[48]

437 41 2
                                    

12 Jam Sebelum Majlis Hari Jadi Datin Hanani

Office Dato' Mustapha

"Masa birthday mama nanti, pastikan Kim sentiasa dengan mama tau. Mama nak kenalkan Kim dengan anak Datin Alia yang baru balik dari UK. Kalau Kim tak berkenan, anak Datin Farah yang belajar kat Korea pun ada."

Kim dan Dato' Mustapha mengeluh hampir serentak mendengar rancangan Datin Hanani.

"Apa? Kim dah memang dah sampai masa untuk cari calon isteri kan." jawab Datin Hanani. Kim sekadar menggeleng dengan gelagat mamanya.

"Yang awak beria mencari kenapa? Damia anak Dato' Rashid kan ada. Lagipun kita memang dah nak tunangkan diorang dari kecil lagi kan." Dato' Mustapha bersuara.

"Nope! Saya bantah." Laju Datin Hanani menolak.

"Kenapa pula? Damia kan belajar kat luar negara juga." Jawab Dato' Mustapha.

"Dia terlalu westernize. Tengoklah pakaiannya macam mana. Tak pernah cukup kain." Kata Datin Hanani. Kim menahan tawa.

"Kali ini Kim sokong mama 100 peratus." Kim memberi thumbs up pada mamanya. Dia kemudian memandang Dato' Mustapha.

"Plus, papa, I never ever agree on this fiancée things with Damia. Boleh papa tolong bagitahu keluarga Dato' Rashid yang Kim tak nak bertunang dengan Damia." Kali ini terus terang Kim memberitahu Dato' Mustapha.

"So, Kim akan terima calon dari mama lah kan?" kata Datin Hanani. Kim senyum dan menggeleng.

"Nope. I'm sorry mama." Jawab Kim.

"Jadi kamu nak siapa? Si Hani tu?" soal Dato' Mustapha dan matanya beradu dengan mata Kim. Kim diam seketika sebelum dia mengangguk.

"Siapa Hani?" soal Datin Hanani.

"She's someone I want to spend the rest of my life with, mama, papa." Kali ini dia tidak mahu sorok apa-apa tentang Hani dari keluarganya. Datin Hanani terkejut dengan kata-kata Kim dan Dato Mustapha memandang Kim serius.

"She's not from the same world as us, Kim. She won't survive in our world." Kim senyum mendengar kata-kata Dato' Mustapha.

"Papa, please don't underestimated Hani. Dia lebih dari apa yang papa tahu. She's the greatest woman I know after mom." Mendengar kata-kata Kim buat Datin Hanani memandang anak terunanya dengan senyuman.

Sejak bila my baby have grow up to a man. desis Datin Hanani.

"Okay then, bawa dia datang party mama malam ni. Kalau dia berjaya mixed around naturally with those vvip guest, papa akan cuba kenal dia dari perspective yang lain." Dato Mustapha tidak mahu kalah.

"Sure!" Kim berkata penuh yakin.

+++

Office Kim

Kim bertongkat dagu di mejanya sambil melihat Hani yang sedang buat kerja di luar. Kemudian dia mengeluh.

Kau ni, cakap lebat macamlah Hani confirm boleh datang malam ni.

Saat itu, tiba-tiba telefonnya berdering. Dia terkejut melihat nama Hani naik di skrin telefonnya. Dia mengangkat panggilan tersebut.

"Aku ada buat salah ke sampai kau pandang aku macam tu sekali?" soal Hani sambil memandang Kim dari ruangannya. Ruangan kerja Hani dan ruangan kerja Kim berdindingkan kaca jadi masing-masing boleh nampak dengan jelas apa yang berlaku di ruangan masing-masing.

"Erm, kau masuk sini jap. Aku ada benda nak bincang." Kata Kim kemudian dia mematikan talian. Tidak lama kemudian pintu biliknya diketuk dan wajah Hani muncul. Kim mengisyaratkan untuk Hani masuk dan segera dia gelapkan kaca di bilik officenya.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now