[5]

518 40 0
                                    

Dewan Kuliah

Grab berhenti di pondok bas dan Hani melangkah keluar. Kerana nak bersiap lebih dari biasa, tak pasal-pasal dia tertinggal bas. Kalau hari biasa dia memakai kemeja dan jeans, hari ini dia mengenakan blouse bersama kain. Nampak ayu dia hari ni. Hari ini juga dia bersolek lebih sikit dengan memakai blusher dan lipstick yang warnanya agak mernyerlah tapi cukup untuk menaikkan seri wajahnya.

Hani berjalan terus menuju ke dewan kuliah. Sebaik dia masuk, sempat dia menjeling ke arah Kim yang duduk di belakang.

Handsome as always. Desis Hani sebaik dia nampak Kim yang sedang duduk di tempat biasa.

"Hani lawanya kau hari ni." Rina menyiku Hani sebaik Hani duduk di sebelahnya.

"Bukan selalu kan." Hani senyum kemudian mengeluarkan buku notanya.

"Ain mana?" soal Rina sebab Ain tak muncul-muncul dari tadi.

"Oh dia tak dapat datang kelas hari ni. Dia ada urusan di HEP." Rina mengangguk dengan jawapan Han kemudian kembali scrolling Instagram di telefonnya.

Aduh kenapa aku tibe-tiba nervous pula ni. Hani menarik nafas dalam. Hari ini, adalah hari yang ditunggu-tunggu. Hari di mana dia akhirnya dapat mendengar suara Kim.

+++

"Kau nampak tak Hani tadi?" bisik seorang pelajar lelaki kepada kawannya yang duduk di depan Kim. Kim sedang menghafal skrip di tangannya untuk pembentangannya nanti. Focus nya terhenti sebaik dia mendengar nama Hani keluar dari mulut pelajar lelaki itu.

"Nampak. Lawa juga dia tu kalau make-up and dress properly. Ni asyik dengan kemeja. Dah macam lelaki aku tengok." Mereka ketawa kecil.

"Eh tapi aku dengar part kau kena reject dengan dia juga kan?" soal pelajar lelaki itu lagi. Kawannya mengeluh dan mengangguk.

"Itulah. Dia tu cantik dah perfect tapi bab kerja, strict bukan main. Penat tau tak aku layan kerenah dia. Semua benda dia reject." rungut kawannya.

"Haha tapi kau jangan risau. Assignment kau tu mesti dapat A punya kalau kau satu kumpulan dengan dia. Aku pernah satu kumpulan dengan dia jadi aku faham perasaan kau." pujuk pelajar lelaki itu sambil menepuk bahu kawannya. Kawannya mengangguk dan mereka kembali focus di hadapan. Pensyarah sudah masuk dan kelas dimulakan.

Kim memandang ke depan dan dia nampak Hani yang sedang focus pada pembentangan yang sedang berlangsung.

Dia tahu tak yang orang ambil kesempatan atas dia? desis Kim.

+++

"Baiklah seterusnya kumpulan 5, sila ke depan untuk pembentangan kumpulan anda." Dr Linda memberi arahan. Mendengar nama kumpulan 5 diseru, jantung Hani berdegup laju. Dia menarik nafas. Tangannya menjadi sejuk kerana dia nervous.

"You look different today." tegur Firhad saat dia sedang bersiap sedia untuk naik ke pentas.

"Fir? Kau satu group dengan Kim?" soal Hani.

"Kim?" Firhad memandang ke arah Kim yang sedang bersedia dan memandang Hani semula.

"Erm maksud aku, kau group 5 juga... rupanya." Kata Hani.

Adush kenapa boleh terkeluar nama Kim pula ni... Hani memandang Firhad. Firhad mengangguk.

"Aku nervous pula tiba-tiba. Lagi-lagi nak kena berlakon depan orang cantik." Kata Firhad bersama senyuman flirtynya. Tapi Hani masih beriak biasa.

"Aye mustahillah kau nervous. Kau kan dah biasa under spotlight. Benda macam ni mesti benda kecil je pada kau." kata Hani selamba. Entah kenapa, ayat Hani kedengarannya seperti sarkastik di telinga Firhad.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now