?" Aku tepis lembut jari dia di dagu aku sebelum memeluk tubuh. Hadi mengecilkan mata bila aku berani melawan renungan redup dia.

"No." Dia menggeleng setelah beberapa detik dia diam, memikirkan implikasi jawapannya. Tahu pun. Aku menarik senyum kemenangan.

"They were your past. Your past is yours to keep. Your present and future are my privilage." Bisik dia di telinga aku sebelum bibir dia menggigit perlahan cuping telinga aku.

Bagai direnjat elektrik, aku terjerit dan melompat dari kerusi, tapi tangan Hadi yang mengepung aku memaksa aku kembali lekat pada kerusi.

Aku memegang cuping telinga aku yang masih hangat terasa gigitan manja dia. Aku tengok dia tak berkelip.

Hati aku bergetar kencang. Tersentuh hati dengar kata-kata dia tadi pun iya, terkejut beruk pun iya. Tergoda pun iya. Aku menelan air liur buat kali ke berapa. Aku cuba memproses kata-kata romantis dia tadi. They? Apa maksud dia they? Tak tahu ke dia yang aku tak pernah ada kekasih.

"By the way, I like seeing you in hijab. It suits you." Tambah dia lagi mengenyitkan mata dan berjalan pergi. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menjelingnya.

Dia suka aku pakai hijab? Aku memerhatikan dia hilang ke dapur sebelum aku menjengket-jengket ke dalam bilik dan kembali menyarung hijab di kepala. Aku melihat pantulan wajah aku berhijab di cermin.

I like seeing you in hijab. It suits you.

Aku memusingkan muka aku ke kiri dan ke kanan. Boleh tahanlah. Tak ada la hodoh comot ke apa. Tambah dengan kuasa make up lagi, memanglah nampak berseri.

Aku menggigit bibir bawah. Kenapa aku tak berhijab? Fyn dan Erika dua-dua pakai tudung. Umi pun menutup kepala. Tapi kenapa aku tak terniat langsung untuk menutup kepala? Aku kembali memandang wajah aku di cermin.

Mungkin dah tiba masanya.

A/U notes:

Animagus is someone who can change into an animal. It's from heri potah.

Vote & comment. Then tell your friends about how awesome this story is. Share it with them all okeyy

KITAWhere stories live. Discover now