Cuti pertengahan semester
Bungalow Dato' Mustapha
Selesai bersarapan, Kim mencapai beg kerjanya dan juga sut. Pagi ini ada meeting dan dia diminta untuk turut serta dalam meeting itu. Dato' Mustapha juga sedang bersiap untuk ke pejabat.
Ting!
Telefon Kim berbunyi menandakan ada mesej masuk. Dia melihat nama pengirim dan dia mengeluh.
Aku dah agak dah... desis Kim.
"Good morning, Kim. May today be a good day to you. ^_^ Oh by the way, nanti petang aku hantar part aku untuk kau check." - Hani Coursemate
Kim tidak membalas mesej Hani. Dia terus menyarung kasut dan berjalan ke kereta. Bapanya sudah menunggu di dalam.
Benda macam tu pun dia nak update ke kat aku? keluh Kim.
+++
"Kim~ aku dah email part aku. Kalau ada apa-apa yang kurang bagitahu." - Hani Coursemate
Kim membaca mesej dari Hani kemudian dia meletakkan telefon di meja sebelah katilnya. Dia biar mesej Hani tidak dibalas. Kim berbaring di katil.
Kenapa balik-balik kerja terus aku nampak mesej dia... Kim menekup mukanya pada bantal. Hari ini rasa seluruh badan dan otaknya penat.
Knock! Knock!
Pintu biliknya diketuk.
"Ya." jawab Kim.
"Datin pesan untuk ingatkan Encik Hakim bahawa malam ni, Encik Hakim kena teman Datin ke perjumpaan kelab." Pesan orang gaji di rumahnya. Mendengar pesanan itu buat Kim mengeluh.
Ah baru aku teringat malam ni mama ada perjumpaan kelab. Haih baru berangan nak main game.
"Ok." Jawab Kim sepatah kemudian dengan malasnya dia bangun untuk mandi.
+++
Bok Bok Chicken
Hani duduk di kaunter sambil melihat telefonnya. Mesej yang dihantar kepada Kim hanya diberi bluetick.
Aku dah agak dah dia tak akan reply. Tapi tak apa. Nanti aku kacau dia lagi. Hani senyum sendiri.
"Lately rajin Hani check telefon. Tunggu someone mesej ke?" tegur Amir sebelum dia masuk ke dapur.
"Kau ada boyfriend?" soal Fakhri pula. Kebetulan dia baru sampai ke kaunter untuk mengusik adiknya bila dia terdengar soalan Amir.
"Boyfriend apa bendanya. Hani single. Jadi abang-abang semua sila pergi sambung kerja." Kata Hani sambil menolak Fakhri pergi. Amir berjalan masuk ke dapur dan Fakhri pergi ke bilik persalinan untuk menukar pakaian. Dia baru balik dari kelas dan terus ke restoran keluarganya.
Aku tak boleh bayang kalau Hani ada boyfriend. Tapi siapa-siapa yang nak jadi boyfriend Hani kena lalu aku dulu. Fakhri menukar kemeja kepada t-shirt dan keluar semula ke restoran.
+++
"Hi Hani~" sapa Firhad ceria sebaik dia masuk ke restoran.
"Aik apa kau buat kat sini? Bukan kau cakap sepanjang cuti ni kau nak melancong ke Maldives?" soal Hani sambil mengeluarkan buku menu. Dia menghulur buku menu kepada Firhad yang sudah duduk di meja kosong
"Dah kau tak nak ikut aku pergi, aku cancel lah plan tu. Aku nak pergi tempat yang ada kau je." jawab Firhad selamba sambil membuka buku menu.
"Wah you almost got me there. Nice try Fir." Mamat ni kalau tak buat ayat double meaning memang tak boleh aku rasa. Hani menggeleng.
YOU ARE READING
Dear Hani ✅
RomanceThe story before "My Crazy Boss"; the day when Kim meets Julia Hani ▼ ||Maybe it's destiny after all. Between me and you.|| Kim dan Julia Hani; the end game yang kita semua tahu. The most chill couple dalam My Crazy Boss. Kim pula menjadi penasiha...