Start-up Fair
Hani mengemaskan suitnya sementara menunggu masa pembentangannya. Dia sedikit nervous untuk masuk ke dalam sebab apa yang dia tahu, investor yang datang hari ini adalah dari company-company besar.
You can do it, Hani.
"Cik Julia Hani!" panggil seorang wanita, staff di acara itu.
"Ya saya!" jawab Hani kemudian dia berjalan masuk ke bilik presentation.
Dia berdiri di tengah-tengah pentas dan memandang ke arah wakil-wakil syarikat yang duduk di barisan hadapan. Dia melihat satu per satu wakil yang hadir dan matanya berhenti pada satu wajah.
Kim?! Dia terkejut melihat Kim adalah antara wakil di situ dan Kim juga terkejut melihat Hani merupakan antara peserta acara tersebut.
Apa yang dia buat kat sini? Desis Kim dan dia melihat proposal Hani di tangannya.
"Cik Julia Hani, cik dah boleh mulakan pembentangan cik." Kata-kata MC buat Hani sedar dan dia memulakan pembentangannya.
Hani membentangkan tentang rancangannya untuk menjadikan Bok Bok Chicken satu franchise dan para wakil mendengar dengan teliti. Kim turut memberi perhatian.
"Dan itu sahaja daripada saya. Ada sebarang soalan?" soal Hani sebaik dia selesai membuat pembentangan.
Rata-rata wakil syarikat hanya menggeleng tanpa soalan. Melihat reaksi wajah mereka, Hani dah agak bahawa untuk kali ini juga, dia tidak akan dapat secure apa-apa investment juga. Dia dah redha.
"Saya ada satu soalan." Suara Kim memecah sunyi di dalam bilik itu.
"Cik Julia Hani ada menyatakan rancangan untuk membuka di beberapa kawasan. Boleh saya tahu atas sebab apa cik mahu membuka kedai di kawasan tersebut?" Kim memandang Hani tepat.
"Sebab kawasan tersebut merupakan kawasan tumpuan." Jawab Hani.
"So have you done your competitor analysis in each area? Kawasan tumpuan meaning that there's many other brand that will compete with your brand. So now tell me, what is your company unique selling point that make this business worth every penny of our investment? Apa yang membuatkan your business berbeza dengan your competitor?" soal Kim serius.
Hani sekadar memandang Kim tanpa jawapan.
"Okay I think that's all from you. You can go out now." Kata-kata Kim yang seterusnya buat Hani terkejut dan kelu. Dia akhirnya keluar dengan rasa tidak puas hati pada Kim.
Dia dah kenapa?!
+++
"Dasar Kim! No sense of friendship!" Hani membebel sendirian dia bangku luar sambil meneguk setin coca cola.
"Hani?" tegur satu suara garau dan membuatkan Hani mengangkat wajahnya.
"Oh! Firhad?!" Hani laju berdiri dan memandang Firhad yang sedang berada di depannya. Hani melihat dari atas ke bawah seperti tidak percaya.
"Kau memang betul-betul Firhad?" soal Hani lagi dan Firhad ketawa.
"Habis tu kau ingat aku hantu?" soal Firhad.
"Wei kau hilang ke mana dua tahun ni?!" Hani memukul lengan Firhad kuat dan Firhad mengaduh sakit.
"Ayah aku hantar aku pergi oversea." Jawab Firhad sambil menggosok lengannya yang dipukul Hani tadi.
"Habis tu tak reti nak give a proper goodbye?" Hani tak puas hati dengan Firhad yang hilang tiba-tiba dua tahun lepas.
"Barulah macam drama. Aku nak buat epic comeback." Kata Firhad.
YOU ARE READING
Dear Hani ✅
RomanceThe story before "My Crazy Boss"; the day when Kim meets Julia Hani ▼ ||Maybe it's destiny after all. Between me and you.|| Kim dan Julia Hani; the end game yang kita semua tahu. The most chill couple dalam My Crazy Boss. Kim pula menjadi penasiha...