[20]

517 47 3
                                    

Rumah Hani

Hani duduk menikus di sofa ruang tamu. Pandangan tajam Fakhri buat dia takut mahu bersuara.

"Cepat bagitahu. Siapa yang tolak kau? Biar aku ajar budak tu." kata Fakhri. Dia sedang berdiri sambil bercekak pinggang di hadapan Hani.

Dia baru balik ke rumah hari ini selepas tinggal di rumah kawannya selama beberapa hari untuk study bersama-sama. Terkejut dia bila dia balik, dia nampak Hani menyapa dirinya bersama tongkat dan kaki yang berbalut. Penyudahnya, dia heret Hani ke ruang tamu dan bermulalah soal siasat yang juga kemudian disertai En Rahim dan Puan Hajar.

"Kalau dia buka mulut, kes ni dah lama settle Fakhri." Kata En Rahim.

"Betul." sokong Puan Hajar. Semua mata memandang Hani.

"Apa lagi yang Hani nak cakap? Memang Hani jatuh." Kata Hani.

"Tapi dari apa yang abah tahu, kamu jatuh sebab di tolak. Bukan 'ter'jatuh." En Rahim menekankan perkataan 'ter'.

"Macam mana abah tahu?" Hani memandang En Rahim.

"Budak yang hantar kamu yang bagitahu." terang En Rahim.

"Kim? Jadi abah dah jumpa dia? Apa lagi yang dia bagitahu?" Hani menyoal dengan teruja. Maksudnya, lepas Kim hantar dia di rumah, Kim berjumpa dengan bapanya di kedai. Aku wonder apa yang mereka bualkan.

"Itu tak penting. Yang penting sekarang ni, siapa yang tolak kamu." En Rahim memandang Hani. Hani mengeluh.

"Kalau Hani tahu siapa, belum sempat semua menyoal Hani, dah lama Hani pergi serang budak-budak tu. Masalah sekarang ni, Hani pun tak tahu. Malam tu gelap." Hani kemudian memeluk tubuh.

"Aih dahlah. Jom kita semua prepare nak buka kedai. Biar lah Hani rest." Puan Hajar menepuk lengan En Rahim.

"Yelah yelah. Hani, anything, telefon je bawah ya." kata En Rahim. Hani mengangguk. Puan Hajar dan Encik Rahim sudah berdiri. Fakhkri memandang Hani tak puas hati namun ibunya menepuk dirinya kemudian dia akur dan berjalan masuk ke biliknya untuk bersiap menolong membuka kedai. Hani bersandar di sofa.

Dia melihat telefonnya. Tiada notifikasi mahupun call. Hani mengeluh. Selepas Kim menghantarnya pulang pagi semalam, tiada mesej mahupun call dari Kim.

Patut ke aku call dia? Tapi macam malu pula...

+++

Ding! Dong!

Mendengar loceng rumahnya dibunyikan laju Hani berdiri dan berjalan menuju ke pintu.

"Hani!" Hani mendengar namanya diseru sebaik dia mendekati pintu. Mendengar nama tersebut buat dirinya tersenyum. Laju dia membuka pintu.

"Ain! Rina!" kata Hani teruja.

"Hani!!!" begitu juga Ain dan Rina. Mereka berpeluk erat.

"Baru satu hari kau tak ada kat kelas, aku dah rasa rindu." Kata Ain.

"Alolo cian dia." kata Hani.

"Hani nah. Kitorang bawa kek favourite kau." Rina mengangkat kotak secret recepi.

"Chocholate indulgence?" soal Hani. Serentak Ain dan Rina mengangguk.

"Wah terharunya aku." Hani meletakkan tangannya di dadanya tanda terharu.

"Ehem. Tak nak ajak kami masuk ke?" suara Firhad memecah Susana ceria tadi.

"Kenapa kau ada kat sini?" soal Hani.

"Wah aku punya baik nak tolong drive kawan kau ke sini, macam ni kau treat tetamu?" kata Firhad.

"Ya aku salah. Sorry. Masuklah." Lawa Hani. Firhad dan Ain melangkah masuk.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now