[45]

426 37 1
                                    

Key Company

Knock! Knock!

"Masuk." Arah Dato' Mustapha. Pintu dibuka dan wajah Firhad muncul.

"Oh ya Fir, masuk-masuk. Kamu datang sorang je ke?" soal Dato' Mustapha. Firhad sudah menarik kerusi di depan meja kerja Dato' Mustapha.

"Ayah ada meeting dengan investor petang ni." jawab Firhad. Dato Mustapha mengangguk faham.

"Ni dokumen yang diperlukan uncle." Firhad menyerahkan satu dokumen pada Dato Mustapha.

Dia melihat Dato Mustapha yang sedang teliti melihat dokumen. Firhad tersenyum segarit sebelum dia berdehem.

"Saya dengar Kim ada buat 1 to 1 coaching dengan satu client. Betul ke uncle?" Firhad cuba pancing perbualan dengan Dato Mustapha berkenaan Hani.

"Betul." jawab Dato Mustapha.

"Saya jujurnya terkejut masa saya dengar berita tu. Kim tak pernah buat benda ni sebelum. Oh saya tahu sebab kebetulan si Hani tu coursemate saya..."

"Ya. Dia coursemate dengan Kim juga kan." Dato Mustapha bersandar pada kerusinya. Dia memandang Firhad.

"Nampaknya uncle dah buat background check tentang Hani." Firhad melihat Dato Mustapha yang sepertinya sedang berfikir sesuatu.

"Uncle, jangan overthinking. Mereka tak ada apa-apa. It's all in the past. Currently, they just business partner." Firhad senyum kemudian dia bangun dari kerusi. Dato Mustapha melihat Firhad tajam sebaik mendengar kata-kata Firhad.

"Apa maksud kamu?" soal Dato Mustapha. Firhad masih dengan senyuman palsunya.

"Saya tak pasti sangat tentang mereka. Mungkin better kalau uncle tanya Kim directly." Firhad kemudian melihat jam tangannya.

"Oh saya kena gerak sekarang. Ada meeting dengan client kejap lagi. By the way, saya dengar Damia balik Malaysia hujung minggu ni."

"Haah. Dia ada bagitahu uncle semalam." Jawab Dato Mustapha. Firhad mengangguk.

"Then, saya balik dulu ya uncle." Firhad berjalan keluar dari bilik pejabat Dato Mustapha.

Things will get interesting after this.

+++

P1 Global

Kim sampai di bangunan P1 Global bersama teamnya dan mereka mulakan siasatan.

"Team A sila dapatkan keterangan semua production workers. Dapatkan juga keterangan dari demonstrator." Kim mengeluarkan arahan. Mereka mengangguk dan terus memulakan kerja mereka.

"Team B tolong bawakan semua rekod pekerja di sini dan bawa pada saya." Team B juga memulakan kerja mereka.

"Dan saya nak rekod perkerja yang dah berhenti kerja terutama pekerja yang dibuang itu. I need to know the root of this problem." Kata Kim tegas kepada wakil P1 Gobal yang diminta untuk membantu Kim dalam siasatannya. Wakil P1 Global mengangguk dan menghilang untuk mendapatkan apa yang diminta.

+++

Kim duduk seharian di P1 Global, memerhati dokumen yang diserahkan kepadanya. Dia juga mendengar satu per satu keterangan pekerja tentang apa yang terjadi.

Menurut mereka, pekerja yang dibuang itu, Shahril namanya. Dia dibuang selepas dia mempersoalkan syarikat tentang gaji bulannya yang telah dipotong sebanyak separuh dari kebiasaannya sedangkan beban kerjanya bertambah. Shahril mengugut mahu membawa perkara tersebut ke Persatuan Pekerja kalau syarikat tidak mahu memberikan penjelasan yang sebenarnya dan akhirnya dia dibuang. Tapi kes ini sudah diketahui oleh pekerja yang lain jadi mereka buat demonstrasi.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now