Fakulti Perniagaan
Hani menggalas begnya dan turun dari bas bila bas berhenti di pondok bas di fakulti perniagaan.
"Terima kasih pak cik." Ucap Hani kemudian dia meneruskan perjalanan menuju ke bangunan fakulti perniagaan. Dia membuka telefonnya dan mencari jadual kelasnya. Pagi ini dia ada tutorial Human Resources Management (HRM).
"Ok bilik tutorial 10." Kata Hani perlahan kemudian dia menyimpan kembali telefonnya di dalam beg. Dia memandang depan dan dia terpandang sesusuk tubuh manusia yang akhir-akhir ini selalu bermain di pandangannya.
Lately makin kerap pula aku jumpa mamat bus stop ni. Mr Bus Stop. Desis Hani. Dia masih berjalan menuju ke bangunan fakulti. Begitu juga dengan Mr Bus Stop itu.
Dia ada kelas tutorial jugalah tu. Kalau tak dia tak akan datang sini. Hani masih memerhati lelaki itu. Kebanyakan student hanya datang ke fakulti untuk kelas tutorial atau meeting. Kuliah semua di jalankan di bangunan dewan kuliah.
Mr Bus Stop berhenti di mesin air dan Hani teruskan perjalanannya menuju ke bilik tutorial 10. Dia memanjat tangga untuk ke bilik turorial 10 kerana bilik itu terletak di tingkat dua.
God I hate stairs. Keluh Hani sebaik dia sampai di tingkat 2. Dia terus masuk ke dalam bilik tutorial 10. Ain dan Rina masih belum sampai. Seperti biasa, Hani mengambil tempat paling depan di dalam kelas.
"Hi Hani!" sapa Ain dan Rina sebaik mereka masuk ke dalam kelas. Hani senyum.
"Aik macam mana korang boleh sampai sama-sama ni?" soal Hani ingin tahu sebab dia satu rumah sewa dengan Ain dan Rina duduk di kediaman dalam kampus. Tadi masa dia keluar dari rumah untuk naik bas, Ain masih belum siap. Jadi dia tinggal Ain.
"Kami terserempak kat foyer." Jawab Rina. Hani mengangguk faham. Ain dan Rina mengambil tempat duduk di sebelah Hani. Tempat depan-depan ni biasanya kosong. Jarang ada orang nak duduk.
Hani scroll Instagram, melihat feednya namun dia rasa bosan. Masih ada baki 10 minit sebelum tutorial bermula. Dia memandang ke luar kelas dan matanya bertembung dengan Mr Bus Stop yang kebetulan melangkah masuk ke dalam bilik tutorial itu. Hani terkejut dan laju dia mengalih pandangan.
Kami satu tutorial?! Telinganya kemudian menangkap bunyi kerusi ditarik. Dia menjeling sekilas ke belakang. Lelaki itu sudah mengambil tempat di meja paling belakang.
Wah kenapa aku baru perasan dia? Hani berfikir sendiri.
"Oit! Termenung!" cuit Rina bila melihat Hani yang seperti mengelamun. Hani memandang Ain dan Rina. Dia membuat isyarat, memanggil rakan baiknya ini untuk datang dekat dengannya.
"Wei, budak lelaki yang pakai cap hitam, t-shirt merah, yang duduk paling belakang tu. Dia coursemate kita ke?" soal Hani berbisik. Sekilas Ain dan Rina memandang mencari lelaki yang dimaksudkan oleh Hani.
"Entah. Macam first time aku nampak dia. Dia coursemate kita ke?" soal Ain kembali. Hani buat muka.
"Kalau aku tahu, aku tak tanya kau." kata Hani.
"Aku pun baru nampak dia." kata Rina pula. Baru Hani nak buat 'dicussion' pendek, Mr Ang masuk.
"Good morning class!" sapa Mr Ang dan kelas mereka dimulakan.
"So during week 4, you will need to form a group of 10 people. For now, please focus on your pair assignment. I will upload the question on our online learning site." Mr Ang mengeluarkan arahan. Semua pelajar mengangguk faham.
"Now class dismissed." Sebaik Mr Ang mengeluarkan arahan, ramai pelajar berpusu-pusu keluar dari bilik tutorial. Ada yang berkejar ke kelas seterusnya, ada yang sekadar mahu pergi makan. Hani melihat jam tangannya. Sekarang jam 12. Ada dua jam rehat sebelum kelas jam 2.
YOU ARE READING
Dear Hani ✅
RomanceThe story before "My Crazy Boss"; the day when Kim meets Julia Hani ▼ ||Maybe it's destiny after all. Between me and you.|| Kim dan Julia Hani; the end game yang kita semua tahu. The most chill couple dalam My Crazy Boss. Kim pula menjadi penasiha...