Dewan Kuliah
"Baiklah minggu depan last kelas. So I hope everyone can come since I have something important nak bagitahu." kata Dr Grace bersama senyuman.
"Dr nak bagitahu soalan final ke?" soal seorang pelajar lelaki.
"Maybe? Tapi kalau nak tahu lebih kena masuk kelas saya lah minggu depan. So class dismissed. Jumpa you guys minggu depan." Kata Dr Grace menghabiskan kelas untuk hari ni.
"Wei lepas ni kau pergi mana?" soal Ain pada Hani yang sedang mengemas beg.
"Library. Aku dah janji dengan Saiful nak study sama-sama." Jawab Hani.
"Kau masih contact dengan Saiful? Kau tak ingat ke yang kes kau kena serang dengan Arin gara-gara Saiful?" Rina memandang Hani.
"Well yang ada problem dengan aku tu Arin, bukan Saiful. And Saiful need my help. I just be rational here plus Saiful tak bersalah dalam hal ni." Hani sudah berdiri untuk keluar dari dewan kuliah. Begitu juga Ain dan Rina.
"Kim tak cakap apa-apa ke tentang ni? Kau banyak spend masa dengan Saiful." Soal Ain.
"Dia pun banyak spend masa dengan kerja. So why must dia bother tentang ni?" kata Hani dingin kemudian laju Hani menukar topic.
"Wei aku gerak dulu. Grab dah sampai." Hani melambai dan berjalan menuju ke kereta Axia yang sedang menunggu.
"Aku sense something tak kena antara Kim dengan Hani." kata Ain dan Rina mengangguk setuju. Mereka berjalan menuju ke pondok tunggu bas.
"Rina! Ain!" suara Kim memanggil mereka membuatkan langkah mereka mati. Mereka berpusing dan melihat Kim yang sedang berjalan ke arah mereka.
"Oh kau datang kelas ke tadi?" soal Ain. Kim mengangguk.
"Mulai hari ni aku akan masuk kelas seperti biasa sampai habis final nanti. Hani mana? Tadi aku nampak dia dengan korang." Soal Kim.
"Hani ke library. Dia tak ada bagitahu kau ke?" soal Rina kembali dan Kim menggeleng.
"Hani mesti busy kan lately. Dia jarang balas mesej aku or even tell me anything." Kim senyum segarit.
"Huh? Ohh...ya. Dia...busy." Jawab Rina sambil bertukar pandangan dengan Ain sebab apa yang mereka berdua tahu, Hani kalau di rumah chill je tengok drama siap memasak lagi time-time dia tak study. Jadi maksud Kim yang Hani busy tu sepertinya tidak kena dengan apa yang mereka nampak.
"Tak apalah kalau macam tu. Aku ke library dulu untuk jumpa Hani." kata Kim kemudian berjalan pergi meninggalkan Rina dan Ain di situ.
"Aku tak sedap hati dengan budak dua orang ni." kata Ain.
"Aku pun." Tambah Rina.
+++
Library
Hani dan Saiful duduk berdua di meja dan mula study subjek Strategic Management. Musim-musim nak dekat exam ni, library pun dah mula penuh dengan student.
"Wei aku nak tanya sikit ni." Hani mula mood mahu bergosip.
"Hani, aku baru siap satu soalan tau. Sekarang kau dah ajak aku bergosip." Kata-kata Saiful buat Hani ketawa.
"Alah sekejap je. Aku nak tanya tentang Arin." Soalan Hani buat Saiful laju memandang Hani.
"Kenapa? Dia ajak kau gaduh lagi ke?" soal Saiful. Hani menggeleng.
"Ish taklah. Cuma aku pelik. Setiap kali aku terserempak dengan dia, dia punya jeling tu, fuh mematikan. Korang gaduh ke?" soal Hani.
"Taklah. Kami tak bergaduh pun. Cuma kami dah break." Jawab Saiful tenang.
YOU ARE READING
Dear Hani ✅
RomanceThe story before "My Crazy Boss"; the day when Kim meets Julia Hani ▼ ||Maybe it's destiny after all. Between me and you.|| Kim dan Julia Hani; the end game yang kita semua tahu. The most chill couple dalam My Crazy Boss. Kim pula menjadi penasiha...