[12]

443 47 0
                                    

Library

Crush progress: Zero. Haih dulu, masalah utama dia tak kenal aku. Sekarang dia dah kenal aku, tapi mesej aku nak tak nak je dia reply. Setakat reply 'K' tu aku pun boleh! Hani geram.

Dia cuba untuk rapat dengan Kim, namun seperti ada dinding antara mereka, Hani gagal. Kim terus menerus tidak endahkan usaha Hani untuk berkawan dengan Kim.

Kenapalah aku boleh ada crush dekat si introvert tu. Kali ini Hani mengeluh.

"Oit! Berangan!" teguran Firhad buat Hani sedar. Dia sudah berjanji dengan Firhad untuk study sama-sama di library untuk midterm exam yang akan datang ni.

"Sampai chapter mana dah kau study?" soal Firhad sambil menarik kerusi dan duduk di depan Hani.

"Aku tak start apa-apa lagi. Tapi seriouslah kau nak study? Macam pelik je kau tiba-tiba ajak aku study untuk midterm exam ni?" Hani memandang Firhad dengan pandangan judging. Firhad bersandar di kerusi sambil menyilang tangannya. Dia memandang Hani.

"Kalau aku cakap aku saja je cari alasan untuk dating di library dengan kau, kau percaya tak?" kata Firhad. Mendengar kata-kata Firhad buat Hani menggeleng.

"Aku dah agak dah. Kau tak serius pun nak belajar. Dahlah aku nak balik." Hani mencapai begnya dan sudah berdiri untuk pergi.

"Okay okay. Aku serius. Duduklah semula." Firhad menarik beg Hani, meminta Hani untuk duduk semula. Hani kembali duduk di kerusi.

"Tapi serius lah kau boleh belajar dalam keadaan macam ni?" soal Hani sambil melihat sekeliling. Firhad turut melihat sekeliling.

"Kenapanya? Aku okay je." Jawab Firhad.

"Kau memanglah okay. Aku yang tak okay. Aku rasa macam bila-bila masa je diorang akan datang terkam aku." kata-kata Hani buat Firhad ketawa. Pelajar-pelajar yang lalu lalang dan juga pelajar perempuan yang duduk di meja keliling mereka semuanya tak habis berbisik sesama sendiri bila melihat Hani bersama Firhad. Pandangan mereka itu buat Hani tidak selesa. Inilah padahnya bila duduk semeja dengan orang popular.

"Kau ignore je diorang tu. Yang penting aku ada kat depan kau ni." kata Firhad kemudian dia mengenyit matanya. Hani mengeluh.

"Susahlah bercakap dengan kau ni." Hani mengeluarkan buku dari begnya, begitu juga Firhad. Mereka mula study topic-topic yang perlu untuk midterm exam itu.

"Break 10 minit. Aku rasa ada buku yang explain tentang theory ni. Kau stay sini jap. Aku pergi cari buku tu." kata Hani kemudian dia bangun dan pergi ke rak buku yang meletakkan buku yang dimaksudkan. Firhad mengangguk kemudian dia menghidupkan telefonnya.

+++

Kim sedang berjalan di antara rak buku mencari buku economi. Dia ternampak Hani yang berdiri static di belakang sebuah rak buku.

Apa yang dia buat kat situ? desis Kim.

Kim melihat dari celah buku dan nampak Jie dan Arin sedang rancak bercerita. Kim memasang telinga.

"Kau perasan tak lately si Hani tu macam cuba rapat dengan Kim?" kata Arin.

"Alah kau tak nampak ke si Fir yang asyik melekat je dengan dia tu? Entah apa yang dia buat sampai Fir pun boleh sangkut dengan dia sampai macam tu sekali. Mana ada Hani, situlah ada Fir." Tambah Jie.

"Itulah tu. Sakitnya hati aku. Berani dia rapat dengan Fir? Dia tak sedar diri ke yang dia tu tak sama level dengan Fir?" kata Arin.

"Tapi aku yakin, sekejap je tu. Nanti dia kena dump lah tu dengan Fir." Tambah Jie. Kemudian mereka berdua ketawa.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now