[17]

394 44 3
                                    

Mall M

Fakhri melambai ke arah Hani yang baru masuk ke restoran yang diberitahunya. Hani segera mendapatkan Fakhri dan mengambil tempat di meja itu.

"Kau sorang je? Kau cakap kau datang dengan kawan kau." soal Hani.

"Oh diorang dah pergi buat hal masing-masing. Kau nak makan apa? Aku belanja hari ni." kata Fakhri sambil dia membuat isyarat meminta menu dari pelayan di restoran itu.

"Wah baik hati kau nak belanja aku hari ni. Kenapa? Duit biasiswa kau baru masuk?" soal Hani. Dia mencapai menu yang diberi kepadanya. Fakhri mengangguk dengan soalan Hani.

"Terima kasih." Ucap Hani kemudian pelayan itu pergi, memberi masa untuk mereka melihat menu sebelum membuat pesanan.

"Orderlah apa yang kau nak. Aku orang kaya hari ni." kata Fakhri. Hani senyum lebar bila dengar kata-kata Fakhri.

"Nice. Aku memang dah lama nak makan beef steak kat sini cuma bajet aku je yang tak cukup sebelum ni." Hani berkata sambil dia melihat menu.

+++

"Ugh kenyangnya aku. Dah lah kejap lagi aku nak jumpa orang lagi." kata Hani sebaik mereka selesai makan.

"Oh kau ada bagitahu yang lepas ni kau kena jumpa someone. Lelaki ke perempuan?" soal Fakhri.

"Rahsia." Tak mahu dia menyebut nama Kim. Nanti lagi panjang soal jawabnya.

"Esok kau balik rumah kan? Balik dengan aku jelah hari ni. Alang-alang juga aku kat sini." Kata Fakhri. Mereka berjalan-jalan di dalam mall itu.

"Alah tapi aku tak kemas barang lagi."

"Tak apa. Aku tunggu. Nanti lepas kau jumpa orang tu, kau naik kemas barang dan jomlah balik dengan aku." kata Fakhri.

"Kawan kau tak kisah ke?" soal Hani. Yelah katanya datang dengan kawan.

"Tak." Sebab diorang akan lagi excited bila aku bagitahu yang kau nak balik sekali. Dah berapa lama diorang tunggu nak tengok adik aku yang sorang ni. Fakhri mengeluh namun tak kanlah esok dia nak datang ke sini untuk mengambil Hani sedangkan dia sudahpun berada di sini.

Fakhri memandang ke depan dan dia terkejut. Laju dia menarik Hani masuk ke sebuah kedai baju.

"Kau kenapa?" soal Hani dengan tindakan Fakhri yang tiba-tiba ni.

"Shh. Ex-girlfriend aku ada kat depan tu dengan boyfriend baru dia." kata Fakhri sambil dia menjeling-jeling ke luar kedai.

"Oh~ ex-girlfriend kau yang tinggalkan kau sebab katanya kau tak cukup romantic?" Fakhri memandang Hani.

"Ouch that's hurt. Habis tu apa yang dia expect aku buat? Aku tak lupa birthday dia pun bagus sangat dah tu. Also tahun ni je yang aku wish lambat sikit sebab siang tu aku ada clinical test. I'm half dead gara-gara test tu and yet dia nak merajuk just sebab aku wish lambat? Aku tak ada masa nak entertain rajuk dia tu tau." Fakhri membela diri sendiri.

Hani hanya mampu menggeleng dengan perangai abangnya ini. Tapi betul juga. That girl kena lah faham yang si Fakhri ni makin busy bila masuk tahun akhir. Kalau benda kecil pun tak boleh faham, susahlah. Lagipun bukan sengaja Fakhri wish lambat.

Abang, I wish you luck for your love life. Fighting! Hani memandang ex-girlfriend Fakhri yang sedang berjalan beriringan dengan boyfriend barunya. Mereka nampak mesra.

"Dia tahu tak yang kau ada adik perempuan?" soal Hani kepada Fakhri yang masih memerhati pasangan itu.

"Tahu tapi rasanya dia tak cam muka kau." jawapan Fakhri buat Hani tersenyum. Dia berbisik sesuatu di telinga Fakhri.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now