International Business Department
"Tu bukan Hani ke? Apa yang dia buat kat sini?"
"Nak jumpa skandal?"
"Ehh bukan dia dengan Fir ke?"
"Kau ingat dia cukup ke dengan sorang?"
Hani? Hani yang aku kenal ke? desis Saiful sebaik dia berpapasan dengan student perempuan di hallway. Dia baru habis kuliah dengan Dr Bell. Dia berjalan sambil scroll whatsApp nya mencari mesej Arin.
Kalau ikut planning, sebaik habis kelas, dia dan Arin berjanji mahu keluar dating.
"Saiful." Panggil satu suara yang tidak asing. Saiful angkat muka dan dia terkejut melihat Hani sedang memandang dirinya serius.
Aduh ni mesti nak minta journal dari aku... desis Saiful.
"Hani, tentang journal tu..." Saiful cuba berdalih. Kalau ikut kerja yang dibahagikan, tugasannya adalah untuk cari journal berkaitan dan send di group. Dari semalam Hani minta di group namun dia biarkan tanpa jawapan. Namun dia tak sangka pula Hani akan cari dia sampai di sini.
"Kau tak cari pun lagi kan?" kata Hani tanpa nada. Dia sudah menyilangkan kedua tangannya. Dia memandang Saiful tajam. Saiful terdiam. Telefonnya berdering namun dia takut nak angkat bila dia nampak Hani yang sedang memandangnya tajam ini.
Hani memandang telefon di tangan Saiful.
"Arin ke telefon?" soal Hani. Saiful melihat skrin telefonnya kemudian dia mengangguk.
"Angkat and bagitahu dia untuk tunggu lagi sejam. Kau ada kerja nak kena buat."
+++
Perpustakaan
Saiful duduk menikus di depan Hani. Dia menunduk. Hani bersandar pada kerusi dan memandang Saiful. Hampir lima minit mereka berkeadaan begitu sejak mereka mengambil tempat di meja kosong di dalam library.
Akhirnya Hani mengeluh.
"Kau nak keluar dating ke tak nak? Aku boleh je tunggu kat sini sampai malam selagi kau tak send journal yang aku nak dalam group." Kata Hani. Saiful bermain dengan jarinya. Dia tidak memandang Hani.
"Kau tunggu apa lagi? Kau boleh start cari journal sekarang. Nanti lagi lama Arin kena tunggu kau." mendengar kata-kata Hani, perlahan Saiful mengeluarkan laptopnya dan menghidupkannya.
Melihat Saiful menghidupkan laptop, Hani bangun dari kerusinya.
"Kau stay sini and cari journal sementara aku cari bahan untuk assignment tu sekejap. Kalau aku balik dan kau tak ada kat sini, aku report kat lecturer yang kau nak free riding." Kata Hani tegas.
"Psycho." Kata Saiful perlahan sebaik Hani berpusing.
"Baru tahu ke?" kata-kata Hani bersama senyuman buat Saiful terkejut. Dia ingat Hani tak dengar apa yang dia kata. Kemudian Hani menyambung langkahnya meninggalkan Saiful yang terasa seperti jantungnya berhenti dengan respon Hani.
"No wonder Arin tak suka dia." kata Saiful perlahan kemudian dia menekan Google Search untuk mencari journal yang diminta.
+++
Saiful buntu. Dia menatap skrin laptop dan dia tak tahu nak mula dari mana.
"I don't see any journal pun?" soal Hani yang tiba-tiba muncul di sebelah Saiful. Saiful terkejut dan menyebabkan dia hampir jatuh dari kerusinya.
Hani dengan selamba menarik kerusi di sebelah Saiful dan duduk di situ.
"Nah." Hani memberikan sebotol air mineral pada Saiful. Saiful pelik dengan Hani tapi dia terima je lah. Orang dah bagi.
YOU ARE READING
Dear Hani ✅
RomanceThe story before "My Crazy Boss"; the day when Kim meets Julia Hani ▼ ||Maybe it's destiny after all. Between me and you.|| Kim dan Julia Hani; the end game yang kita semua tahu. The most chill couple dalam My Crazy Boss. Kim pula menjadi penasiha...