[8]

466 39 0
                                    

Cuti semester

Rumah Hani

"HANI! Sampai pukul berapa kau nak tidur? Kedai tu tak akan buka sendiri." Puan Hajar mengejut Hani yang masih tidur.

"Alah ibu. Hani baru sampai malam semalam, penat tak habis lagi ni." kata Hani. Dia masih bergulung dalam selimut.

"Tak ada. Cepat bangun. Kejap lagi dah waktu buka kedai." Puan Hajar menarik Hani untuk bangun dari tidurnya.

"Alah suruh abang jelah tolong ibu. Orang mengantuk lagi ni." Hani sudah duduk di katil namun matanya masih terpejam.

"Abang kamu kena study untuk exam. Tak boleh kacau dia. Cepat bangun dan pergi mandi." Puan Hajar kemudian keluar dari bilik Hani. Hani merengus marah.

Baru berangan nak top up tidur! Hani mencapai tualanya dan masuk ke bilik air.

+++

"Dik kira!" panggil seorang pelanggan. Laju Hani pergi ke meja itu. Bila masuk waktu makan tengah hari, memang sibuk restoran keluarganya ini. Orang-orang pejabat dan juga pelajar universiti terdekat datang makan di restoran ini.

"Semuanya RM20.50." kata Hani dan dia menerima not RM50 dari pelanggan tersebut.

"Ini bakinya. Terima kasih, datang lagi." ucap Hani bersama senyuman.

"Hani! Nah pergi hantar makanan ni pada abang. Dia tak makan tengah hari lagi tu." Puan Hajar menghulurkan bekal makanan yang perlu dihantar kepada Fahkri, abang sulungnya itu.

"Alah suruh jelah abang turun makan kat kedai. Bukan jauh pun, turun bawah ni je." Jawab Hani.

"Kan ibu dah cakap, abang kamu kena study. Dah pergi je hantar ni kat atas." Arah Puan Hajar. Dalam keterpaksaan Hani berjalan naik ke rumahnya yang terletak di bahagian atas kedainya ini.

Tahulah anak kesayangan ibu, makan pun nak orang hantar. Bebel Hani dalam hatinya.

Hani masuk ke rumah dan terus ke bilik abangnya.

Knock! Knock!

"Abang! Ni ada makanan tengah hari ibu suruh hantar." Kata Hani dari luar pintu bilik abangnya.

"Ok masuklah. Pintu tak kunci." Jawab Fakhri dari dalam bilik. Hani membuka pintu bilk Fakhri dan melihat Fakhri sedang bermain playstation.

"Wah senangnya hati kau main game kat sini sedangkan kat kedai tengah waktu kemuncak!" marah Hani.

"Aku dah kerja semalam ok kat kedai. Hari ni turn kau lah pula." Jawab Fakhri. Matanya masih focus pada skrin televisyen.

"Aku nak report kat ibu!" Hani kemudian menghempas pintu bilik Fakhri kuat. Fakhri terkejut.

"Aii that temper. Patutlah kau single sampai sekarang." Kata Fakhri kemudian menyambung bermain game.

+++

"Ibu! Ibu!" panggil Hani tergesa-gesa.

"Apa? Kenapa?" soal Puan Hajar.

"Abang bukan study pun ibu. Dia main game. Baik ibu panggil dia untuk tolong kita kat kedai ni." mata Hani bersinar semasa membuat report tentang abangnya kepada Puan Hajar.

"Biarlah dia main game. Dia rest sekejap dari study lah tu. Dia tu belajar medic. Medic tu susah tau. Main game boleh release stress. Tahulah dia nak buat kerja dia." kata-kata Puan Hajar buat Hani sakit hati.

"Hmm yelah course kita ni course cikai je kan." kata Hani kemudian dia masuk ke bahagian dapur. Kalau bercakap tentang Fakhri dengan ibunya, memang makan hati lah jawabnya.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now