[46]

419 38 7
                                    

Bok Bok Chicken

Hani seperti biasa menolong ibu bapanya di kedai sebaik dia balik dari Key Company tapi hari ini terasa lain sikit. Terasa seperti diperhatikan. Tapi dia sengaja buat tidak endah dan meneruskan kerjanya seperti biasa.

"Hani, laki kau tu dah kenapa?" cuit Ain yang juga menolong di kedai. Untuk beberapa hari ini, dia akan berada di rumah mak mertuanya kerana Fakhri ada tugasan di luar daerah.

"Bila masa aku kahwin?" balas Hani.

"Tu. Kat sana tu. Dari tadi dia tengok kau. Kau ada hutang ke dengan dia?" soal Ain sambil menjuih kan bibirnya ke arah Kim yang dari tadi duduk sendirian di meja. Hani buat rolled eye dan berjalan ke arah Kim.

"Wahai Encik Mohd Hakim, ada apa yang boleh saya bantu?" soal Hani sebaik dia mendekati Kim.

"Ya. Please help me. I want to really catch this guy." Kata Kim sambil mengeluarkan gambar Shahril. Hani mengeluh.

"Apa je yang aku boleh dapat kalau aku tolong kau..." Hani berkata perlahan.

"Aku tolong kau buat proposal investment." Kata Kim, cuba membuat deal dengan Hani.

"Hmm but I don't have enough market data to continue the proposal." Kata Hani sambil bermain dengan jarinya. Kim memandang Hani.

"Ok let's do this. I will help you with your proposal INCLUDING the market data and you just need to give me full cooperation for this case."

"OKAY DEAL!" Sepantas kilat Hani memberi persetujuan bersama senyuman lebarnya. Kemudian dia pergi mendapatkan Ain, mencabut apronnya dan kembali ke meja di mana Kim berada.

"So what's the plan?" soal Hani, masih dengan senyuman excitednya.

+++

Library

Mereka berada di library dan duduk agak jauh dari orang lain. Kim buat Hani menandatangan satu akuan sumpah bahawa segala perbincangan mereka ini adalah rahsia dan kedua-dua pihak tidak dibenarkan membuka rahsia ini kepada orang luar atau mereka akan didakwa.

Selesai dengan itu, Kim berkongsi segala maklumat tentang P1 Global kepada Hani dan Hani mendengar dengan teliti.

"So basically, sekarang ni ada dua cerita. Tapi kita tak tahu unless Shahril buka cerita?" soal Hani. Kim mengangguk.

"Yup dan masalahnya sekarang, Shahril have been in hiding that we can't catch him. All information about him is fake. Wasn't that suspicious? Kalau dia betul, kenapa dia nak menyorok?" Kim menyuarakan pendapatnya. Hani mengangguk.

"Tu betul tapi, cuba fikir balik. What if sebenarnya ada orang yang nak jatuhkan P1 Global melalui Shahril?"

"Maksud kau?" Kim memandang Hani.

"Maksud aku, what if, someone bayar Shahril untuk buat onar? Untuk create issue that lead to demonstration? Macam kau cakap, P1 Global punya sale have been steadily increasing these past few months, along with the demand. This mean that dalam market ni, P1 Global can be seen as leader. Consumer choose P1 Global more then their competitor. So when this issue happen, siapa yang untung dan siapa yang rugi?"

Kim diam berfikir logic dalam hujah Hani.

"Kalau betul apa yang kau cakap, then... P1 Global is at loss while the competitor will profit from it." kata Kim sambil otaknya masih ligat mencari jawapan pada kes ini.

"Bingo! And I don't think P1 Global is that stupid to create issue yang akan merugikan company. No matter how much we think, for both situation, P1 Global yang akan rugi, not the other way around." Tambah Hani.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now