[18]

454 49 0
                                    

Pasaraya

Selepas mendapat kunci kereta dari Madam Anne, Kim dan Hani berjalan menuju ke kereta Madam Anne.

"List barang kau bawa tak?" soal Kim.

"Ada." Jawab Hani sambil menayangkan senarai barang yang mereka perlu beli.

Mereka sampai ke kereta dan Kim mula memandu menuju ke pasaraya. Sepanjang dalam kereta, baik Hani mahupun Kim, dua-dua diam tidak berkata. Kim berfikir macam mana dia mahu minta maaf pada Hani atas salah faham yang berlaku. Dia menjeling Hani yang sedang memandang ke arah luar kereta.

"Pandang depan. Aku tak nak masuk hospital hari ni." kata-kata Hani buat Kim terkejut.

"Oh okay." kata Kim kemudian dia kembali focus ke pemanduannya.

Hani marah aku ke? Tapi logic juga kalau dia marah aku. Aku dah buat tuduhan melulu... Kim mengeluh.

Kim memarkir di tempat parking dan mereka berdua keluar dari kereta.

"Kim, bawa troli." Hani mengeluarkan arahan kemudian terus dia masuk ke dalam pasaraya tanpa menunggu Kim.

Confirm. Dia marah aku T.T Kim menolak troli masuk ke dalam pasaraya dan dia menolak troli, mengekori Hani dari belakang.

Dia mengekori Hani tanpa banyak kata. Dia melihat Hani mengambil barang-barang yang sudah disenaraikan. Hani begitu focus melihat senarai tersebut jadi Kim pendamkan sahaja soalannya. Hani memilih dirinya untuk pergi bersama ke pasaraya pun dia dah cukup terkejut. Dia kira Hani akan memilih Firhad.

Kenapa dia pilih aku kalau dia marah aku? Tapi tadi kenapa juga aku nak ikut dia ke pasaraya? Oh sebab aku nak clear kan salah faham antara kami. But how? Kim dah buat sesi soal jawab dalam kepalanya.

"Kau ada something kan yang nak cakap dengan aku sebenarnya?" soalan Hani buat Kim terkejut. Dia memandang Hani yang tiba-tiba sudah berada di kanannya. Hani masih memandangnya.

"M...mana ada." Jawab Kim kemudian dia menolak troli ke depan. Too close! Hani tadi berdiri begitu dekat dengannya.

"Oh ya? Ah I'm disappointed. Aku ingat kau ada benda nak cakap, sebab tu aku pilih kau." Hani memilih kobis untuk dibeli.

Kim melihat Hani. Hani meletakkan kobis ke dalam troli dan dia kembali melihat senarai barang.

"Ok semua dah cukup. Jom ke kaunter." Kata Hani dan dia berjalan menuju ke kaunter meninggalkan Kim.

Kim, it's now or never! Kim menarik nafas mencari keberanian kemudian dia menolak troli sampailah dia menyaingi langkah Hani.

"Sorry. Aku salah faham hari tu dan aku cakap yang bukan-bukan." kata Kim. Hani berhenti melangkah dan dia melihat Kim. Kim berpusing memandang Hani yang berhenti melangkah.

"Kenapa kau berhenti?" soal Kim. Hani memandang Kim dan dia menarik nafas. Kemudian dia berjalan ke arah Kim.

"Kau ni memang tak ada minus point ke? How come you can still sounds so cool while apologizing?" kata-kata Hani buat Kim terdiam.

"A..apa kau merepek ni." Kim kembali menolak troli. Hani senyum.

"Alah aku okay jelah tentang tu. I mean, aku pun salah juga. Kau tak tahu yang aku ada abang, and seeing me in that situation, logic je kalau salah faham. Mesti kau ingat aku main-main kan dengan kau?" Kim hanya diam dengan soalan Hani.

"It's okay. Kau pun mesti dengar banyak rumour tentang aku so obviously kau akan rasa ragu-ragu either my confession tu serious or not." Kata Hani lagi. Mereka sedang beratur untuk membuat pembayaran.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now