Dua hari yang lalu
Kedai Kasut DOSS
Hani mencuba sepasang demi sepasang kasut untuk mencari mana satu yang berkenan di hati. Aiman jadi pemerhati di sebelah. Hani mencuba wedges yang setinggi 1.5 inch.
"Okay tak kasut ni?" soal Hani, meminta pendapat Aiman.
"Kau suka pakai kasut tinggi?" soal Aiman kembali. Hani mengangguk sambil matanya melihat kesesuaian wedges tersebut di kakinya.
"To be honest aku lebih suka tengok perempuan pakai sneakers. Nampak sporty gitu. Aku tak faham kenapa perempuan suka pakai kasut tinggi." Kata Aiman. Hani mendengar sambil mencabut wedges yang di kakinya.
"So, kalau girlfriend kau suka pakai kasut tinggi macam mana?" Hani meletakkan kembali wedges tersebut dan berjalan ke arah rak wedges yang lain pula. Aiman mengekori dari belakang.
"Well aku akan suruh dia tukar pakai sneakers. Setiap kali keluar dengan aku, dia mesti pakai sneakers. No heels allowed." Kata-kata Aiman buat Hani senyum sinis.
"Ohh kalau aku, aku prefer boyfriend yang terima dan hormat apa yang aku suka. Macam minat aku pada wedges ni." Hani menunjuk ke arah wedges setinggi 2 inchi. Terus dia meminta saiz yang dia pakai dan laju dia membuat pembayaran.
Mereka berdua kemudian keluar dari kedai kasut.
"So lepas ni kita nak pergi mana?" soal Aiman.
"Jap eh..." kata Hani sambil dia sibuk memasukkan baki duit dan resit kedalam dompet tanpa menyedari kehadiran Kim di situ.
"Seronok kau dating hari ni, Julia Hani." suara Kim yang tiba-tiba menyapa telinganya buat Hani terkejut. Dia memandang Kim.
"K..Kim, kau buat apa kat sini?" soal Hani. Selepas seminggu sejak dia mula masuk ke kelas, baru inilah Kim bercakap dengannya. Sejak Kim tiba-tiba menghilang tanpa berita waktu itu, dia dan Kim ibarat betul lost contact. No whatsApp, no call, no everything. Semua yang berlaku sepanjang dua minggu itu ibarat menghilang macam tu je. Hani memandang muka Kim yang serius.
"Memancing." Jawapan penuh sarkastik Kim dengan muka serius dia tu buat Hani tak sedap hati.
Si Kim ni dah kenapa? desis Hani.
"Erm, kau balik dululah Aiman. Aku ada something nak cakap dengan Kim." kata Hani pada Aiman. Aiman yang merasakan keadaan seperti menegang waktu itu mengangguk.
"Okay. Jumpa lagi nanti Hani." kata Aiman kemudian dia melambai. Hani sekadar senyum dengan kata-kata Aiman. Kim buat rolled eye.
"'Jumpa lagi nanti Hani'. Ugh so cheesy." Kim mengejek kata-kata Aiman. Hani berpusing memandang Kim. Kemudian dia menarik Kim ke sebelah kedai di mana mereka agak jauh dari orang. Sebab dia dapat rasa ada drama akan berlaku sekejap lagi.
"Kau ada masalah apa sebenarnya ni Kim? Kalau ada masalah dengan aku, straight up bagitahu aku. Jangan heret orang lain dalam masalah ni." kata Hani. Mata mereka beradu.
"Oh sekarang kau back up dia pula? Now tell me dah berapa kali korang berdua keluar belakang aku? Bukan main mesra aku nampak korang berdua tadi." Tuduhan Kim buat Hani kerut dahi.
"Apa kau merepek ni Kim? Aku tak pernah keluar dengan dia. Hari ni pun aku just accidentally jumpa dia then dia cakap dia nak teman aku shopping..."
"Then kau terus agree?" potong Kim. Hani terdiam.
"Kau expect aku terima alasan tu? The whole date is kebetulan? Bulls**t. You send out invitation, update kat status, kata kau nak pergi shopping and kau kata kau jumpa dengan dia kat mall ni satu kebetulan? Where's the logic Hani? Tell me." Kim melepaskan semua rasa marahnya pada Hani saat itu.
YOU ARE READING
Dear Hani ✅
RomanceThe story before "My Crazy Boss"; the day when Kim meets Julia Hani ▼ ||Maybe it's destiny after all. Between me and you.|| Kim dan Julia Hani; the end game yang kita semua tahu. The most chill couple dalam My Crazy Boss. Kim pula menjadi penasiha...