[10]

517 36 0
                                    

Key Company, New York HQ

"Yeah I think we need to do that also. It's the best solution." Kim menyatakan persetujuannya kepada ahli kumpulan yang lain berkenaan jalan penyelesaian kepada satu masalah kecil yang timbul. Masuk hari ini, sudah sebulan dia bekerja di New York dan dia sudah boleh menyesuaikan dirinya dengan persekitaran di sini.

Ring! Ring! Ring!

"Excuse me for a moment." Kata Kim kemudian menjauh sedikit dari ahli kumpulannya sebelum mengangkat panggilan di telefonnya.

"Hello..."

"KIM! Kau kat mana?!" Kim terkejut dengan sergahan Afif yang tiba-tiba. Afif call melalui whatsapp call.

"Aku kat New York ni." Jawab Kim.

"Woah patutlah. Tadi siang aku ke rumah kau, mak kau cakap kau tak ada. Baru nak ajak kau lepak... BTW, bila kau balik sini?" soal Afif.

"Aku balik mungkin dua hari sebelum buka sem."

"Lamanya kau bercuti kat sana."

"Kalau bercuti seronok juga. Masalahnya aku datang kerja kat sini." Kim mengeluh.

"Ohh be strong brother. Aku rasa sekarang ni mesti tengah office hour kan?" soal Afif. Kalau di Malaysia jam 8.30 malam, maknanya di New York sekarang jam 8.30 pagi.

"Haah. Aku tengah meeting ni. Sorry tak dapat borak lama. Nanti hujung minggu aku call kau." janji Kim.

"Okay okay. Sorry bro ganggu masa kerja kau." kata Afif kemudian talian dimatikan. Kim menyambung kerjanya semula.

+++

Condominium Kim

Hujung minggu begini barulah Kim dapat berehat di rumah. Hari kerja kadang-kadang jam 11 malam baru nampak rumah.

"Did you need anything Mr Kim? Fruit or drink?" Mr Edward menyoal Kim yang sedang membaca buku dia balkoni. Kim menggeleng.

"No. It's okay. You can just rest. It's weekend anyway." Kata Kim. Mr Edward mengangguk faham.

"Since you said it like that, I will take a rest in my room. If you need anything, just call me." Kim mengangguk kemudian Mr Edward berjalan pergi. Dato' Mustapha mengarahkan dia untuk tinggal di condominium milik keluarganya. Mr Edward pula diarahkan untuk menjaga kebajikannya sepanjang dia di situ dan dia ke pejabat bersama pemandu keluarga.

Kim bersandar pada kerusi. Dia melihat jam tangannya. Jam 10.25 pagi.

Aku tak rasa Afif dah tidur waktu macam ni. Desis Kim. Dia kemudian mencapai telefonnya dan mencari nama Afif. Afif mengangkat selepas deringan kedua.

"Nasib kau call aku dulu. Aku nak call kau tapi aku takut kau tengah kerja." Kata Afif sebaik mereka bertukar salam. Kim ketawa.

"Agak-agaklah hujung minggu macam ni pun aku nak kerja. Kau tak tidur lagi?" soal Kim.

"Bro, baru pukul 10. Awal lagi ni." jawab Afif.

"Aih nanti susahlah kau nak tidur awal naik sem nanti. Kita ada kelas pagi tau next sem." Kata Kim.

"Bab kelas fikir masa kelas. Sekarang ni cuti. Kita kena enjoy." Afif ketawa.

"Korang-korang jelah yang enjoy. Aku kena kerja." Kim mengeluh.

"Tapi at least kau tak kena kerja kat Malaysia. Kerja kat sana, dapatlah ambil angin sikit-sikit. Jadi aku berazam nak simpan duit dan nak pergi New York lepas graduate. Aku memang bercita-cita nak jalan-jalan kat sana tau." Cerita Afif.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now