[50]

536 43 2
                                    

Key Company

"Assalamualaikum and a very good morning. I'm Julia Hani, from Bok Bok Chicken. First and foremost, I would like to thank Key Company for giving me an opportunity to stand here again. And this time, I will surely prove to you why Bok Bok Chicken deserve this investment." Hani memulakan pembentangannya di hadapan Dato' Mustapha dan juga beberapa eksekutif yang dijemput untuk menghadiri sesi pembentangan Hani pagi itu.

"Confident. I like it." kata Dato' Mustapha dan dia mula membaca proposal yang diberikan kepadanya. Hani senyum mendengar kata-kata Dato' Mustapha.

"So let me start my presentation..."

+++

"And that's all from me." Hani menamatkan pembentangannya. Dia memerhati reaksi semua audiens di situ terutama Dato' Mustapha.

"Okat thanks for a great presentation. If you don't hear anything from us within two weeks, do consider your business are not fit for our investment goal. That's it for today. Thanks for your hard work." Dato' Mustapha kemudian bangun dan meninggalkan bilik mesyuarat di mana pembentangan diadakan. Hani keluar paling last.

Kau dah buat yang terbaik Hani. Apa yang jadi lepas ni, kita redha..

+++

"Hani!" panggil Firhad sebaik Hani melangkah keluar dari Key Company.

"How was the presentation?" soal Firhad sambil mereka berjalan ke kereta Firhad.

"Aku dah buat yang terbaik jadi selebihnya kita tawakal. Kalau ada rezeki then semuanya akan berjalan lancar." Kata Hani sambil tersenyum. Firhad mengangguk faham.

"Jom kita pergi makan." Firhad kemudian memandu ke restoran untuk makan tengah hari.

+++

Restoran Oriental

"Aku dengar kau dah get back dengan Kim." kata Firhad sebaik mereka selesai membuat pesanan.

"Macam mana kau tahu? Dari Kim ke?" soal Hani. Firhad hanya menggeleng.

"I just know." Firhad memandang Hani.

"Are you happy now? With Kim." sambung Firhad.

"Everything is going smoothly so I guess, I am happy." Hani senyum.

Keadaan kembali sepi antara mereka dan bunyi mesej masuk ke WhatsApp Firhad membuatkan perhatian Firhad teralih ke telefonnya.

"Eh, ni bukan ke Kim?" kata Firhad saat dia membuka mesej dari Damia. Mereka sedang menunggu makanan mereka sampai.

Mendengar nama Kim, Hani memandang Firhad ingin tahu.

"Oh ni ha, Damia hantar gambar dia dengan Kim ke KQ Tech berdua." Kata Firhad sambil memerhati reaksi Hani.

"Diorang tak pergi berdua. Diorang pergi berempat." Jawab Hani tenang.

"Yeah but still... Oh kau nak tengok tak gambar tu?" Firhad kemudian menunjukkan gambar yang Damia hantar. Dari gambar yang dihantar, jelas Damia mengambil gambar curi. Kim tidak memandang ke arah kamera pun.

Sly fox! Desis Hani sambil mengekalkan muka tiada reaksi.

"Seeing how calm you are, mesti Kim dah ada bagitahu kau tentang Damia kan." sambung Firhad. Hani mengangguk.

"So kalau kau expect nak tengok aku jealous hanya dengan sekeping gambar, kau boleh cuba lagi next time." kata Hani dan Firhad ketawa.

"Yakinnya kau dengan Kim, Hani." kata Firhad kemudian dia bersandar di kerusi dengan tangannya disilangkan.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now