[3]

610 49 0
                                    

Dewan Kuliah

Hani dan Ain berjalan bersama ke dewan kuliah sebaik selesai solat zohor di surau. Ain menyiku lengan Hani.

"Mystery boy." Bisik Ain. Hani menoleh ke kanannya dan dia melihat Mr Bus Stop sedang duduk sendirian di bangku bersama satu tin Pepsi di luar dewan kuliah. Matanya focus pada telefonnya.

"Apa nama dia weh. Kau tahu tak?" soal Ain. Hani hanya angkat bahu. Mereka masuk ke dewan kuliah dan mengambil tempat masing-masing.

Dia memang tak ada kawan atau dia memilih untuk tidak berkawan? Sejak aku first nampak dia kat bus stop tu, aku hanya nampak dia lepak dengan Afif je. Tapi most of the time, he's alone. Rarely speak, always with with his phone. Maybe aku patut panggil dia Mystery Boy pula lepas ni? Hani ketawa sendiri.

Mystery boy? Saufi  pun dulu aku panggil mystery boy juga masa mula-mula aku jumpa dia. Rarely speak and have a few friends only. Oh this suddenly feels like dejavu. Hani menoleh ke belakang dan saat itu juga Mr Bus Stop masuk ke dewan. Laju Hani memandang ke depan semula.

Aku patut ignore dia. Macam masa sebelum aku nampak dia. Tekad Hani.

***

Kelas Tutorial

"Hari ini aku akan pastikan aku tahu nama dia." kata Hani sebaik dia duduk di antara Rina dan Ain semasa kelas tutorial HRM. Rina dan Ain memandang Hani pelik.

"Kau dah kenapa? Tiba-tiba je." Kata Rina.

"Haah. Lagipun nama siapa yang kau nak tahu ni?" soal Ain. Hani senyum.

"The mystery boy next to Afif." Kata Hani kemudian dia memandang ke belakang kelas, tempat di mana dia selalu duduk. Mata mereka bertembung. Tapi kali ini Hani senyum. Lelaki itu terkejut. Hani memandang ke depan semula.

Sebab aku tak suka kalau aku tak tahu something. I need to know his name at least. Then I will ignore him. Desis Hani.

+++

"Dia senyum kat siapa?" bisik Afif kepada kawannya.

"Entah." Jawabnya pendek dan kembali melihat skrin telefonnya.

+++

"Sebelum keluar dari kelas, jangan lupa sign attendance." Pesan Mr Ang.

Nice timing! Laju Hani bangun dari kerusinya sebaik dia melihat Mr Bus Stop turut beratur untuk sign attadance. Sengaja Hani berdiri dekat dengan Mr Bus Stop. Sebaik kertas attendance sampai di tangannya sengaja dia hulurkan kepada Mr Bus Stop dulu. Mr Bus Stop mencapai kertas itu dan mula menulis namanya.

Mohd Hakim bin Mustapha. Baca Hani.

"Kim, nama aku sekali!" kata Afif dari belakang. Kim turut menulis nama Afif di bawah namanya. Setelah selesai, Kim menghulurkan kertas itu kepada Hani.

"Terima kasih." Kata Hani namun dia sedaya upaya menahan dirinya daripada senyum.

Mission accomplished! Hani sudah bersorak dalam hati.

+++

Cafe

"Jadi kau dapat tahu nama dia tak?" soal Ain. Mereka dalam perjalanan ke cafe untuk makan tengah hari. Hani senyum lebar.

"Bukan setakat nama aku dapat, maklumat tambahan tentang dia pun aku dapat." Hani berkata bangga. Mereka mencari meja kosong di cafe itu.

"Wah kalau dah namanya Julia Hani tu, memang dia dapat apa yang dia nak." Kata Rina. Hani senyum sambil angkat kening.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now