[43]

431 39 4
                                    

Hiville Condominium

"Hi! Long time no see, my friend." Afif menyapa dengan senyuman lebar.

"Hidup lagi rupanya kau. Ingat dah hilang entah mana-mana." kata Kim sarkastik sambil dia membuka kunci pintu unit condominiumnya.

"Thanks for welcoming me." balas Afif dengan senyuman sinis.

Kim masuk ke condominiumnya dan diikuti oleh Afif.

"Macam mana kau tahu rumah aku kat sini?" soal Kim sambil mengeluarkan satu botol air mineral dari peti.

"Aku tanya Fir." Jawab Afif. Dia sudah duduk di sofa di ruang tamu.

"Kau contact Fir tapi tak contact aku sepanjang dua tahun ni?" soal Kim sambil mencampakkan sebotol air ke arah Afif. Afif sekadar tersengih.

"Sorry bro. A lot of things happen, dan aku jumpa Fir pun secara tak sengaja. Tu yang aku keep in touch dengan dia." Afif meneguk air dari botol yang diberikan oleh Kim.

"But apa yang jadi dua tahun lepas? You don't even attend graduation day." Soal Kim ingin tahu.

Afif mengeluh berat.

"I won't share much about what happen exactly but for these two years, I have been working in New York." Cerita Afif.

"Kau kerja kat mana?" soal Kim ingin tahu.

"MONX Holdings." Jawab Afif. Mendengar jawapan Afif buat Kim terkejut.

"Eh? So the reason kau balik Malaysia..." Kim memandang Afif dan Afif mengangguk.

"There's some changes in the internal position, so aku dihantar ke sini."

Kim mengangguk faham dengan jawapan Afif sebab dia memang ada dengar berita tentang MONX Holdings internal changes tapi dia tak sangka pula Afif merupakan pekerja di situ.

"By the way, kau ada makanan tak dalam peti? Aku lapar." Pinta Afif tanpa segan silu.

"Huh dahlah crash rumah orang tiba-tiba lepas tu minta makanan pula. Shameless." Kata Kim kemudian dia bangun. Afif hanya tersengih.

"Thank you!" kata Afif sebaik dia melihat Kim mengeluarkan bungkusan Maggi dari almari. Kim hanya angkat tanda 'okay' dengan jarinya sambil dia sibuk mengeluarkan periuk.

+++

Key Company

"Apa schedule hari ini?" soal Kim sebaik dia sampai lobby Key Company dan Vince mendapatkannya.

"Pagi ni jam 9 ada meeting dengan Excel IT. Then jam 11 ada meeting dengan Dato'. Dia nak update tentang company yang dalam senarai future investment kita." Bagitahu Vince. Kim mengangguk sambil matanya melihat sekeliling mencari bayang seseorang.

Bibirnya terus mengukir senyuman sebaik dia melihat Hani yang lengkap bersuit hitam berdiri di sebelah Pak Guard yang menjaga gate masuk ke lif.

"Is there any lunch appointment dengan client hari ini?" soal Kim.

"Setakat ni tak ada. Bos nak saya schedule any appointment ke?"

"No need." Laju Kim menjawab.

"Just please kosongkan my schedule for the rest of the day after lunch hour." Kim mengeluarkan arahan dan Vince mengangguk faham.

"Oh erm, can you please go to cafe and get me one americano and caramel latte. Nanti hantar kat office saya ya." Kim menepuk bahu Vince kemudian dia berjalan menuju ke arah Hani.

"Something fishy here." kata Vince sendiri sambil dia melihat Kim yang kini sedang bercakap dengan Hani.

How important that woman is sampai si workaholic Kim boleh kosongkan schedule just for her... desis Vince kemudian dia berjalan menuju ke cafe.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now