Tahun 3, Semester, Final Semester
Business Admin Club Meeting
"Hani ada any suggestions?" soalan dari president kelab mereka buat Hani tersedar dari lamunan.
"Oh tak ada." Jawab Hani pendek. Dia menjeling Ain dan Rina yang menarik dia untuk join meeting club course mereka sedangkan Hani bukanlah antara AJK kelab.
"Okay kalau macam tu kita wrap-up meeting kita hari ini. Hopefully sukan kelab kita ini akan berjalan dengan lancar bulan depan. Terima kasih bagi yang hadir dan membantu menyumbang idea untuk acara sukan tahunan kita." Kata Bakri, president kelab mereka.
Ya Hani secara paksa rela telah menjadi salah seorang AJK hari sukan kelab yang akan berlangsung bulan depan kerana diheret oleh Rina dan Ain. Mesyuarat bersurai dan laju Hani berjalan keluar.
"Hani~ kau marah kami ke?" soal Rina sambil memegang lengan Hani. Hani buat tidak endah dengan Rina.
"Alah bukan selalu pun Hani. Kau dahlah tak pernah join aktiviti kelab. Dah final semester ni, carilah pengalaman." Kata Ain pula. Hani mengeluh.
"Yelah yelah. Tapi seriously korang letak aku bahagian buat air? Tak ada bahagian berfungsi yang lain ke?" kata Hani. Mereka bertiga dalam perjalanan ke pondok bas. Untuk semester yang baru ini, Rina tinggal sekali di rumah sewa. Katanya dia mahu tahu apa rasanya jadi student non-resident.
"Bahagian lain dah penuh. Lagipun buat air pun functional juga apa." kata Ain. Hani sekadar mengangguk mengiyakan sahaja kata-kata Ain.
Hani meraba mencari telefonnya di dalam poket beg tapi tiada. Sah tertinggal dalam bilik meeting.
"Guys, korang gerak dululah. Aku rasa phone aku tertinggal dalam bilik meeting lah." kata Hani kemudian laju dia berpatah balik untuk ke bilik meeting. Ain dan Rina meneruskan perjalanan mereka ke pondok bas.
+++
"Mana phone aku ni..." Hani tertunduk-tunduk mencari telefonnya. Dia yakin dia tertinggal di sini.
"Kau cari ni?" soal satu suara yang hampir seminggu tidak didengarinya. Hani berpusing dan dia nampak Kim sedang duduk di meja sambil memegang telefon Hani.
"Kau ni kadang-kadang cuai juga kan." kata Kim. Dia memandang Hani yang memasang muka tiada perasaan. Selepas apa yang jadi pada masa cuti hari tu, masing-masing jadi dingin antara satu sama lain. Walaupun sudah seminggu semester baru buka, mereka berdua masih tidak bertegur sapa.
"Bagi semula. Telefon aku." Hani menadah tangannya meminta telefonnya kembali. Dia memandang ke arah lain, tidak memandang wajah Kim.
Lain yang diminta, lain yang dapat. Mengaharapkan telefon tapi sebiji Ferrero Rocher pula yang diletakkan oleh Kim di atas tangannya. Hani mengeluh.
"Kim janganlah main-main." Kata Hani. Dia masih tidak memandang Kim.
Kali ini Kim letak Cadburry pula. Kali kedua ni Hani dah mula geram.
"Kim, last warning..."
Belum habis Hani berkata-kata, Kim letak pula coklat Toblerone di atas tangan Hani.
"Are you kidding me?!" Hani memandang Kim. Dia sakit hati bila Kim buat begitu. Walaupun dia geram dengan Kim yang tak serius tu, melihat Kim yang sedang tersenyum di hadapannya ini sedikit sebanyak buat rasa marahnya mereda.
"Now you finally look at me." Kata Kim bersama angelic smile dia tu. Senyuman yang menjadi igauan Hani. Hani laju menoleh kearah lain.
Damn, that smile is really my weakness! Desis Hani.
YOU ARE READING
Dear Hani ✅
RomanceThe story before "My Crazy Boss"; the day when Kim meets Julia Hani ▼ ||Maybe it's destiny after all. Between me and you.|| Kim dan Julia Hani; the end game yang kita semua tahu. The most chill couple dalam My Crazy Boss. Kim pula menjadi penasiha...