Rumah Sewa Hani
Hani duduk di sofa di ruang tamu, focus pada telefonnya. Ain meletakkan mangkuk berisi kari ayam yang baru dimasaknya untuk makan tengah hari itu. Dia mendekati Hani yang masih focus dengan telefonnya.
"Fokus betul kau. Kau buat apa? Study?" soal Ain. Sekarang ni mereka dalam study week. Minggu depan peperiksaan akhir semester akan bermula.
"Nope. Since aku dah decide yang aku suka dia, this time aku tak nak ada regret. Sama ada Kim terima atau tak, aku tak kisah. At least I can said I have tried." Jawab Hani.
"Ohh tengok budak ni. A girl in love." Ain mencuit lengan Hani.
"Jadi apa yang kau nak buat ni?" Ain ingin tahu juga apa yang Hani mahu buat sekarang. Hani senyum.
"How to make your crush notice you. Step 1: follow/friend with him/her on all social media." Hani membuka aplikasi Facebook.
"Platform pertama: Facebook." Kata Hani.
"Kau tahu ke apa nama akaun dia?" soal Ain. Dia sudah duduk di sebelah Hani di sofa. Hani menggeleng.
"Tak. Tapi kita kan kena guna akaun FB dengan nama sendiri untuk subjek Hubungan Etnik. Jadi aku akan search akaun dengan nama sebenar dia." jawab Hani. Laju tangannya menaip nama penuh Kim di ruang carian.
"Macam mana kau nak tahu mana satu akaun dia dari result yang banyak ni?" soal Ain sebaik melihat banyak akaun dengan nama yang serupa.
"Hmm... tak akanlah nak check satu-satu kan? Aku boleh je buat tapi aku malas. Jadi jom kita beralih ke Instagram pula." Hani masih berusaha dan membuka aplikasi Instagram pula.
"Kau tahu apa nama IG dia?" Hani menggeleng lagi dengan soalan Ain. Ain tepuk dahi.
"Habis tu macam mana kau nak cari IG dia?" Ain memandang Hani. Budak ni... macam mana kau nak jumpa satu akaun dalam berjuta akaun di IG tu wei...
"Ada coursemate aku follow aku dan aku pernah nampak gambar Kim dekat IG dia. Logically mestilah dia tag Kim sebab tu gambar Kim kan, jadi yeah. Itulah caranya." Kata Hani sambil dia cuba mengingati apa nama IG Afif. Dia pun dah tak ingat macam mana dia dan Afif boleh saling follow di IG tapi itulah kenyataannya.
"Gambar bila ni? Kurusnya dia." kata Ain sebaik dia melihat gambar Afif dan Kim bersama.
"First year kot." Teka Hani. Dia menekan gambar tersebut namun gambar itu tidak di tag dengan mana-mana akaun.
"Eh? Takkanlah dia tak tag Kim?" Hani bercakap sendiri.
"Entah-entah dia memang tak ada FB, IG and yang seangkatan dengannya." Kata Ain.
"Seriouslah tak ada. Di zaman semua orang ada socmed, dia tak ada? Impossible." Kata Hani.
"Possible untuk Kim. Introvert never want to get in touch with people. Jadi buat apa dia nak ada social media. Kalau ada pun dia buat private dan guna bukan nama sebenar." Kata Ain. Hani berfikir sejenak dan kata-kata Ain ada betullnya juga.
"Jadi first step ni fail lah?" kata Hani. Ain mengangguk.
"Absolute fail. Cuba lagi next time ya." Ain menepuk bahu Hani.
"Dah jom makan. Aku dah siap masak kari." Ain berjalan ke meja makan.
"Kari ayam?" soal Hani. Ain mengangguk.
"Aih kat rumah makan ayam, kat sini pun makan ayam. Lama-lama aku yang jadi ayam." Omel Hani. Ain ketawa dengan respon Hani.
+++
How to make your crush notice you.
Step 2: Make him/her notice you
Dewan Kuliah
YOU ARE READING
Dear Hani ✅
RomanceThe story before "My Crazy Boss"; the day when Kim meets Julia Hani ▼ ||Maybe it's destiny after all. Between me and you.|| Kim dan Julia Hani; the end game yang kita semua tahu. The most chill couple dalam My Crazy Boss. Kim pula menjadi penasiha...