[42]

510 40 3
                                    

Bok Bok Chicken

Hani menunggu Firhad di depan kedai. Mereka berjanji untuk ke baseball site malam itu. Hani mengeluarkan cerminnya dan melihat make up di wajahnya.

"Dah cukup cantik dah tu." teguran Firhad buat Hani terkejut.

"Ish kau ni kan!" Hnai mengangkat penumbuk. Firhad hanya ketawa.

"Kau dari office?" soal Hani sebaik dia melihat Firhad yang masih berkemeja. Firhad mengangguk.

"Then kita tangguh hari lainlah. Kesian kau penat baru habis kerja." Kata Hani.

"It's okaylah. Lagipun esok aku cuti. Aku boleh rest esok." Kata Firhad. Hani mengangguk.

"Okay then. Jom!"

+++

Baseball Site

Mereka sampai ke site dan mula memanaskan badan untuk menghayun bat.

"Wah dah lama aku tak datang sini." Kata Hani sambil meregangkan tangannya.

"Aik? Tak akanlah lepas aku hilang kau pun stop datang sini?" soal Firhad mengusik.

"Haah. Memang pun. Lepas kau hilang, aku mana jejak kaki ke sini." Jawab Hani selamba. Jawapan Hani yang direct membuatkan jantung Firhad berlari laju.

"Iyalah tu kau." Firhad cuba bertenang. Mungkin Hani hanya bergurau.

"Betullah. Aku dah hilang kawan main baseball. Buat apa aku nak datang sini." Kata Hani kemudian dia menghayun batnya tepat mengena ke arah bola yang datang.

"Nice shot!" kata Hani sambil tersenyum.

Firhad memandang Hani. Hani oh Hani, kau memang pandai buat orang rasa special.

"Oi berangan pula. Turn kau." kata-kata Hani menyedarkan Firhad dari lamunannya.

"By the way Hani, kalau kau masih interested nak kerja, kebetulan ada satu job kosong kat company aku. Bahagian marketing and branding. Aku boleh tolong recommend kau kat Head of Department." Kata Firhad sambil menghayun batnya.

"Oh tentang tu... sebenarnya..." Hani teragak-agak mahu beritahu Firhad tentang itu atau tidak.

"Sebenarnya apa?" soal Firhad sambil bersedia untuk pukulan yang seterusnya.

"Actually dua hari lepas Kim datang jumpa aku and offer me something." Mendengar kata-kata Hani buat perhatian Firhad beralih kepadanya. Firhad memandang Hani sebaik dia mendengar nama Kim.

"Kim?" soal Firhad kemudian saat itu juga satu bola baseball yang sepatutnya dipukul menuju tepat ke arah Firhad dan mengenai kepalanya, menyebabkan Firahd jatuh terduduk. Hani yang terkejut laju mendapatkan Firhad.

"Kau okay tak ni?" soal Hani. Firhad mengangguk sambil menggosok kepalanya.

"Back to the topic. Apa yang Kim offer?" soal Firhad ingin tahu.

"Nothing have been decide in detail yet tapi roughly dia cakap dia akan tolong aku secure investment dengan Key Company. Kau tahu kan tentang plan aku nak jadikan Bok Bok Chicken sebagai franchise?" terang Hani.

"Ya I know but seriously? Tu memang betul Kim ke yang buat offer tu?" soal Firhad tidak percaya.

Hani mengangguk.

"Kenapanya?" soalan Hani dibiarkan tanpa jawapan.

Apa rancangan kau sebenarnya Kim. desis Firhad.

+++

Key Company

Hani sampai di lobby Key Company dan dia rasa teruja melihat betapa gahnya headquarters Key Company ini. Dari interior design dan susun atur perabot serta perabot yang digunakan, Hani tahu semuanya high-end.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now