[19]

464 49 6
                                    

"HANI!!!" Kim memanggil nama Hani di balik pintu pagar yang sudah dikunci itu. Dia menyuluh flashlight dari telefonnya mencari bayang Hani dalam kegelapan malam itu. Namun bayang Hani tidak kelihatan di mana-mana.

Argh jangan cakap dia lalu jalan luar tu. Desis Kim. Dia melihat sekeliling seimbas sebelum dia masuk ke villa keluarganya. Risau dia kalau orang nampak dia masuk ke situ.

"Pak Sani!" panggil Kim sebaik dia masuk ke dalam villa itu. Mendengar panggilan Kim, laju Pak Sani keluar dari bilik bacaan.

"Ada apa Encik Hakim?" soal Pak Sani.

"Saya rasa kawan saya sesat kat hutan sebelah tu. Boleh Pak Sani tolong saya cari dia? Perempuan, Hani nama dia." terang Kim dalam keadaan tergesa-gesa. Dia risau kalau dia lambat, perkara yang buruk berlaku pada Hani.

"Ya Allah. Macam mana boleh jadi macam tu?" Pak Sani segera mencapai kunci mangga dan lampu suluh. Pintu pagar keluar masuk itu memang dikawal oleh Pak Sani dan setiap malam, memang dia akan menguncinya dan esok pagi pula barulah dia membukanya untuk memudahkan pekerja keluar masuk untuk ke villa dan juga Waikiki Guesthaouse itu. Mereka berdua laju berjalan menuju ke pintu pagar itu. Pak Sani membuka mangga.

"Kita berpecahlah Pak Sani. Kalau dah jumpa, Pak Sani cepat-cepat call saya tau." pinta Kim. Nadanya tenang namun wajahnya jelas menunjukkan kerisauan. Pak Sani mengangguk kemudian mereka berpecah.

+++

Hani berjalan dengan kaki yang terhincut-hincut akibat terjatuh di depan rumah kosong itu.

"Kalau aku dapat siapa yang tolak aku tadi, memang matilah aku kerjakan budak tu!" Hani membebel kuat. Sakit hatinya lebih besar kalau nak dibandingkan dengan ketakutan berjalan dalam gelap di hutan, seorang diri.

"Ish dah lah telefon aku hilang entah kemana!" Hani merengus marah. Semasa dia ditolak tadi, dia terlepas telefonnya dan entah kemana telefonnya tercampak.

"KALAU AKU DAPAT KORANG, MEMANG AKU KERAT 18 KORANG SEMUA TAHU TAK!" Hani menjerit melepaskan kemarahannya di tengah hutan yang gelap itu.

"HANI!" mendengar suara seseorang menyeru namanya dari jauh buat Hani terkejut. Terus dia mendiamkan diri. Dia melihat sekeliling dan barulah datang rasa takutnya itu. Disekelilingnya semua hutan, pokok-pokok dan semak samun, gelap gelita, bunyi cengkerik makin jelas di telinganya. Hanya cahaya bulan yang samar-samar menjadi panduannya di dalam kegelapan malam itu. Hani menelan air liur.

"HANI!!" mendengar namanya diseru untuk kali kedua buat Hani menggigil. Laju dia duduk mencangkung dan menekup kedua telinganya. Dia ketakutan. Matanya mula berair.

Ya Allah lindungilah aku dari benda-benda tu. Hani berdoa dalam hati. Hati kecilnya menyuruhnya menyahut panggilan itu namun dia risau kalau yang memanggil itu bukan manusia tapi 'benda'. Jadi lebih baik dia diam. Tiba-tiba dia terdengar derapan kaki semakin mendekat bersama satu cahaya yang menyilaukan pandangannya. Hani memejam matanya rapat.

"Hani." panggil suara garau itu. Bahunya dicuit dan laju Hani mengelak menyebabkan dia terus terduduk di tanah. Dia mengesot ke belakang, menjauhi entah siapa pemilik suara garau itu.

"Tolong. Jangan apa-apa kan aku. Aku nak hidup lagi!" kata Hani merayu. Dia memandang lelaki itu, namun cahaya lampu menghalang dia dari mengecam wajah di balik cahaya itu.

"Hani bertenang. Ni aku, Kim." kata Kim sambil menyuluh lampu ke wajahnya.

"Kim?" soal Hani membuat kepastian. Kim mengangguk. Kim kemudian merendahkan dirinya sehingga matanya separas dengan aras mata Hani.

"Kau okay tak? Ada luka mana..." kata-kata Kim mati bila Hani tiba-tiba memeluk erat dirinya.

"Terima kasih sebab datang." Hani menangis semahu-mahunya di bahu Kim. Perasaan lega dan ketakutan yang menguasai dirinya sebentar tadi bercampur baur membuatkan air matanya jatuh. Kehadiran Kim membuatkan dia berasa sangat selamat.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now