Kelas hari ini aku ambil keputusan untuk mengajar dua jam pertama sahaja. Baki satu jam seterusnya aku sajikan pelajar-pelajar aku dengan pop test—ujian mengejut dan sungguh menghiburkan hati melihat wajah terkejut beruk campur penyesalan abadi anak-anak murid aku. Inilah antara asbab aku jadi pensyarah.
Wajah Akira aku curi pandang. Lazimnya bila aku buat pop quiz atau pop test, muka dia paling ketara sekali mempamerkan riak jengkel dan dia tak malu untuk sembunyikan perasaannya dari pengetahuan aku. Dia akan tunjuk habis-habisan tapi hari ini dia tak tampal riak jengkel. Bahkan dia tak tampal riak apa-apa pun. Dia nampak lost, kosong.
Tamat 3 jam kelas, pelajar menghantar kertas jawapan dan mula bergerak keluar dari kelas. Nama Akira aku panggil dan aku minta dia tunggu.
Dia angguk patuh dan memberi isyarat kepada kawan-kawannya untuk gerak dulu. Setelah semua pelajar keluar, Akira bangun dan berjalan ke meja pensyarah, ke arah aku.
"Ada apa Dr.?" Tanya dia datar. Aku menjungkit kening dengar dia panggil gelaran aku. Sah dia ada masalah.
"Okay tak?" Aku merenung wajah keruhnya. Jarang dia pasif sebegini. Selalu dalam kelas dia paling hiperaktif. Kadang-kala sampai berbuih mulut aku jerkah nama dia suruh dia senyap, fokus, beri perhatian, berhenti tanya soalan.
"Okay." Jawab dia sepatah sambil menjungkit bahu. Okay? Itu je? Okay? Masalah negara ni kalau dia jawab sepatah macam ni.
"Ada problem?" Aku bertanya lagi, cuba memancing dia untuk bercerita, meluahkan apa yang membebankan tulang belakang dia.
Dia menjungkit bahu lagi. "Semua orang ada problem Dr." Aku menarik nafas panjang. Fine, I give her that.
"And what's yours?" Soal aku tak mahu mengalah. Dia memandang aku lama.
"Dr. nak cakap pasal apa sebenarnya? Kalau tak ada benda penting yang kena mengena dengan biomolekul, saya nak balik." Akira mengerling pintu kelas. Macam tak sabar nak memecut keluar gayanya. Aku menyusun kertas ujian dan mengepitnya di celah lengan.
"Kita makan dulu jom?" Minta aku perlahan. Dia memandang aku lama. Aku nampak dia nak tolak permintaan aku.
Sebelum sempat dia luahkan keputusannya, aku pantas memakai riak paling innocent. "Please." Pujuk aku sambil melembutkan suara. Akira melepaskan satu keluhan berat.
"Kat Mad's Lab. Okay? Hm?" Aku menjungkit kening, cubaan memujuk buat kali ke tiga.
"Fine." Dia mengeluh sebelum angguk sekali. Aku tersenyum kemenangan.
~*~
"Susah sangat ke pop test tadi?" Aku memerhatikan dia mengacau pasta dia dengan garfu. Akira mengalihkan matanya dari pasta ke muka aku.
"Susah." Jawab dia sepatah. Aku menggetap gigi.
"Sebab tu muka monyok macam tenuk ni?" Aku meletakkan sudu dan garfu sebelum memberi sepenuh tumpuan pada dia. Akira mengecilkan mata. Geram agaknya aku panggil dia tenuk.
"Awak ni kenapa cari gaduh dengan saya?" Akira menala mata garfu ke wajah aku.
"Awak pasif tiba-tiba agresif ni kenapa?" Aku balas sama sinis, tak nak kalah. Dia berdengus kasar sambil mencebik. Mulutnya terkumat-kamit membebel entah apa-apa. Satu butir pun aku tak dapat hadam.
"Awak dah diskus dengan parents awak ke pasal kita?" Aku cuba selitkan topik yang dah lama menghantui aku sejak berminggu-minggu lalu. Akira mengerutkan dahi.
"There's no 'kita'." Desis dia dingin, perkataan 'kita' ditebalkannya sambil dia membengkokkan jari telunjuk dan jari tengah kiri dan kanannya serentak, memimik tanda buka dan tutup kata.
Aku tak terkata. "There is!" Bantah aku keras.
"Isn't!" Dia menambah kerutan di dahi.
"Is!" Aku menjegilkan mata.
"Isn't!" Batang paip dah tersembul di dahi dia. Aku mengetap bibir, cuba menahan tawa yang memaksa mahu keluar dari mulut.
"Apa yang kelakar sangat?" Akira menghentak meja dengan tapak tangan kanannya, sekaligus menarik perhatian beberapa pelanggan berdekatan dengan meja kami.
Aku menunjuk ke arah urat batang paip di dahinya. Seperti biasa, jari dia laju memegang urat tu.
"Sampai bila awak nak ejek urat kat dahi saya ni?" Dia menjeling aku sambil mengusap dahinya. Harapanlah urat besar tu nak hilang.
"Sampai awak kahwin dengan saya." Janji aku tanpa perlu berfikir, tanpa berlengah.
Akira menjulingkan mata dengar. "Stop throwing false promises with fancy words, Hadi." Sindirnya perlahan.
"I wasn't throwing false promises, Akira. I'm being dead serious now. Saya nak kita ada." Aku cuba menyalurkan semua emosi dan perasaan aku ke dalam panahan renungan mata aku terhadap dia.
"Kenapa?" Dia bertanya lambat-lambat setelah otak dia memproses kata-kata aku tadi.
"Kenapa saya nak kita ada?" Aku bertanya semula. Dia angguk sekali.
"Sebab saya rasa spark the moment saya nampak awak berhenti kat depan cermin tu sambil betulkan skirt awak, blaus putih awak, tengok reflection muka awak. That moment just stirred something inside me. I knew then there will be kita."
Beritahu aku sambil menunjuk ke arah dinding kaca kafe. Memori Akira menelek refleksi wajahnya di dinding kaca kafe bermain jelas dalam kepala aku. Aku sedar aku sedang beri dia akses kepada hati aku sedikit demi sedikit.
Aku tak kisah. She's worth it.
Akira tak terkata memandang aku. "What made you so sure?" Dia bertanya perlahan setelah agak lama mendiamkan diri.
"Because I will make sure of it."
A/U notes:
I baca post ni kat IG.
So legitly true kan?
Sila vote, komen lepas tu baca sampai habis.
YOU ARE READING
KITA
RomanceTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...