"Sorry. Aku banyak kerja dan aku terlupa nak reply. Lepas ni aku akan pastikan aku reply. I'm sorry okay?" Kim senyum.
Hani tersenyum bersama sejambak bunga daisies di tangannya. Kim yang melihat reaksi Hani mengerutkan dahinya.
Ni dah kenapa? Terharu sangat ke aku bagi bunga? Desis Kim. Kim berdehem dan Hani sepertinya baru tersedar dan dia melihat Kim yang sedang memandangnya pelik.
"Oh... aku ingat aku akan jumpa kau lepas cuti. Mesej aku kat whatsapp kau tak reply pun." Kata Hani sambil membuat isyarat memberi izin Kim untuk masuk ke rumahnya.
"Are you serious?" Kim memandang Hani tidak percaya. Yelah, dalam rumah ni hanya ada Hani seorang dan Hani ajak dia masuk? Gila ke apa si Hani ni?
Mendengar soalan Kim buat Hani mengeluh.
"I'm not alone. Abang aku ada dalam bilik and my parents is downstairs, di kedai. Plus I'm sick." Hani menunjuk ke arah kakinya yang berbalut kemudian dia memandang Kim semula.
"Nothing going to be happen. Kalau aku nak 'makan' kau, dah laaaama aku buat. Tapi dengan keadaan aku sekarang, nope. I'll pass. So kau selamat. Tapi terserah. Kalau kau tak nak masuk, duduklah kat depan pintu tu sementara aku pergi buat air." Kata Hani selamba kemudian dia berpusing dan berjalan ke arah dapur, meninggalkan Kim yang terpaku. Sungguh dia speechless dengan kata-kata Hani.
"Ya. Inilah Julia Hani. Yang sakit tu kaki dia. Bukan mulut dia." Kim menggeleng mengenangkan kata-kata Hani. Dia akhirnya membuka kasut dan berjalan duduk di ruang tamu rumah Hani. Dari sofa di ruang tamu, dia dapat melihat Hani di dapur, sedang memasukkan bunga yang dibawanya ke dalam sebuah pasu.
Scene tadi tu hanya dalam bayangan aku? Aih bolehnya aku berangan sebaik aku ambil bunga tadi. Hani memarahi dirinya bila dia teringat scene yang mindanya sempat ciptakan sebaik dia menerima bunga dari Kim.
Tapi puas hati aku tengok muka speechless dia tadi. Hani ketawa sendiri sambil membancuh Nescafe 3-in-1 untuk Kim.
"Sorry. Ni je yang mampu aku buat." Kata Hani sambil dia struggle membawa satu dulang di sebelah tangannya dan tangan yang satu lagi memegang tongkat untuk berjalan. Melihat Hani begitu, laju Kim bangun dan mencapai dulang di tangan Hani. Dia berdiri dekat dengan Hani. Saat itu datang satu idea jahat dalam minda Kim. Dia senyum sinis kemudian memandang tepat ke dalam mata Hani. Hani mendongak memandang Kim.
"Kau ni memang betul-betul tak takut kan. Soalan aku tadi, bukan sebab aku takut kau 'makan' aku, tapi aku fikir tentang kau." Kim melangkah satu tapak ke depan dan Hani melangkah satu langkah kebelakang. Hani menelan air liur melihat Kim yang berwajah menyeramkan saat ini. Jarak antara mereka masih dekat seperti tadi.
"I'm still a man you know." Kim memberi senyuman sinis. Melihat senyuman sinis Kim buat Hani laju melangkah menjauhi Kim. Dia mengundur terus ke dinding yang terdekat kemudian mencapai payung yang berada di dalam sebuah pasu tinggi di sebelahnya. Dia mengajukan payung itu ke arah Kim.
"Kau...kau...kau jangan macam-macam. Aku jerit panggil abang aku. Dia ada dalam bilik ni." Hani mengugut mahu membuka pintu bilik Fakhri. Walaupun dia tahu Fakhri akan susah untuk bangun sebab semalaman Fakhri bersengkang mata untuk siapkan kerjanya tapi Fakhri je harapan dia dalam situasi begitu.
Melihat reaksi Hani, Kim ketawa lepas.
"Hahahaha. Sorry, aku dah crossed the line kan?" Kata Kim kemudian dia meletakkan dulang tersebut di atas meja di ruang tamu tersebut. Hani cemberut memandang Kim.
BOLEH DIA KETAWA MACAM TU?! JANTUNG AKU DAH NAK TERCABUTLAH GILA!!!! Hani memandang Kim tajam. Dia masih kaku di tempat tadi.
"Duduklah sini. Aku bergurau je tadi. Even it's overboard but yeah. I'm just joking. Sorry ya." Kata Kim. Perlahan Hani berjalan menuju ke sofa yang bertentangan dengan Kim. Dia masih memandang Kim geram.
YOU ARE READING
Dear Hani ✅
RomanceThe story before "My Crazy Boss"; the day when Kim meets Julia Hani ▼ ||Maybe it's destiny after all. Between me and you.|| Kim dan Julia Hani; the end game yang kita semua tahu. The most chill couple dalam My Crazy Boss. Kim pula menjadi penasiha...