Bungalow Dato' Mustapha
Jantung Hani dah berdegup laju sebaik dia masuk ke rumah keluarga Kim.
"Wei aku takut." Bisik Hani.
"Aku pun takut." Jawapan Kim buat Hani memukul lengan Kim.
"Kau ni tak membantu langsung!" kata Hani dan Kim hanya ketawa.
"Hai~ Hani kan?" sapa Datin Hanani sebaik Hani dan Kim sampai di ruang tamu. Hani mengangguk dan laju dia menyalami Datin Hanani. Datin Hanani melihat kearahnya dengan penuh senyuman.
"Duduklah dulu. Auntie nak panggil uncle sekejap." kata Datin Hanani dan Hani sekadar mengangguk.
"Wei ayah kau garang tak? Kenapa dia nak jumpa aku? Ke dia tak restu kita in relationship? Sebab kita tak setaraf?" bertubi soalan Hani.
"Kau ingat ayah aku ni macam yang dalam drama? Chill je. Dia kinda cold tapi he's a great father." Kim cuba menenangkan Hani. Hani memandang Kim dan dia mengangguk.
"Ah ya. Lupa pula aku yang dia ayah kau dan I should expect dia to be as cold as you masa mula-mula aku nak try kawan dengan kau." kata Hani kemudian dia menahan tawa bila memori masa dia mula-mula nak cuba rapat dengan Kim kembali ke ingatannya.
"Wei cerita lama ingat lagi." kata Kim kemudian mereka ketawa.
"Hani, uncle panggil untuk masuk dalam bilik study dia." panggilan Datin Hanani mematikan tawa mereka berdua.
Hani mengangguk dan masuk ke bilik yang dimaksudkan. Kim melihat Hani masuk dan hilang dibalik pintu yang ditutup. Dia memandang ibunya dengan pandangan risau.
"It's okay. Diorang just bercakap. Jom kita duduk dan tunggu." Kata Datin Hanani dan membawa Kim duduk di sofa semula.
+++
"Dato." Panggil Hani sebaik dia masuk ke ruangan study Dato' Mustapa. Dato' Mustapha sedang duduk di kerusi, berdepan dengan meja yang ada papan catur di atasnya. Hani masih berdiri di pintu.
"Panggil uncle je. Duduklah sini." Dato' Mustapha mengisyaratkan Hani untuk duduk di kerusi yang kosong di hadapannya. Dia sedang menyusun buah catur.
Perlahan Hani mengambil tempat duduk seperti yang diarahkan. Rasa gugup tu tak payah cakaplah. Dah macam nak tercabut jantung rasa ni.
"Kamu pandai main catur?" soalan Dato' Mustapha dijawab dengan anggukan oleh Hani.
+++
Kim tak senang duduk di luar. Sekejap-sekejap dia melihat jam.
"Lamanya. Apa yang papa cakap dengan Hani?" Kim berkata sendirian.
"Hahahahaha." Suara Dato' Mustapha ketawa buat Kim dan Datin Hanani terkejut. Jarang mereka dengar Dato' Mustapha ketawa dan kini dia ketawa? Apa yang Hani buat sampai Dato' Mustapha ketawa macam tu?
Datin Hanani dan Kim berpandangan sesama sendiri.
+++
Hani dan Dato' Mustapha mulakan permainan catur. Untuk seketika, tiada patah kata yang bertukar, sekadar bunyi buah catur yang digerakkan di atas papan catur.
"Kamu dah kenal Kim dari universiti?" soalan Dato' Mustapha memecahkan suasana sepi.
"Ya. Kami coursemate." Jawab Hani sambil dia berfikir langkah seterusnya.
"Coursemate? Saya dengar kamu lebih dari sekadar classmate." Kata Dato' Mustapha sambil dia menggerakkan buah caturnya dan 'makan' buah catur Hani. Hani menelan air liurnya.
Adeh aku nak jawab apa... desis Hani.
"Erm ya. Kami lebih dari classmate tapi tak lama." jawab Hani sambil menggerakkan buah caturnya.
YOU ARE READING
Dear Hani ✅
RomanceThe story before "My Crazy Boss"; the day when Kim meets Julia Hani ▼ ||Maybe it's destiny after all. Between me and you.|| Kim dan Julia Hani; the end game yang kita semua tahu. The most chill couple dalam My Crazy Boss. Kim pula menjadi penasiha...