[27]

371 31 0
                                    

Mall

Fakhri hanya diam selepas kepergian Ain. Saat itu juga nama Hani naik. Dia mengangkat.

"Hani..."

"Abang... abang kat mana? Datang sini cepat. Hani takut." Belum sempat Fakhri bertanya Hani terlebih dahulu berkata dan diselangi dengan tangisan.

"Hani tarik nafas and calm down. Hani sekarang ni kat mana? Ibu dengan abah mana?" Fakhri cuba menenangkan Hani.

"Ibu masuk emergency tadi. Abah pun masuk sekali. Dah dekat sejam tapi abah dengan ibu tak keluar lagi. Hani sorang-sorang kat sini. Hani takut." Suara Hani terketar-ketar. Fakhri kini dalam perjalanan menuju ke keretanya.

"Okay okay. Abang on the way. Hani stay kat mana Hani berada sekarang and calm down. Tarik nafas dalam-dalam, bertenang. InsyaAllah tak ada apa-apa okay." Fakhri cuba menenangkan Hani.

"Ini semua salah Hani..." kata Hani sebelum panggilan dimatikan. Fakhri melihat jam dan dia mendail nombor seseorang.

+++

"Shining through the city with a little funk and soul - oh Fakhri telefon." Firhad yang sedang menyanyi terus berhenti sebaik dia nampak nama Fakhri naik di telefonnya. Dia memasang loud speaker kerana dia sedang memandu.

"Hello brother." Sapa Firhad sebaik dia mengangkat panggilan.

"Fir kau kat mana?" soal Fakhri.

"On the way ke kedai. Kenapa?" soal Firhad.

"Ok great. Aku nak minta tolong sikit ni."

Mendengar permintaan Fakhri, laju Firhad membuat pusingan U dan memandu laju ke arah yang diberitahu.

+++

Key Company

Telefon Kim menyala menandakan ada panggilan masuk namun oleh kerana telefon Kim diletakkan dalam mod senyap, tiada siapa yang tahu bahawa panggilan dari Hani bertalu-talu masuk. Kim pula hari ini jadualnya penuh dengan meeting dan juga kerja luar. Memang tiada masa dia untuk membuka telefonnya. Telefonnya pula diletakkan di dalam beg.

"Kim, awak kat mana? Saya takut ni." - Love

"Kim kalau awak dah tak busy, tolong call saya semula." - Love

"Awak busy ke? Sorry." - Love

+++

Hospital

Hani terasa badannya mula menggigil. Nafasnya tersekat dan dia rasa dadanya sempit. Dalam hati dia berdoa ada seseorang datang untuk tenangkannya.

"Hani!"

Laju Hani berpusing melihat siapa yang menyeru namanya. Firhad mendekatinya bersama satu selimut di tangannya. Sampai sahaja dia di hadapan Hani, terus dia menyelimuti Hani. Firhad terkejut melihat Hani yang menggigil tadi.

"Eveything will be okay Hani. Sekarang tarik nafas dalam-dalam." Kata Firhad. Hani ikut apa yang Firhad kata. Hani memegang selimut yang diberi Firhad kuat sambil dia cuba menenangkan dirinya.

Beberapa kali Hani menarik nafas dalam dan dia rasa dia semakin tenang.

Apa yang Hani takut sampai dia kena panic attack? desis Firhad. Dia masih melutut di hadapan Hani. Dia memerhati keadaan Hani. Hani nampak lebih tenang dna pernafasannya lebih teratur. Melihat keadaan Hani begitu Firhad melepas nafas lega. Dia bangun untuk mengambil tempat duduk di kerusi kosong di sebelah Hani namun Han laju memegang tangannya.

"Jangan pergi mana-mana. Please." kata Hani dengan tangannya yang masih mengigil.

"Ya Hani. Aku tak akan pergi mana-mana. Aku cuma nak duduk sini je." Firhad duduk di sebelah Hani namun pegangan tangan Hani masih belum dilepaskan.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now