[33]

334 34 3
                                    

Baseball Site

Satu per satu bola dipukul dengan kuat. Dari tadi tanpa sepatah kata, Hani focus memukul bola. Firhad hanya duduk di tepi jadi pemerhati.

"Kau kenapa tiba-tiba call aku ajak datang sini? Kim ditch kau lagi?" soalan Firhad buat Hani berhenti daripada memukul. Dia berpusing dan memandang Firhad.

"Tak boleh ke kau stop kaitkan mood aku dengan Kim? Am I not allowed to be down kalau bukan sebab Kim?" kata Hani. Firhad sekadar angkat bahu dan tayang muka selamba.

"Then kau boleh cerita apa yang ada kat kepala kau tu even aku tahu aku tak akan membantu." Kata Firhad. Hani duduk di bangku, sebelah Firhad. Dia memandang Firhad.

"Fir, tell me honestly. Kau memang betul-betul suka aku ke?" soalan Hani buat Firhad terkejut dan terdiam.

+++

Tutorial Strategic Management

Firhad memerhati Hani yang sedang berbincang tentang assignment kumpulan mereka bersama ahli kumpulan yang lain.

Wah how come dia boleh act macam malam semalam aku tak buat a heartfelt confession pada dia?

Firhad tak habis fikir macam mana Hani boleh jadi setenang itu.

"En Firhad, kalau datang tutorial setakat nak jadi tunggul batu, baik kau balik." kata-kata pedas Hani buat Firhad tersedar.

"Huh salah siapa aku jadi macam ni." Firhad menjeling ke arah Hani. Hani buat tak tahu.

"I smell something fishy antara korang berdua ni." kata Suhana.

"Ada apa-apa yang jadi ke?" giliran Farah pula untuk mengusik.

Saiful hanya diam sebab dia tahu yang Firhad dengan Hani tiada apa-apa sebab Hani in relationship dengan Kim.

"Nothing happen. Jangan nak buat spekulasi ya." jawab Hani.

"Haha okay-okay. Oh by the way, Fir, ayah kau ada cakap apa-apa tak berkenaan kita nak buat interview kat company ayah kau?" soal Farah, kembali ke topic asal meeting mereka waktu itu.

"Tentang tu ayah aku okay je. Tapi minggu ni dia outstation. So kita hanya boleh interview general manager. Aku dah inform mereka semua tentang ni." kata Firhad. Hani mencatit sesuatu di bukunya.

"Okay so hujung minggu ni kita semua akan pergi ke RV Corp. Transportation Fir akan urus. Fir, briefing transporation schedule please." Hani memandang Firhad.

"So perjalanannya nanti aku akan pergi ambil Hani first." Firhad memandang Hani dan mengenyitkan matanya. Hani buat muka menyampah. Firhad ketawa kemudian menyambung;

"Then aku akan ambil Farah dan Suhana di kolej D dan Saiful di Kolej E. Aku start ambil korang jam 8 pagi so just tunggu je dekat bus stop kolej masing-masing ya kecuali Hani sebab aku akan tunggu Hani di lobby. Okay Hani?" Firhad memandang Hani dan Hani mengangguk. Kemudian dia memandang ahli kumpulannya pula.

"Korang semua okay?" soal Firhad kepada ahli kumpulannya.

"Okay." Hampir serentak mereka semua berkata.

Kemudian mereka menyambung perbincangan berkenaan soalan interview dan kelas tutorial mereka tamat untuk hari itu.

"Hani, jadi tak sekejap lagi? Kat library." soal Saiful sebaik mereka keluar dari bilik tutorial. Hani sepertinya sedang membaca sesuatu dari telefonnya sewaktu Saiful bertanya soalan tersebut.

"Oh ya jadi. Tapi kau pergi dulu. Aku ada kerja sikit." Kata Hani sambil memasukkan telefonnya ke dalam begnya. Saiful mengangguk kemudian laju Hani berjalan menuju ke parking kereta.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now