[9]

449 40 0
                                    

Rumah Hani

"Masuklah." Lawa Fakhri kepada kawan-kawan dari universitinya.

"Parent kau okay juga kami datang study kat sini?" soal salah seorang kawannya.

"Okay je. Rumah ni kosong lagipun. Parent aku dua-dua jaga kedai." Kata Fakhri. Dia masuk ke dapur dan mengeluarkan sebotol air gas untuk dihidangkan kepada kawan-kawannya ini.

"Adik kau mana? Bukan sepatutnya dia tengah cuti semester ke sekarang ni?" tajam Fakhri memandang kawannya yang menyoal tentang keberadaan Hani.

"Kenapa kau nak tahu tentang adik aku?" soal Fakhri kepada kawannya. Mereka ketawa dengan respon Fakhri.

"Chillah bro. Aduh protective brother sungguh kau ni." usik kawannya.

"Aku bet dia rasuah adik dia tu supaya adik dia keluar lepak mana-mana dan tak jumpa dengan kita." Tambah seorang lagi kawannya. Mereka ketawa lagi.

"Haah. Memang aku rasuah dia supaya dia tak jumpa lelaki macam korang ni." Kata Fakhri.

"Ya kami faham. Kau ni memang overprotective tau." kata kawannya kemudian mereka ketawa melihat reaksi Firhad setiap kali mereka bercakap soal Hani.

+++

Shopping Mall

Hani window shopping sendiri di dalam mall tu. Tiket wayangnya masih ada satu jam lagi sebelum ditayangkan. Dia berjalan di kawasan claw machine. Kakinya berhenti dan melihat sekumpulan kanak-kanak berumur dalam lingkungan 12 tahun sedang berusaha untuk mendapatkan patung Pikachu dari mesin itu.

"Tepi lagi. Depan lagi. Okay situ." si kawan memberikan arahan dan yang memegang controller hanya mengikut arahannya. 5 orang mereka semuanya focus untuk melihat hasilnya. 'Claw' tu turun, mencapai telinga Pikachu namun baru mahu di angkat, Pikachu jatuh.

"Aduuuhhhh. Fail lagi." Mereka berlima mengeluh.

"Wei siapa ada lagi duit?" soal si kawan.

"Dahlah wei. Kalau kita belanja kat sini, nanti tak ada duit nak beli aiskrim McD." Kata budak lelaki yang memakai t-shirt polo biru lembut.

"Alah aku nak bagi patung tu kat adik aku. Esok birthday dia." si kawan melekapkan mukanya di cermin claw machine itu. Kecewa betul dia.

Hani senyum kemudian dia mendekati kumpulan pelajar itu.

"Nak akak tolong tak? Akak terer main mesin ni." tawar Hani. Serentak mereka berlima memandang Hani.

"Tapi kami tak ada duit." Kata si kawan. Rakannya yang lain mengangguk.

"Tak apa akak belanja." Kata Hani bersama senyuman.

+++

Firhad memarkir keretanya di tempat parking. Niat asalnya nak keluar dating dengan Jenny tapi tiba-tiba dia tiada mood. Dia terasa mahu jalan sendiri di mall. Dia masuk ke dalam mall dan berjalan melihat manusia-manusia yang berada di situ. Ada yang luangkan masa dengan family, kekasih, kawan-kawan.

"Akak! Saya nak juga!" suara seorang budak lelaki menarik perhatiannya.

"Alah aku dulu. Akak saya dulu. Saya dari tadi beratur." Suara seorang lagi budak lelaki berbunyi.

"Hahaha ok ok. Jangan risau semua dapat. Pergi pilih patung mana yang korang nak. Akak nak pergi tukar duit dulu." suara seorang perempuan buat Firhad menoleh kearah claw machine itu. Dia melihat perempuan yang sedang menukar duit kepada token di sebuah mesin. Firhad mendekati perempuan itu.

"Hani?" tegur Firhad. Hani menoleh ke arah Firhad.

"Oh Fir. Kau buat apa kat sini?" soal Hani bersama senyuman.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now