[36]

342 35 2
                                    

Rumah Sewa Hani

"HANI!" Suara Rina yang lantang memanggil namanya sebaik dia membuka pintu rumah mengejutkan Hani yang sedang berbaring di sofa.

"Kau dah kenapa menjerit..."

"Aku dengar kau bergaduh dengan Arin kat lobby tadi. Kau okay tak? Ada luka mana-mana tak?" Rina memotong kata-kata Hani dan dia membelek lengan dan muka Hani mencari kalau Hani ada luka akibat dari pergaduhan tadi.

"Alah gaduh sikit je. Tak ada apa-apa pun." Jawab Hani sambil mukanya masih dipegang oleh Rina. Rina memandang Hani tidak percaya.

"Dia tolak aku then aku tampar dia. We are even kan?" kata Hani selamba. Rina melepaskan muka Hani dan mengeluh.

"Macam mana kau boleh bergaduh dengan dia?" soal Rina. Hani angkat bahu.

"Yang aku ingat, dia tiba-tiba serang aku kata aku perampas then tahu-tahu tangan aku dah tampar dia which I actually rasa puas hati. Hahahaha" Hani ketawa besar. Rina menggeleng.

"Kau tahu kan hal ni dah kecoh? Silap gaya Dr Grace akan panggil kau jumpa dia esok." Kata Rina bercampur risau.

"Oh memang pun dia nak jumpa aku esok. Ni ada mesej dari dia." Hani menunjukkan mesej dari Dr Grace kepada Rina.

"Kau tak takut?" soal Rina.

"Nak takut apa bukan aku yang salah. Si Arin yang start dulu. I can said what I do is for self defense plus she's the one that provoking me. Padan dengan muka dia." Hani kemudian bangun dari sofa dan menuju ke bilik. Tak lama kemudian dia keluar siap bertudung.

"Kau nak pergi mana?" soal Rina.

"Pergi tukar skrin telefon." Hani menunjukkan skrin telefonnya yang retak seribu.

"Wei nak ikut!" kata Rina kemudian mereka berdua turun bersama ke mall.

+++

Key Company

Kim menelefon Hani berkali-kali namun tidak berangkat. Mesejnya pun tak dibalas dari semalam. Sejak dia meleraikan pergaduhan Hani dan Arin semalam, sehingga ke saat itu, dia tak dapat menghubungi Hani.

Dia okay ke tak ya... fikiran Kim penuh dengan Hani.

"Encik Hakim, dato nak jumpa encik di biliknya." panggilan seorang pekerja menyedarkan Kim.

"Oh okay thank you." Kim mencapai buku notanya dan berjalan ke bilik Dato' Mustapha.

+++

Bilik Dr Grace

Dr Grace melihat Arin dan Hani silih berganti. Dia kemudian mengeluh.

"Kamu berdua tahu tak apa yang kamu dah buat semalam?" soal Dr Grace. Hani tayang muka selamba. Arin hanya tunduk.

"Kenapa kamu bergaduh?" soal Dr Grace lagi. Mereka berdua masih diam.

"Kalau kamu berdua tak nak bagitahu apa-apa, macam mana saya nak tolong kamu berdua di depan dekan nanti?" Dr Grace masih cuba memujuk. Hani memandang Arin.

"Saya rasa Arin lebih tahu sebab apa kami bergaduh semalam." Kata Hani. Arin memandang Hain tajam.

"Hal semalam tak akan jadi kalau kau tak kacau Saiful dulu." Arin berkata sambil matanya tajam memandang Hani.

"First, aku tolong dia study and second, we are just friend. Kau yang overthinking. Insecure." Perkataan terakhir tu Hani berkata perlahan, hampir tidak kedengaran. Baru Arin mahu membuka mulut, Dr Grace memotong.

"Dah jangan nak mulakan pergaduhan dalam bilik saya. Whatever your reason is, saya akan cakap yang you guys just having misunderstanding. So after this, kalau nak bergaduh, not in public. You guys are adult. Please act like one." Tegas Dr Grace berkata. Hani dan Arin mengangguk.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now