Dewan Kuliah
"Rina!" tegur Hani sebaik dia sampai di dewan kuliah namun Rina buat tidak endah dengan teguran Hani. Hani memandang Ain.
"Aku tegur dia tadi pun dia buat tak tahu je. I guess dia masih marahkaan kita lagi." kata Ain sebaik Hani mengambil tempat duduknya. Hani sekadar diam. Satu mesej masuk ke whatsAppnya.
"Korang dah berbaik ke belum?" - Kim
"Belum...." - Hani
Hani membalas mesej Kim pendek. Dia kemudian memandang Rina dan mengeluh.
+++
"Rina, kau ada nak kemana-mana ke lepas ni?" soal Hani sebaik kelas tamat. Rina memandang Hani sekilas kemudian kembali memasukkan bukunya ke dalam beg.
"Kalau kau free, aku ada benda nak cakap dengan kau. Aku tunggu kau kat rumah. Boleh?" Hani masih mencuba untuk bercakap dengan Rina sebab sejak kejadian malam itu, sepatah kata pun Rina tidak bercakap dengannya mahupun Ain. Sunyi sepi rumah itu tanpa suara riuh Rina.
"Ada apa-apa lagi ke yang kau sorok dari aku sampai kau nak minta jumpa dengan aku? Apa lagi yang aku tak tahu? Huh banyak betul rahsia si Julia Hani ni kan." kata-kata Rina buat air wajah Hani berubah. Ain melihat Rina dan Hani silih berganti.
"Erm guys, jom kita semua balik dan kita settle baik-baik kat rumah ya." Ain cuba memujuk Rina dan Hani agar masing-masing tak memulakan pergaduhan kat sini.
"No thanks. Aku ada boyfriend yang dah tunggu aku kat luar. Adios." Rina laju bangun dan terus keluar dari dewan kuliah meninggalkan Hani dan Ain.
Hani kemudian turut mencapai begnya dan berjalan keluar dari dewan kuliah meninggalkan Ain sendirian di situ. Ain sekadar mengeluh melihat dua kawan baiknya ini.
+++
Cafe
"Wei kau perasan tak sejak Fir tak ada, Hani nampak macam makin dekat dengan Kim?" bunyi satu suara dari sebelah meja tempat Rina duduk. Rina cuba memasang telinga.
Ni mesti nak mengumpat. Desis Rina.
"Iya weh. Aku ingat aku sorang je yang perasan. Hari tu aku nampak Hani keluar dari library sama-sama dengan Kim." tambah satu suara lagi.
"Huh dia nak try Kim lah tu. Lagi-lagi pula Kim sekarang kan dah berubah. Makin handsome." kata suara ketiga.
"Dah namanya Hani, pantang nampak lelaki handsome, semua dia nak sapu." Mereka bertiga ketawa. Rina yang mendengar dah memanas. Hafiz melihat Rina yang dah mula tak senang duduk bila Hani menjadi topic utama umpatan mereka.
"Alah tapi kau jangan risau. Aku berani cakap, Hani bukan standard Kim." tambah mereka lagi.
"Amboi seronok nampak korang mengutuk Hani." Rina akhirnya berbunyi. Dia berpusing, menoleh ke meja sebelah. Mereka bertiga terdiam.
"For your information, kalau korang kata Hani bukan standard Kim, then korang pun bukan standard Kim sebab level korang lagi bawah dari Hani." kata Rina kemudian dia berpusing memandang Hafiz.
"Awak dah siap makan ke?" soal Rina pada Hafiz. Hafiz laju mengangguk. Mereka kemudian berjalan keluar dari cafe meninggalkan budak bertiga tu terdiam.
+++
"You still take Hani's side." Kata Hafiz semasa mereka dalam perjalanan pulang ke apartment Rina.
"Of courselah. Hani kan best friend saya." Jawab Rina. Hafiz senyum.
"Habistu kenapa tak maafkan Hani dengan Ain lagi?" soal Hafiz.
YOU ARE READING
Dear Hani ✅
RomanceThe story before "My Crazy Boss"; the day when Kim meets Julia Hani ▼ ||Maybe it's destiny after all. Between me and you.|| Kim dan Julia Hani; the end game yang kita semua tahu. The most chill couple dalam My Crazy Boss. Kim pula menjadi penasiha...