Key Company
"Are you sure tak nak aku tolong?" kata Kim, on the phone dengan Hani.
"No need. Aku nak focus. Esok nak perang ni." jawab Hani. Kim mengangguk faham.
"Ok then, nanti lepas dinner aku drop kat rumah kau." kemudian talian dimatikan.
"Wah what kind of this flowery atmosphere here?" tegur Damia sebaik dia masuk ke bilik pejabat Kim. Kim melihat Damia sekilas kemudian kembali focus pada file ditangannya.
"Don't be so cold Kim. You already reject me. Dahlah tak bagitahu I directly. The audacity." Tambah Damia. Kim memandang Damia.
"I never accept you from the very beginning so why bother with formality?" Damia buat rolled eye dengan kenyataan Kim.
"Anyway ni file tentang developer yang you minta hari tu. I dah make a list and some of them arrange for meeting esok." Damia menghulurkan satu file pada Kim. Kim melihat pada file yang Damia serahkan kepadanya.
"Okay. Nanti forwardkan masa dan tempat meeting pada Vince. If ada clash dengan any appointment, I'll tell them directly." Kata Kim. Damia mengangguk.
"But Kim, you tak lupakan yang esok kita kena pergi melawat KQ Tech? I dengar diorang nak brief tentang satu teknologi yang diorang currently tengah develop." Kim mengangguk.
KQ Tech adalah start up company yang Key Company dan RD Corp, syarikat keluarga Damia invest. Dan kebanyakan urusan tentang investment, Key Company banyak bekerjasama dengan RD Corp kerana RD Corp lebih lama terlibat dalam investment berbandang Key Company.
"Ya I dah arrange transport untuk ke sana. If you are okay, we can go together." ajak Kim. Damia ketawa sinis mendengar tawaran Kim.
"Are you sure? Your little girlfriend tak marah ke? Sudahlah esok dia ada presentation dengan papa you and yet her boyfriend about to go out with a woman." kata Damia. Kim senyum.
"It's okay. Dia cakap kalau that woman is you, then tiada apa yang perlu dirisaukan." Kata Kim.
"Wah somehow ayat tu hurt my pride even bukan keluar directly dari mulut dia. Your girlfriend is not someone normal kan?"
Kim sudah ketawa sambil mengangguk.
"Sebab tu I like her. She's not normal."
+++
Rumah Hani
"Salah! Berapa kali dah aku cakap? Ulang semula!" suara Kim kedengaran.
"Aku dah ulang dekat 10 kali tahu!" suara Hani pula berbunyi.
"Tak cukup tu. Lagi sekali!" suara Kim lagi.
"Ah tak nak. Aku nak pergi makan!" Hani dah nak pergi ke dapur. Kim menghalang.
"Kau ni makan je tahu. Duduk rehearse lagi." kata Kim sedikit tegas. Hani duduk semula dalam keterpaksaan dan dia memandang Kim.
"Tapi aku lapar...." Hani buat nada dan muka kesian. Kim mengeluh. Dia buat isyarat untuk Hani pergi dan laju Hani ke dapur. Kim kembali melihat isi pembentangan Hani.
Sebaik dia sampai ke situ dalam jam 8.30 malam, dia terus di bawa ke rumah Hani. Untuk hari itu, kedai ditutup awal dan semua ahli keluarga Hani termasuk Fakhri dan Ain berada di rumah untuk memberi sokongan pada Hani yang sedang membuat persiapan untuk pembentangan esok. Dan ya, dah hampir 10 kali Hani buat rehearsal tapi Kim masih berlum berpuas hati dengan pembentangan Hani.
"Garangnya laki kau Hani." kata Ain sebaik Hani sampai di meja makan untuk makan sepotong buah epal. Sebenarnya Puan Hajar, Encik Rahim, Fakhri dan Ain semuanya duduk di meja makan di ruang makan dan hanya Hani dan Kim yang berada di ruang tamu. Mereka memberi sokongan dari jauh dan melihat semua yang berlaku antara mereka berdua.
YOU ARE READING
Dear Hani ✅
RomanceThe story before "My Crazy Boss"; the day when Kim meets Julia Hani ▼ ||Maybe it's destiny after all. Between me and you.|| Kim dan Julia Hani; the end game yang kita semua tahu. The most chill couple dalam My Crazy Boss. Kim pula menjadi penasiha...