Dewan Kuliah
"Kim!" panggil seorang pelajar perempuan. Kim berhenti dan menoleh ke arah kirinya. Seorang pelajar perempuan mendekatinya.
Macam familiar tapi siapa? Kim cuba mengingati di mana dia pernah nampak pelajar ini.
"Boleh tak kau tolong pass ini pada Hani? Korang ada kelas kan sekejap lagi?" pelajar itu menghulurkan beberapa helai kertas pada Kim. Kim masih tak dapat mengenalpasti pelajar ini namun dia tetap mengambil kertas dari tangan pelajar itu.
"Okay." Jawab Kim perlahan.
"Apa ni?" soal Hani sebaik dia tiba-tiba muncul di antara mereka. Semasa dia dalam perjalanan menuju ke dewan kuliah, dia nampak Kim dan pelajar perempuan itu sedang bercakap. Jadi lajulah dia mencelah.
"Ya Allah terkejut aku." pelajar perempuan itu mengurut dadanya. Hani tersengih sambil dia menolak Kim menjauh sedikit dari pelajar perempuan itu. Hani kini berada di antara Kim dan pelajar perempuan itu. Kemudian dia mencapai helaian kertas yang berada di tangan Kim.
"Ini untuk apa?" soal Hani pada pelajar itu.
"Oh ini untuk program kita minggu depan. President suruh aku bagi pada kau. Dia ada kerja." Hani mengangguk.
"Ok noted. Kami ada kelas ni, kami gerak dulu ya. Bye." Hani melambai ke arah pelajar itu kemudian mengheret Kim menjauh dari pelajar itu.
"Ha...hani... baju aku..." kata Kim sebab dia segan ada mata-mata yang nampak Hani menarik lengan bajunya.
"Opps! Sorry." Hani segera melepaskan lengan baju Kim. Mereka berjalan bersama ke arah dewan kuliah.
"Tadi tu, siapa?" soalan Kim buat Hani berhenti dan memandang Kim tidak percaya.
"Aku tak tahu nak rasa gembira atau sedih. Sedih sebab kau tak kenal ahli kumpulan kau sendiri tapi pada masa yang sama aku rasa gembira sebab kau tak kenal perempuan secantik itu." terang Hani. Kim kerut dahi dengan kenyataan Hani.
"Dia satu group family business dengan kita. Ratu cantik accounting, Miss Qistina Ayuni." Tambah Hani lagi. Kim hanya mengangguk tanpa kata.
Cantik? Dia? Hani is better. Dia nampak macam cantik sebab make up je. Desis Kim.
Wait! Apa yang aku cakap tadi?! Kim mengerling sekilas kearah Hani.
Did I just said this girl pretty?!!
"Tapi kau memang consistent kan tak nak reply greeting aku." kata Hani. Sejak minggu lepas dia send wish 'good morning' and 'good night', tapi semuanya dapat bluetick je dari Kim.
"Kan aku dah cakap aku tak nak reply." Kim buat playful smile.
"Well I will keep sending sampai kau reply." Tekad Hani. Kim mengangguk.
"Ya. Teruskan usaha anda." Mereka sudah hampir sampai di pintu masuk dewan. Tiba-tiba Hani berhenti di depan Kim. Dia memandang Kim tepat ke dalam matanya walaupun Hani terpaksa mendongak sedikit sebab Kim ni tinggi daripada dia.
"Jangan cabar Julia Hani tau. Sebab aku biasanya dapat apa yang aku nak." Kata Hani separuh berbisik. Kim yang terkejut dengan kedekatan Hani segera menapak satu langkah ke belakang. Melihat respon Kim, buat tawa Hani pecah.
"Oklah. See you later." Hani melambai bersama tawa yang masih bersisa kemudian dia terus berjalan menuju ke mejanya di barisan depan.
"Macam mana dia boleh react selamba je lepas apa yang dia buat?" bebel Kim sebaik dia melihat Hani yang menegur kawan-kawannya seperti apa yang jadi tadi tidak memberi kesan padanya. Kim mengurut dadanya. Jantungnya derdegup bukan main laju ni. Kim menarik nafas dalam untuk menenangkan dirinya.
YOU ARE READING
Dear Hani ✅
RomanceThe story before "My Crazy Boss"; the day when Kim meets Julia Hani ▼ ||Maybe it's destiny after all. Between me and you.|| Kim dan Julia Hani; the end game yang kita semua tahu. The most chill couple dalam My Crazy Boss. Kim pula menjadi penasiha...