Kelas Tutorial
Hani dan Ain sampai awal ke kelas tutorial HRM pagi itu. Minggu ini minggu ke-4 dan subjek ini merupakan usaha terakhir dia untuk bawa Kim satu kumpulan dengannya. Subjek yang lain semuanya gagal - sama ada dia diajak orang join kumpulan mereka tak pun Afif dah bawa dia join group orang lain.
Hari ini by hook by crook, aku akan bawa dia masuk kumpulan aku! Hani tekad.
"Wah awal kau sampai hari ni." tegur Rina dia melangkah masuk ke kelas. Ain yang disebelah Hani dan mencebik.
"Aku tak tahu apa yang merasuk budak ni, tapi yang pasti dia heret aku untuk datang kelas awal." Kata Ain.
Hani tayang muka tak bersalah. Dia memandang keluar dan saat itu juga Kim masuk bersama Afif. Melihat kelibat Kim, Hani sudah menggulung senyum.
You will be in my group today boy. Desis Hani.
"Good morning class!" kata Mr Ang sambil meletakkan buku dan laptopnya di atas meja.
"Good morning!" seluruh kelas menjawab.
"So today we will form your group project team. As I said before, each group need to consist of 10 people. Since this class have 30 student, I only expect to have 3 groups. Now please find your group within 10 minutes and submit the list name to me." Mr Ang mengeluarkan arahan. Mendengar arahan itu, Hani senyum. Dia mengeluarkan sehelai kertas kajang dan menulis namanya paling atas di senarai ahli kumpulannya.
"Hani..." baru Ain mahu mengambil kertas tersebut dari tangan Hani, Hani sudah terlebih dahulu bangun dari kerusinya. Rina dan Ain terpana.
"Kau nak pergi mana? Kami tak tulis nama lagi." kata Rina.
"Korang boleh tulis kejap lagi." kata Hani. Ain dan Rina berpandangan sesama sendiri dengan jawapan Hani. Hani kemudian terus berjalan menuju ke group pelajar lelaki yang duduk di belakang kelas.
Hani mendekati Afif dan Kim yang sedang bercakap dengan pelajar lelaki. Pembetulan. Afif yang bercakap. Kim hanya menjadi pemerhati dari tepi, diam seperti biasa.
"Afif, Kim, korang dah ada group? Kalau tak ada boleh join group kami. We still need a few members." kata Hani tanpa segan silu. Mata-mata yang memandang dia buat tidak endah. Rina dan Ain menutup mulut mereka yang terkejut dengan tindakan Hani.
"Apa dia buat tu?" bisik Rina. Ain hanya menggeleng tidak tahu.
Kim memandang Hani. Mata mereka bertembung untuk beberapa ketika sebelum Kim mengalihkan pandangannya, memandang kertas yang ditangan Hani.
"Oh sorry Hani. Kami dah ada group dan group kami dah penuh." Laju Afif membalas tawaran Hani.
"Ok then." Hani kemudian kembali ke kerusinya dan menghulurkan kertas kajang itu kepada Rina dan Ain. Ain menulis namanya dan menghulurkan pada Rina.
"Siapa lagi yang kau nak ajak masuk group ni?" soal Rina.
"Ambil je siapa-siapa yang tak ada group. Aku okay je." Jawab Hani. Rina mengangguk dan menghulurkan kertas ke belakang utuk diisi oleh pelajar yang masih tiada kumpulan.
"Oi kau buat apa tadi?" Ain berbisik kepada Hani. Hani tayang muka selamba.
"Ajak diorang masuk group kitalah." Jawab Hani.
"Kau ada motif lain kan?" soal Rina pula. Hani menggeleng sambil tayang muka innocent.
"Perlu ada motif ke untuk aku ajak diorang masuk group aku?" soal Hani polos. Rina dan Ain menggeleng. Hani senyum kemudian membuka buku notanya.
Ah I failed again! Ish bila aku boleh dengar suara dia ni... desis Hani.
Ain memerhati Hani.
YOU ARE READING
Dear Hani ✅
RomanceThe story before "My Crazy Boss"; the day when Kim meets Julia Hani ▼ ||Maybe it's destiny after all. Between me and you.|| Kim dan Julia Hani; the end game yang kita semua tahu. The most chill couple dalam My Crazy Boss. Kim pula menjadi penasiha...